Followers

Sunday, 5 August 2012

Segalanya Terjawab Malam Ini !!


MAMPUKAH Datuk Lee Chong Wei menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik serta pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menambah satu lagi pingat iaitu gangsa kepada negara?

Semuanya bakal terjawab dalam aksi perseorangan lelaki akhir dan penentuan pingat gangsa dalam acara beregu lelaki yang akan berlangsung di Wembley Arena di sini, malam ini.

Chong Wei, pemain nombor dua dunia akan mengulangi pertemuan epik menentang juara bertahan, Lin Dan dari China manakala Koo-Tan akan berdepan beregu Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae.

Sudah tiba masa bagi Chong Wei yang beraksi pada Olimpik terakhir bagi beliau menukar pingat perak yang dimenanginya pada Olimpik Beijing 2008 kepada emas pada temasya kali ini.Klik Sini

Sememangnya sukan badminton negara sentiasa memberikan rasa cemas kepada seluruh rakyat Malaysia tatkala berdepan dengan lawan dalam pertandingan akhir satu-satu kejohanan.

Maka LCW bakal mengulangi rasa cemas sekali lagi kepada jutaan rakyat Malaysia malam ini ketika berdepan Lin Dan musuh tradisi beliau dalam kebanyakkan siri-siri pertandingan akhir.

Persoalan sekarang mampukah Malaysia mencipta sebutir pingat emas malam ini yang bukan saja dinantikan oleh peminat sukan badminton negara malah seluruh rakyat Malaysia kerana kemenangan malam ini bererti saat manis kejayaan itu bakal di rasai oleh seluruh rakyat Malaysia apabila Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif “Impian Emas” Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.


Aiskrim itu akan diberikan secara percuma pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.


“Sekiranya Malaysia meraih pingat emas Olimpik pertama kita, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menjamu semua rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma. Bukan sebarang aiskrim, tetapi antara aiskrim yang paling sedap di dunia,” jelas Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima, Ahmad Izham Omar.

Fuh memang hebat sekali sokongan rakyat Malaysia terhadap atlet-atlet sukan negara dan MMI turut merasa bangga dengan inisiatif yang diambil oleh Baskin-Robbins dan Media Prima Bhd  dengan sama-sama mahu meraikan kejayaan negara dengan seluruh rakyatnya.

Walaupun hanya dengan aiskrim ianya membuktikan komitmen kita sebagai rakyat Malaysia yang mahu melihat Malaysia terus maju dan sukses bukan macam setengah puak tu yang langsung tak ada semangat cintakan negara.Klik Sini

Psstt Malaysia Mesti Menang !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels