Followers

Wednesday 12 September 2012

Apa Yang Menarik Tentang September ??


Jika sebelum ini ramai rakyat Malaysia tidak pun memberikan perhatian terhadap tarikh 16 September namun kini ianya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita kerana pada tarikh inilah negara bakal menyambut Hari Malaysia sempena dengan penubuhan negara Malaysia pada tarikh 16 September 1963.

Pada tahun ini sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Bintulu Sarawak yang sebelum ini sudah pun menggemparkan seluruh rakyat Malaysia berkenaan seorang pengacara tv yang tersasul menyebut perkataan daif ketika mengacarakan sambutan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos yang lalu.Klik Sini 

September juga mengingatkan kita kembali kepada satu peristiwa yang tak mungkin dilupakan oleh seluruh penduduk dunia apabila tarikh 11 September 2001 memperlihatkan serangan terhadap bangunan World Trade Centre di New York oleh mereka-mereka yang dituduh sebagai pengganas sehingga banggunan segagah WTC hancur musnah kebumi serta mengorbankan banyak nyawa.


Bertitik tolak dari tragedi inilah juga maka seluruh bangsa Yahudi mula melabelkan Islam sebagai pengganas yang seharusnya ditentang sehingga menimbulkan rasa kurang senang negara-negara Islam lain termasuk Malaysia dengan apa yang digelar sebagai "Islam Fobia" .

September jugalah yang menjadi penyebab kepada wujudnya nama Osama bin Laden dan rangkaian pertubuhan Al-Qaeda yang dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan di WTC serta di seluruh Amerka Syarikat walaupun kesahihan mereka yang dituduh itu tidak dapat dibuktikan dengan tepat. 

Malah ianya turut mengheret kepada peristiwa serangan tentera Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa dunia yang lain menyerang negara-negara Islam yang dituduh sebagai pelindung dan pencetus kepada kegiatan pengganas.

Begitu jugalah di Malaysia , September banyak meninggalkan peristiwa-peristiwa yang mampu dicatat sebagai peristiwa sejarah dalam kalendar negara.

Baru-baru ini kemelut yang berlaku diantara Ustaz Nasharuddin dan parti PAS juga berakhir pada bulan September apabila PAS masih mengekalkan keahlian Ustaz Nasharuddin waima kesepakatan diantara mereka sudah agak jelas makin retak semuanya gara-gara perjuangan parti yang dilihat sudah semakin menyimpang serta kewujudan kem-kem tertentu dalam PAS hari ini.Klik Sini

Kita juga disajikan dengan insiden melontarkan cat terhadap kenderaan milik parti-parti politik BN dan Pakatan Haprak.Klik Sini dan Klik Sini

Tak ketinggalan juga isu melibatkan punggung yang agaknya sudah sebati dengan budaya juak-juak Pakatan Haprak.Klik Sini dan Sini

Saban hari ada saja berlaku pebagai perkara yang membuatkan September bertambah padat dengan kejadian-kejadian berunsur politik yang boleh dilihat sendiri oleh seluruh rakyat.

MMI bawakan kepada anda antara kejadian-kejadian tersebut sebagai renungan kita bersama.

Kekacauan yang mampu mencetuskan pergaduhan Klik Sini , Sini dan Sini

Serangan licik terhadap pemimpin UMNO untuk mewujudkan perpecahan secara tersembunyi melalui penyebaran bahan-bahan yang mampu mewujudkan persepsi perbalahan Klik Sini

Pendedahan majlis dan kegiatan separuh bogel yang berlaku di negeri di bawah pentadbiran Pakatan Haprak yang di pimpin oleh seorang Khalifah ciptaan PAS Klik Sini

Berlaku kekeliruan melibatkan logo-logo hari sambutan negara Klik Sini dan Sini

Kata-kata dari seorang pemimpin yang dianggap suci oleh juak-juak Pakatan Haprak yang berupa  provokasi untuk mencetuskan kekacauan Klik Sini 

Bulan ini jugalah YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bakal membentangkan bajet 2013 yang dirasakan bajet terpenting sebelum semua pihak melangkah ke medan pertarungan bagi menentukan siapa pilihan rakyat dalam pilihan raya ke-13 nanti.

Begitulah hebatnya September di mata MMI , negara tidak pernah kosong dengan kalendar-kalendar politik dan pastinya ramai diluar sana sentiasa ternanti-nanti apa pula yang bakal berlaku selepas ini.

Walaupun masih ada perkara-perkara lain mahupun peristiwa-peristiwa lain yang MMI tak dapat masukkan disini namun yang paling penting untuk kita semua rakyat Malaysia ketahui adalah satu peristiwa yang cukup memalukan khususnya buat semua pendokong dan penjilat Pakatan Haprak.


Pembohongan Anwar Ibrahim untuk menuju Putrajaya pada 16 September ! Satu igauan mahupun impian seorang manusia yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai kepuasan peribadinya.Malah rakyat dijadikan sebagai bahan kempennya demi matlamat mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang kini semakin di yakini mampu membela nasib seluruh rakyat Malaysia.

Kepada seluruh rakyat Malaysia beringatlah dalam membuat pilihan masing-masing kerana kita sebenarnya akan memilih yang terbaik untuk memimpin.Sebarang kesilapan mampu membawa padah yang akan membinasakan bukan saja Bangsa malah Agama dan Negara.

Walau apa pun yang berlaku , kita sekali lagi sedang menuju 16 September dan menjadi harapan MMI supaya 16 September 2012 ini menjadi titik tolak kepada satu penyatuan rakyat Malaysia bagi mendokong perjuangan dan warisan keramat yang hanya dimiliki oleh kita rakyat dan bangsa Malaysia. 

Selamat Menyambut Hari Malaysia !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels