Followers

Friday 7 September 2012

Breaking News - Juak-Juak Pencacai Pakatan Haprak Tak Senang Dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BN Negeri Pulau Pinang Di Tasek Gelugor!!

 

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan di perkarangan komplek komersial Tasek Gelugor pada 8 September 2012 (esok) ternyata menarik perhatian juak-juak PAS dan Pakatan Haprak yang turut dilihat mahu bersama-sama terlibat dalam majlis yang akan di anjurkan.

Barangkali inilah sebahagian daripada mereka-mereka yang sudah tidak mahu lagi bersama PAS dan Pakatan Haprak kerana berdiri teguh di belakang Nasharudin yang hari ini hanya menunggu masa sahaja untuk di pecat oleh PAS itupun sekiranya PAS ni sebuah parti yang berprinsiplah.

Namun semua yang diatas tu hanyalah anggapan sesetengah pihak kerana yang berlaku adalah sebaliknya.

Semenjak pagi tadi MMI di maklumkan telah berlaku sedikit kekecohan di kawasan tapak program kerana bendera-bendera PAS yang dinaikkan oleh mereka-mereka yang ternyata tidak senang dengan program yang bakal diadakan besok telah diturunkan.

Kekecohan berterusan sehingga melibatkan perang mulut diantara dua pihak dan ini membuktikan bahawa sememangnya juak-juak Pakatan Haprak sentiasa berusaha untuk menggagalkan sebarang program yang dianjurkan oleh UMNO mahupun Barisan Nasional.

Lihat saja apa yang berlaku di Ayer Itam Paya Terubong baru-baru ini dalam program semboyan dibunyikan apabila bendera-bendera BN dan Malaysia diturunkan oleh MPPP tanpa sebab yang jelas melainkan dengan arahan pihak atasan.Klik Sini 

Apakah ianya tindakan yang baik lagi bertamadun apabila juak-juak Pakatan Haprak khususnya pencacai PAS sibuk memasang bendera di kawasan tapak program orang lain kerana rakyat dapat melihat dengan jelas niat sebenar mereka berbuat demikian ?

Juak-juak Pakatan Haprak sememangnya terkenal dengan sikap biadap dan angkuh sebegini walaupun pihak UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah mengganggu sebarang program anjuran Pakatan Haprak selama ini bahkan bendera-bendera milik mereka yang dipasang di setiap program milik mereka tidak pernah di ganggu malah dibiarkan sehingga reput.

Kejadian-kejadian seperti ini sering berlaku sebelum ini termasuk di bumi Tasek Gelugor sendiri Klik Sini dan Sini   

Kepada semua inilah sebenar wajah juak-juak Pakatan Haprak yang sememangnya BIADAP dan ANGKUH.Paling menyedihkan adalah sikap yang ditunjukkan oleh pencacai-pencacai PAS yang sering di perkudakan oleh rejim DAPigs di Pulau Pinang.

MMI akan cuba untuk mendapatkan gambar-gambar sewaktu kekecohan pagi tadi untuk dipaparkan kepada anda.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels