Followers

Wednesday 5 September 2012

Update 1 - Insiden Pergaduhan Di Ibu Pejabat PKR


Gambar diatas adalah gambar-gambar yang sudah mula dikeluarkan di laman-laman blog dan berita yang amat mengejutkan adalah UMNO kini di tuduh sebagai samseng yang bertangungjawab menyerang Ibu Pejabat PKR sebentar tadi.

Fuh cepat betul juak-juak Pakatan Haprak ni menuding jari kepada UMNO sedangkan UMNO tidak langsung ada kena mengena dengan insiden yang berlaku.

Aneh betul selepas isu tukar bendera, Sultan tidak dijemput untuk majlis sambutan merdeka di Selangor, Anwar Ibrahim tidak angkat tangan semasa bacaan Rukun Negara, bas disimbah dengan cat merah dan bilik hotel dipecahkan di Kota Bharu.

Hari ini mereka diserang lagi...Hahaha...

Psywar 'low class' AMK untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu-isu yang melanda parti itu dan kontroversi yang menimpa pemimpin mereka.


Ampa semua boleh bandingkan berita yang disebarkan oleh juak-juak Pakatan Haprak dengan berita yang disiarkan oleh KL Pos.

Berita KL Pos 

Petaling Jaya 5 Sept - Satu pergaduhan telah tercetus diantara dua kumpulan di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Pergaduhan tercetus apabila kedua-dua kumpulan, Waris Malaya dan PKR cuba menimbulkan provokasi di antara satu sama lain.

Namun begitu, pihak polis berjaya meleraikan pergaduhan dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Sebelum itu, Demonstrasi Bantahan Terhadap Penghinaan Bendera Malaysia, Penipuan PR dan Lakonan Anwar Ibrahim dilaporkan akan diadakan di Ibu Pejabat PKR.

Laporan penuh akan menyusul 

Berita dari juak-juak Pakatan Haprak

PETALING JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau.

“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Kredit to empayar pemuda

Memang sial lah puak-puak ni..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels