Followers

Wednesday 5 September 2012

Pantau , Tangkap Kemudian Lepas Dengan Amaran , Tak Cukup Bro !!


Nampaknya puak-puak penjilat Pakatan Haprak yang menggila di malam merdeka yang lalu sudah mula menyerahkan diri masing-masing.Mereka seharusnya tahu bahawa rakyat Malaysia sebenarnya marah dengan tindakan paling celaka yang pernah dibuat oleh puak-puak bangang seperti mereka.

Seorang model sambilan berusia 19 tahun menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Johor Bahru (Selatan) hari ini berhubung isu memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis lalu.

Remaja dari Taman Puteri Wangsa, yang ditemani rakan-rakannya, menyerah diri kira-kira jam 10 pagi tadi.

Dia salah seorang model sambilan bertindak menyerah diri selepas gambarnya tersiar menjadi antara 11 individu dikehendaki berhubung insiden 30 Ogos lalu di ibu negara.

Model yang berasal dari Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram dekat sini, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kira-kira jam 10 pagi, semalam.


Baru berumur belasan tahun dah bertindak mengalahkan si celaka-celaka lain bayangkan sekiranya mereka sudah dewasa dan seangkatan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak yang lain.Sudah semestinya Putrajaya pun sanggup di bakarnya.


MMI memandang serius perkara ini dan mendesak pihak KDN dan Polis supaya mengambil tindakan paling tegas terhadap mereka-mereka yang sudah dikenal pasti ini.

Percayalah rakyat semakin hilang sabar apabila pihak KDN dan Polis melepaskan mereka-mereka ini hanya dengan memberikan amaran.Ini perkara yang paling tidak masuk akal kerana kesalahan yang dilakukan jelas sekali menghina kepimpinan negara.

Hishamuddin buatlah sesuatu jangan lembik sangat , setakat pantau , tangkap kemudian lepas buat apa kerana perkara seumpama ini bakal berulang lagi.




MMI menyeru supaya mereka-mereka ini dilucutkan kerakyatan sebagai warga Malaysia kerana tindakan mereka sudah menunjukkan mereka sebenarnya benci serta tidak menghormati negara Malaysia.

Jangan biarkan puak-puak ni seperti mana kita membiarkan Namawee terlepas dengan sikap celakanya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels