Followers

Friday 3 August 2012

Nasrudin Bongkak Walaupun Akui Hudud Di Tolak DAP


Siapa tak kenal dengan mamat ni yang hari tu menang berhujah sewaktu berdebat dengan Ustaz Fathul Bari.Hehe menang berhujah ? seluruh rakyat Malaysia menyaksikan sendiri bagaimana Nasrudin yang begitu beremosi ketika berhujah akhirnya memakan diri apabila hujah-hujah beliau kemudiannya didapati hanyalah satu pembohongan.Klik Sini

MMI sewaktu menyaksikan debat tersebut turut tersenyum dan mengelangkan kepada kerna hujah-hujah pembohong oleh Nasrudin memperlihatkan sikap pimpinan Pas yang selama ini mendabik dada kononnya mereka adalah manusia yang paling maksum di dunia.

Jika melihat kepada kenyataan oleh Mujahid Yusof Rawa selepas aksi debat Nasrudin sendiri ianya membuktikan kepada kita dan seluruh masyarakat bahawa pimpinan dalam parti Pas sendiri pun sebenrnya tidak mempunyai satu pendirian yang tetap dalam membawa perjuangan parti seterusnya perjuangan songsang mereka dalam Pakatan Haprak.

Malah Pas hari ini dilihat seolah-olah sudah hilang punca dan tidak salah rasanya MMI melabelkan Pas sebagai sebuah parti ajaran sesat mahupun telah kufur hanya kerana perbuatan mereka sendiri.Klik Sini  

Mungkin kerana sedikit tersedar maka Dewan Pemuda Pas Pusat mengakui DAP tidak menerima pelaksanaan hukum hudud selepas beberapa kali perbincangan dibuat dan atas pendirian itu Pas tidak akan memaksa parti berkenaan menerima undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun Ketuanya, Nasrudin Hasan menegaskan bahawa DAP tidak boleh menghalang Pas mendaulatkan syariat Islam di negara ini kerana ia merupakan asas perjuangan parti itu sepanjang zaman.

"Saya akui hudud bukan agenda pakatan pembangkang tetapi ia adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh Pas sepanjang zaman, insya-Allah.Klik Sini

Bayangkan dalam keadaan bersalah pun mereka (Pas) masih tidak mahu mengakui kesilapan dan kelemahan mereka.

Apa yang MMI maksudkan adalah dalam keadaan politik Pakatan Haprak yang sudah jelas menyatakan tiada apa-apa agenda untuk membincangkan berkenaan Hudud mahupun pelaksanaan negara Islam mereka masih tetap bersama Pakatan Haprak dan masih meletakkan harapan bahawa perjuangan Islam akan terus diperjuangkan.

Soalnya sejauh mana perjuangan Islam yang akan di bawa oleh Pas apabila hari ini di lihat sudah menjadi pencacai dan tunduk kepada setiap desakan mahupun arahan khususnya daripada DAPigs ?

"Hudud adalah sebahagian daripada Islam yang diperjuangkan oleh Pas sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan Pas bukan berpaksikan hudud semata-mata.

"Sebaliknya paksi perjuangan Pas ialah Islam dan hudud itu sebahagian daripadanya. Ditegaskan di sini bahawa Pas konsisten memperjuangkan Islam," ujarnya.

Lihat kenyataan Nasrudin di atas apakah yang cuba disampaikan oleh beliau ? Apakah beliau mahu memesongkan fikiran rakyat supaya melihat perjuangan Pas hari ini lebih baik dari semalam ?

Apakah Nasrudin lupa bahawa merekalah yang menjadi juara dalam setiap pentas ceramah menyatakan UMNO menolak Hudud sedangkan selama ini UMNO tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan menolak sebarang hukum Islam.

Merekalah yang menjadi juara bahawa setiap sokongan kepada parti Pas bakal membawa kepada kekuatan Islam di Malaysia sedangkan hakikatnya apabila DAPigs berdehem sahaja terus melontarkan jauh-jauh apa yang d pegang selama ini.

Kadang-kadang sedih melihat Pas yang lebih sudu daripada kuah.

Paling MMI bengang sekali adalah sikap bodoh dan angkuh yang ditunjukkan oleh Nasrudin Ketua Pemuda  Pas Pusat apabila berkata :

"Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk Pas menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil," katanya.

Atas asas itu juga Nasrudin berkata, UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada Pas atau paling tidak bersama menyertai parti itu.

"Dengan itu, jumlah kerusi Pas atau muslim akan melonjak maksimum kepada 130 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat yang adil, saksama dan telus.

"Penegasan ini saya buat kerana untuk Pas menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah sukar menjadi kenyataan. Ini kerana Pas pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu parti itu menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO," ujarnya.

Itulah sikap terpimpin pemimpin Pas kerana mereka sudah pun di didik untuk terus membenci UMNO malah tuduhan UMNO mengkhianati Pas sebelum ini juga sebenarnya adalah satu dakyah dan pembohongan berterusan yang diwariskan oleh mereka-mereka dalam Pas supaya seluruh generasi mereka tidak akan sesekali menerima UMNO.

Agak melucukan apabila Nasrudin meminta UMNO supaya menyerahkan semua kerusi milik UMNO kepada Pas kerana selama ini Pas sendiri pun tidak pernah konsisten dalam menghadapi pilihan raya dengan hanya meletakkan calon yang tidak pernah lebih dari 70 orang untuk bertanding kerusi parlimen.

Dan agak menghairankan mengapa agaknya Pas tidak meminta jumlah kerusi milik DAPigs dan PKR kerana mereka berada dalam satu Pakatan Haprak yang lebih memudahkan urusan perbincangan dan MMI yakin pastinya DAPigs akan menyerahkan kesemua kerusi milik mereka termasuklah kerusi Karpal Singh.

Melihat tindakan Nasrudin yang meminta supaya UMNO memberikan kesemua kerusi milik UMNO kepada Pas dalam menghadapi pilihan raya adalah satu perkara yang tidak masuk akal jika alasannya adalah untuk mendapatkan majoriti kerusi milik orang Islam.Apakah selama ini Pas tidak pernah memikirkan perkara ini sewaktu mengistiharkan untuk bersama DAPigs ? dan sejauh mana perjuangan Islam dari mata Pas jika dibandingkan UMNO dengan DAPigs ?

Bukankah Pas baru sahaja tunduk kepada desakan DAPigs untuk tidak lagi membincangkan soal Hudud termasuk di dalam dewan rakyat?

Jadi kepada rakyat keseluruhannya kita perlu bijak dan perlu pandai menyaring maklumat supaya kita tidak membuat keputusan yang salah dalam menentukan survival negara,bangsa dan agama.

Lihatlah dulu kepada apa yang telah pun di gerakkan oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional sehingga kini.Apakah yang dilakukan kini bukan asalnya datang dari kehendak rakyat keseluruhannya ? Bukankah proses tranformasi itu terhasil daripada sikap kerajaan yang mendengar rintihan rakyat ? 

Ya ada setengah pihak yang menyatakan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional perlu di ajar.MMI akui pengajaran yang telah diberikan cukup untuk menyedarkan UMNO dan BN bahawa kita perlu bekerja untuk rakyat.Hasil daripada pengajaran rakyat terhadap Barisan Nasional pada 2008 sudah cukup untuk menyedarkan UMNO dan BN maka lihatlah buktinya kini dengan segala macam program tranformasi yang dilakukan.

UMNO dan BN bukanlah sempurna tetapi kini ia bangun dari kelemahan dan bekerja untuk rakyat bukannya hanya berpolitik sepanjang masa.

Bagi MMI kenyataan Nasrudin menunjukkan bahawa beliau sebagai seorang pemimpin kepada satu angkatan muda dalam Pas mempunyai sikap yang cukup bongkak dan angkuh khususnya dalam keadaan terkini bilamana beliau baru sahaja ditelanjangkan oleh Karpal Singh sahabat dunia dan akhirat ahli-ahli Pas.

MMI.



No comments:

Post a Comment

Labels