Followers

Wednesday, 1 August 2012

Syurga Arak !! Selepas Juru Kini Pulau Pinang Pula


Hebat kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini , semakin hari Pulau Pinang sudah mula bertukar wajah malah pujian seharusnya di berikan kepada mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam khususnya yang hatinya bersama Pakatan Haprak.

Paling hebat apabila Pulau Pinang kini benar-benar berubah bahkan boleh dibuat perbandingan sewaktu kerajaan pimpinan Barisan Nasional dengan Pakatan Haprak kini yang diterajui oleh DAPigs.

Melihat kepada isu terbaru yang berlaku di Pulau Pinang hari ini ianya membuktikan dengan jelas apa yang MMI utarakan sebelum ini berkenaan syurga arak sememangnya benar-benar berlaku malah melihat kepada rentetan kejadian-kejadian ini ianya seolah-olah seperti mempunyai perancangan yang tersusun.


Bagi mereka yang mengikuti blog MMI sebelum ini pastinya masih ingat bagaimana MMI ketengahkan berkenaan isu pembinaan replika berbentuk tong arak yang menghiasi pintu masuk ke Auto-City Juru yang memberikan gambaran bahawa Auto-City merupakan syurga arak di Pulau Pinang.Klik Sini  

Kini kejadian seumpama itu berulang lagi bahkan lagi melampau apabila replika berupa botol arak kini berdiri megah di tengah-tengah bandar Georgetown membuktikan Pulau Pinang kini merupakan  syurga arak terbesar dalam negara.




Memang hebat Pulau Pinang , MMI labelkan replika tersebut sebagai tugu Heineken yang pastinya menjadi kebanggaan penganut-penganut Pas khususnya di Pulau Pinang.

Dimana juak-juak Pas ? Mengapa diam dan bisu dalam soal ini ? Di mana Salleh Man selaku YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang baru di lantik ? Dimana Pas Negeri ? Ke mana perginya pemuda-pemuda Pas dan di mana unit-unit amal Pas ? 


Mengapa kamu membisu dalam soal begini ?  

Di mana sensitiviti dan adab mereka yang membina replika tersebut ? Tahukah mereka bahawa di saat ini orang-orang Islam sedang menunaikan ibadah puasa dan bakal menyambut kedatangan hari raya aidilifitri ? Apakah kamu tidak ada rasa hormat kepada orang-orang Islam di Pulau Pinang malah replika ini dibina bersebalahan dengan perhiasan promosi bulan syawal ?

Binatang adalah jolokan terbaik yang seharusnya diberikan kepada mereka dan yang bersekongkol membina replika ini.

Mana perginya Guan Eng dan ADUN kawasan yang dilihat begitu hebat di pentas-pentas ceramah sehinggakan pernah mengaku mahu menjadi pemimpin seperti Khalifah Umar Abdul Aziz ? 

PAS bertanggungjawab dalam hal ini.Mana prinsip perjuangan kamu ? Bukankah kamu yang mendabik dada kononnya telah berjaya meyakinkan pimpinan DAPigs laknatullah memahami Islam selama ini ? Ptuihhh..

Biadap dan kurang ajar , tindakan sedemikian tidak sesekali boleh diterima khususnya oleh orang-orang Islam di Pulau Pinang.

MMI mencadangkan kepada mereka-mereka di luar sana yang hari ini berdiri untuk memperjuangkan Islam supaya bangun ! Gerakkan seluruh umat Islam untuk sama - sama robohkan replika arak tersebut.

Sudah sampai masanya kita tak boleh lagi berlembut dengan setiap tindakan puak-puak haram jadah ini !

Demi maruah Islam dan orang Melayu di Pulau Pinang replika arak itu perlu dimusnahkan !!

Ayuh gerakkan !

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

MMI.

1 comment:

  1. pas ni sebenarnya pondan, cakap berdegar-degar, berani sesama melayu saja. sekarang ada twin pula, parti kuali.

    ReplyDelete

Labels