Followers

Saturday, 22 September 2012

Apa Berlaku Setelah Berhimpun ????


Gambar diatas merupakan perhimpunan mengutuk tindakan pihak yang dengan sengaja menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam semua bentuk yang telah diadakan di Pulau Pinang serentak dengan perhimpunan di Kuala Lumpur.

Perhimpunan selepas solat Jumaat kelmarin di Masjid Jamek Sheikh Yusof Pulau Pinang dilihat sebagai pemangkin kepada satu penyatuan dua angkatan muslimin menjadi satu pasukan yang dikira mampu mengembalikan kegemilangan Islam.

Apa yang MMI paparkan disini adalah salah satu diantara usaha-usaha mereka di peringkat akar umbi yang mempunyai niat serta pendirian untuk bersatu atas nama Islam.Malah MMI yakin bahawa penyatuan diantara PAS dan UMNO waima hanya sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional pastinya menjadi hasrat seluruh orang-orang Islam di Malaysia.

Namun mengapa agaknya perkara ini amat sukar berlaku ?

Pastinya sesetengah yang membaca entri ini akan menyalahkan MMI kerana apa yang bakal diutarakan mungkin tidak kena mahupun menyebelahi pihak-pihak tertentu namun inilah hakikat dan hakikat inilah yang MMI akan catatkan.

Penyatuan yang sering kali kita dengar malah sewaktu timbulnya isu kerajaan perpaduan lagi ianya menjadi satu perkataan yang cukup digeruni oleh para pemimpin parti PAS.Malah seboleh-bolehnya pimpinan PAS hari ini langsung tidak mahu mendengar bunyi perpaduan.

Segala-galanya di tolak dengan pelbagai alasan malah kadang-kalanya sikap yang ditunjukkan hampir mahupun sama dengan mereka yang bongkak dan sombong yang jauh sekali bersamaan dengan sikap seorang pemimpin Islam.

Malah sikap sebeginilah yang sebenarnya menghalang sebarang usaha kearah penyatuan mahupun perpaduan.

Jangan lupa bagaimana Nik Aziz selaku pemimpin PAS menolak bulat-bulat hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Bagi rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan ini pastinya faham bahawa perasaan dendam penuh kesumat terhadap UMNO terpahat kemas di dada Nik Aziz dan masih membara di hati beliau hanya kerana PAS dulunya yang bersama UMNO bertindak keluar dan kononnya PAS di tendang.

MMI tak mahu mengulas panjang berkenaan hal ini anda Baca Sini


Apakah himpunan dan penyatuan seperti dalam gambar yang MMI paparkan ini cukup sekadar sewaktu berdemo sahaja ?

Apakah tidak ada langsung dalam diri kita khususnya sebagai umat Islam di Malaysia untuk terus melihat penyatuan sebegini berterusan ?

Sebenarnya siapa saja yang hadir dalam himpunan seperti gambar-gambar diatas pastinya dapat merasai satu perasaan yang selama ini tidak pernah dialami oleh setiap dari kita.Klik Sini

Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan namun sejauh mana perasaan itu mampu bertahan ?

Seperti yang MMI pernah nyatakan dalam entri-entri sebelum ini perhimpunan mengutuk pihak yang menghina Islam yang telah dipecahkan kepada dua kumpulan dengan alasan bimbang berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini merupakan satu cerita lawak.Baca Sini dan Sini.

Cerita lawak kerana bagaimana dua kumpulan orang Islam tidak boleh bersatu dalam satu perjuangan yang sama ? Tahukah kelian semua pihak-pihak di luar sana selain dari melihat akan kebangkitan orang-orang Islam yang marahkan agama mereka dihina , mereka juga sebenarnya tertawa melihat gelagat orang-orang Islam di Malaysia kerana faktor politik maka orang Islam di Malaysia sukar untuk bersatu.

Bukankah ianya sedikit sebanyak memberikan ruang kepada pihak-pihak diluar sana untuk melihat akan kelemahan yang wujud dikalangan kononya orang Islam di Malaysia ini kuat.

Selain dari itu mengapa dalam soal himpunan mengutuk pihak yang menghina agama Islam boleh pula kita sesama sendiri menunjukkan sikap emosi yang tak bertempat apabila mendabik dada dengan bongkak dan sombong mahu mempertikaikan siapa yang terlebih dahulu merancang untuk mengadakan himpunan tersebut ?

Apakah niat sebenar mahu mengadakan perhimpunan ? Adakah ianya kerana agama dan Allah SWT ataupun mahu menunjukkan pemimpin dan parti mana yang lebih Islam dan kedepan dalam soal ini ?

MMI memuji tindakan YB Khairy Jamaluddin apabila menerima keputusan untuk mengadakan himpunan secara berasingan setelah beliau berbincang dengan Nasrudin Tantawi walaupun MMI tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil.

Cuma MMI amat mengharapkan agar setiap perhimpunan itu berjalan dengan baik dan jangan pula ada pihak-pihak tertentu yang cuba pula membanding-bandingkan perhimpunan mana yang lebih baik pula kerana ianya bakal membawa kepada polemik politik.

Nahh dalam MMI berbicara dan mengharapkan agar ianya tidak berlaku , kini blog pro Pakatan Haprak sendiri sudah pun mula memperkatakannya.Malah dilihat mempersoalkan pula mengapa Pemuda UMNO mengadakan himpunan di Kampung Baru sedangkan kedutaan A.S adalah lebih relevan.


Inilah contoh dan jawapan kepada mengapa penyatuan sesama Islam di Malaysia tidak dapat dijayakan.Semuanya melihat kepada faktor politik dan paling pasti entri daripada seorang Blogger dari Pakatan Haprak ini sudah pasti tidak akan sesekali ditegur oleh semua kepimpinan dalam Pakatan Haprak.

Berbanggalah Nasrudin Tantawi hari ini kerana mampu mengepalai satu angkatan manusia dan orang Islam berarak menuju kedutaan A.S bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati orang-orang Islam terhadap tindakan pihak yang mencemar agama Islam.

Berusahalah YB Khairy Jamaludin bersama-sama pimpinan NGO melahirkan rasa cinta mereka terhadap agama Islam dan mengajak seluruh umat manusia untuk sama-sama saling hormat menghormati setiap agama di dunia.

Namun bagi MMI mereka harus malu terhadap himpunan orang-orang Islam di Pulau Pinang dan serata tempat lain yang boleh bersatu atas nama Islam tanpa mengira fahaman politik.Malah tidak pula menjadikan alasan kekacauan ataupun siapa yang lebih Islam hingga sanggup mengatakan Nabi terlenih dahulu menjemput mereka sebagai kata-kata untuk menghalalkan gerakan yang niat sebenarnya hanya mahu menunjukkan kekuatan politik murahan !!

Mengapa semua ini berlaku ? Hanya anda yang dapat menilai ...

Setiap kutukan dan cercaan apatah lagi menghinan Agama Islam semestinya kita sebagai orang Islam pertahankan namun biarlah ianya kena dengan cara kita umat Islam yang bertamadun dan dipandang mulia di sisi Allah SWT.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels