Pemimpin parti komponen Barisan Nasional harus beri ruang dan peluang kepada sayap Pemuda masing-masing diketengahkan sebagai calon PRU ke-13, kata Ketua Pemuda UMNO dan juga Pengerusi Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
“Winnable candidate tiada had umur dan kita tak boleh buat andaian yang tua lebih winnable. Saya rasa yang muda mungkin ada sedikit kelebihan di segi tenaga dan kesegaran imej parti. Tapi itu tak bermakna yang lama tak winnable. Masih ada yang winnable, katanya pada sidang media di PWTC, Khamis.
Sidang media itu diadakan selepas Khairy mengadakan pertemuan dengan Anggota Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda MIC. Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Pengerusi Pemuda MIC T Mohan dan timbalannya V Mugilan.
Khairy berkata, beliau telahpun menghantar senarai nama Pemuda UMNO untuk diketengahkan sebagai calon PRU akan datang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku presiden UMNO dan Pengerusi BN.
Menurut Khairy, jumlah nama yang dicalonkan itu lebih kurang sama dengan senarai yang diberikan pada PRU yang lalu.
"Sebagai Pengerusi Pemuda BN, saya melahirkan harapan supaya presiden parti-parti komponen memberi peluang kepada calon dari sayap Pemuda mereka sebab saya hanya dapat suarakan bagi pihak UMNO dan saya telah sampaikan senarai kepada presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak).Klik Sini
MMI menyokong kenyataan oleh Khairy Jamaluddin kerana hari ini semua pihak dilihat berlumba-lumba untuk menonjolkan diri sebagai "Winnable Candidate" malah di sesetengah kawasan di khabarkan sudah ada mereka-mereka yang sudah pun memulakan gerak kerja yang kadang kalanya gerak kerja itu seolah-olah mereka sudah pun menjadi wakil rakyat.
Bagi MMI ia merupakan satu pendekatan yang cukup baik kerana semua pihak berlumba-lumba untuk menjadi "Winnable Candidate" dengan cara turun padang dan bertemu rakyat.Dalam keadaan ini sudah tentunya rakyat yang akan mendapat manafaatnya.Kepada mereka yang sedang dan telah pun bekerja untuk rakyat teruskan usaha kelian.
Namun MMI juga mahu berpesan kepada mereka-mereka ini supaya dapat akur dengan keputusan pucuk pimpinan nanti.Jangan pula ada yang sampai merajuk dan terus menjadi api dalam sekam kepada perjuangan parti.
Malah tidak salah kiranya mereka-mereka itu untuk belajar menerima hakikat bahawa yang terbaik dari kalangan terbaik sudah pasti bakal diketengahkan kerana MMI tidak mahu melihat berlakunya usaha mensabotaj calon-calon yang bakal diketengahkan nanti hanya kerana diri sendiri tidak di calonkan yang akhirnya akan mendatangkan kemudaratan kepada parti.
Belajarlah untuk memahami maksud “Winnable candidate tiada had umur dan kita tak boleh buat andaian yang tua lebih winnable. Saya rasa yang muda mungkin ada sedikit kelebihan di segi tenaga dan kesegaran imej parti. Tapi itu tak bermakna yang lama tak winnable" cukup dalam maksud tersebut cumanya terpulang kepada diri masing-masing sejauh mana kita sebagai ahli parti dapat memahaminya.
Psstt Jangan main-main bab jadi calon ni,ada kawan yang cerita dekat MMI bila tak terpilih sebagai calon ada yang sampai gantung diri oo..
MMI.
No comments:
Post a Comment