Followers

Monday 3 September 2012

Lagi Kisah Pasal Anwar Manusia Paling Suci Dalam Pakatan Haprak !!!


Anwar Ibrahim merupakan seorang manusia yang tidak akan sesekali menghentikan gerakannya menentang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional apatah lagi sebagai Ketua Umum Pakatan Haprak beliau dilihat akan meneruskan tradisinya dengan membangkitkan isu-isu yang dirancang sendiri bagi memburukkan parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau sebelum ini sekiranya Pakatan Haprak tidak berjaya merampas Putrajaya pada pilihan raya nanti maka beliau bakal memberikan laluan kepada muka baru dan berhenti daripada terlibat dalam politik.

Bagi MMI ini merupakan satu lagi sandiwara Anwar yang cuba untuk meraih undi simpati rakyat dan yakin perkara tersebut tidak akan berlaku sama sekali.

Begitulah sikap manusia bernama Anwar Ibrahim penuh muslihat.

Hari ini beliau bersama-sama gerombolannya sedang menjelajah keseluruh negara menaiki bas mewah milik Khalid Gagap kononnya bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Sedarkah kita berapa kos bagi menampung operasi sebesar itu apatah lagi menjelajah ke seluruh negara ? Duit siapakah yang digunakan ? Barangkali duit rakyat Selangor agaknya !!

Namun hakikat yang sebenarnya terdapat program mahupun majlis yang dihadiri beliau jelas mencetuskan kejadian yang tidak diingini apatah lagi ianya membabitkan pergaduhan sesama orang Melayu dan Islam.



Lihat sahaja apa yang berlaku dalam rakaman di atas jelas sekali Anwar dan juak-juaknya menggunakan masjid bagi tujuan politik sempit mereka.

Apakah para imam dan siak serta ajk masjid mahupun mereka yang terlibat membawa masuk Anwar Ibrahim tidak tahu bahawa orang Islam lain akan marah sekiranya manusia bernama Anwar itu di bawa masuk ke masjid di kawasan mereka.

Agaknya mengapa ? Jawapannya cukup mudah , bagaimana seorang manusia seperti Anwar yang diangkat sebagai pemimpin dan diberikan pula ruang untuk berbicara soal agama Islam oleh juak-juak Pakatan Haprak tidak langsung berani bersumpah menafikan segala tuduhan berkaitan Video Seks ChinaDoll dan Kes Liwat Saiful Bukhari ?

Juak-juak Pakatan Haprak jangan menafikan bahawa pertuduhan terhadap Anwar berkaitan kes liwat Saiful sememangnya mendapati Anwar tidak bersalah kerana kekurangan bukti , jelas namun hakim tidak pernah menafikan bahawa perlakuan dan kejadian tersebut berlaku.

Maka mengapa dalam keadaan yang cukup mudah untuk membuktikan beliau tidak bersalah dan tiada kaitan langsung dengan kejadian tersebut melakukan SUMPAH LAKNAT bagi membuktikan beliau adalah seorang manusia suci yang langsung tidak pernah menyentuh wanita lain melainkan Wan Azizah dan menyentuh lelaki lain ?

Masyarakat Islam pasti akan menerima Anwar sekiranya beliau BERSUMPAH LAKNAT seperti mana yang di lakukan oleh YAB Perdana Menteri dan Saiful Bukhari bagi membuktikan mereka di pihak yang benar.

Oleh kerana itu berlakulah apa yang dipanggil kekacauan di Masjid Al-Husin di Kedah kerana mereka yang faham tidak akan sama sekali menerima seorang manusia yang tidak sanggup menyucikan dirinya sendiri daripada dakwaan dan tuduhan.

Apakah kebaikan yang di perolehi oleh rakyat mahupun Ahli Kariah Masjid Al-Husin apabila berlaku kejadian seumpama ini ? Adakah program yang diatur itu dapat membawa manafaat kepada ahli-ahli kariah dan orang Islam ?

Mungkin kata-kata MMI agak keterlauan namun pada ketika bangsa Melayu sedang bercakaran sesama sendiri , manusia bernama Anwar Ibrahim ini sedang tersenyum penuh girang kerana misi beliau telah pun berjaya.

Barangkali inilah antara syarat terpenting yang harus Anwar terima apabila bekerjasama dengan DAPigs yang cuba untuk mengkucar-kacirkan seluruh umat Islam di Malaysia dengan menjadikan PAS sebagai pencacai propaganda dan Anwar sebagai alat memuaskan nafsu sendiri serta mereka yang cemburu akan nikmat yang Malaysia miliki.

MMI.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

No comments:

Post a Comment

Labels