Followers

Monday, 3 September 2012

Maksiat & Kecelaruan Malam Himpunan Janji Demokrasi - Pemimpin PAS Bisu !!!


Malam Merdeka yang baru sahaja melangkah meninggalkan kita beberapa hari yang lalu meninggalkan satu catatan sejarah yang menyaksikan satu himpunan juak-juak Pakatan Haprak yang kononnya berhimpun atas tema "Janji Bersih".

Malah tidak salah kiranya MMI katakan agenda mereka itu hanyalah untuk menjadikan suasana kecoh supaya ianya akan menjadi berita utama kepada akhbar-akhbar dan media khususnya media-media luar negara.

Untuk apa ? Supaya matlamat dan impian untuk menghancurkan kerajaan dan negara tercapai.

Namun inilah diantara hasilnya apabila himpunan tersebut mengambil tempat.





Apa yang pasti himpunan tersebut mendapat sokongan semua pihak dalam Pakatan Haprak dan semestinya PAS sekali lagi menjadi pencacai untuk memenuhkan ruang mahupun tempat-tempat di sekitar Dataran Merdeka pada malam itu.

Sebagai sebuah parti seperti PAS yang kononnya hebat memperjuangkan Islam , mengapa agaknya perkara seperti gambar di atas berlaku ?

Nik Aziz di laporkan mengutuk tindakan memijak gambar YAB Perdana Menteri dan isteri selain dari tidak bersetuju dengan isu tukar bendera negara namun macam mana pula dengan gambar-gambar dan perlakuan di atas ?

Nik Aziz dan pemimpin PAS restu ker ? 

Selama ini, pemimpin pembangkang terutama sekali PAS seringkali mempertikaikan sebarang acara sambutan di malam hari kerana beranggapan percampuran antara lelaki dan perempuan hanya akan mendedahkan kepada perilaku maksiat dikalangan muda mudi. 

Peliknya, tiba-tiba sahaja Himpunan Janji Demokrasi dengan tema Janji Bersih yang diadakan bermula 10.00 malam 30 Ogos 2012 sehingga 01.30 pagi dinihari 31 Ogos 2012 yang lalu, tidak pula dibantah atau dipertikaikan oleh mana-mana pemimpin PAS.

Walhal dalam program termasuk ramai anak gadis dan teman lelaki masing-masing dilihat berpeleseran tanpa teguran, yang bermotosikal erat berpeluk sakan tapi lebai-lebai PAS yang berkopiah berserban serta berjubah pula hanya sekadar memandang tanpa teguran. 

Sesiapa saja yang turut sama melihat suasana malam tersebut tentunya bersetuju betapa bebasnya muda mudi di malam itu ke sana ke mari termasuklah terpekik terlolong jantan betina dengan ada sesetengahnya berpakaian sendat termasuklah ada yang menampakkan punggung berisi.

Agaknya, dalam program malam hari yang melibatkan campur gaul lelaki dan wanita tidak menjadi haram dan tidak dianggap sebagai maksiat selagi ianya membabitkan PAS atau sekutunya. Halal untuk mereka tapi haram pula untuk orang lain. Double standard.

Juak-juak PAS tolong jawab sat , sejauh mana malam merdeka baru-baru ini benar-benar BERSIH ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels