Followers

Thursday, 13 September 2012

Guinness Arthur’s Day - Ning Baizura Tarik Diri !!


Jika sebelum ini heboh berkenaan isu Ning Baizura dan Mizz Nina bakal terlibat dalam persembahan bersama syarikat arak kini bagi rata-rata peminat Ning Baizura sudah boleh menarik nafas lega.Klik Sini.

Semuanya kerana kenyataan yang telah pun dikeluarkan oleh Ning Baizura sendiri yang menafikan sebarang penglibatan beliau dengan persembahan bersama syarikat arak tersebut.

Ning melalui laman rasminya, ning-baizura.com telah menyatakan dengan jelas tidak tahu yang dirinya terlibat dalam persembahan Guinness Arthurs’d Day.

Pada mulanya, beliau dimaklumkan hanya ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk mengadakan persembahan pada 28 September depan dan bukanlah pihak Guinness Anchor Berhad (GAB).

“Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB,” tulis Ning di laman rasminya.

Selain itu, Ning turut menjelaskan yang wajahnya telah diguna pakai untuk poster promosi hari tersebut oleh pihak GAB tanpa izinnya.


Justeru itu, tegas Ning lagi, dia telah menarik diri dari sebarang acara yang diuruskan oleh pihak Souled Out di Mont Kiara.

“Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

“KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.”

Keputusan yang dibuat oleh Ning Baizura amat tepat sekali dan beliau dilihat matang dalam menangani isu seumpama ini mungkin kerana pernah terlibat dalam satu kontroversi satu ketika dulu telah banyak mengajar Ning untuk bijak berdepan situasi seperti ini dan mengelakkannya.

Dalam kekecohan persembahan sempena Guinness Arthur’s Day , hanya Mizz Nina sahaja yang bersungguh-sungguh menjawab segala pertanyaan ramai pihak kepada dirinya.

Malah, Mizz Nina turut mempersoalkan kenapa baru sekarang pihak-pihak tertentu membangkitkan isu dia mengadakan persembahan yang bersangkut-paut dengan hal arak.

Sikap yang ditunjukkan oleh Mizz Nina ini sememangnya biadap dan seharusnya diajar oleh kita sebagai rakyat Malaysia dengan terus memboikot segala usaha beliau selepas ini khususnya dalam dunia hiburan.

MMI amat mengharapkan agar stesen-stesen tv mahupun semua saluran media untuk sama-sama memboikot artis biadap seperti Mizz Nina supaya beliau sedar siapa dirinya yang sebenar.

Sedih melihat bangsa Melayu yang makin hilang maruahnya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels