Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat terutama anggota Pas menilai sendiri kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mempertikaikan perjuangan parti itu sekarang.
Bekas Perdana Menteri itu berkata kenyataan Shahnon jelas menggambarkan rasa kecewanya terhadap parti itu yang semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.
"Saya tidak perlu komen apa-apa kerana semua orang melihat dan mendengar apa yang beliau (Shahnon) cakap, jadi mereka (orang ramai) terutama ahli parti itu (Pas) patut berfikir.
"Saya juga rapat dengan beliau (Shahnon) dan saya percaya apa yang dia cakap itu adalah reaksi dan luahan kepada parti itu (Pas) yang dilihat tidak memperjuangkan dasar politik mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas ditemui selepas Program "Jom P Bantu" anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).
Beliau diminta mengulas kenyataan Shahnon tentang perjuangan politik Pas yang tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.
Menurut Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup, tindakan parti itu menuruti kehendak politik DAP bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam.Sumber Bernama.
Tepat sekali kenyataan Tun Abdullah , MMI cukup kagum dengan pemimpin yang sorang ni walaupun semua sedia maklum Tun Abdullah diakhir tugasannya sebagai Perdana Menteri diselebungi dengan kontroversi sehinggakan ada dikalangan mereka diluar sana yang menggelarkan beliau sebagai LEMBIK namun jiwa dan perjuangan beliau tetap bersama UMNO.
Bagi MMI sikap yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah merupakan sikap terpuji seorang pemimpin Islam yang langsung tidak menunjukkan reaksi marah bilamana kepimpinan beliau dipertikaikan.
Malah Tun Abdullah dengan rela hati dan penuh tawaduk melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan menyerahkanya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menerukan legasi pimpinan negara.
Percaya atau tidak kerana sikap yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah inilah maka Malaysia yang kini dipimpin oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak semakin baik dan bertambah maju.Selain dari itu parti UMNO dan Barisan Nasional juga dapat dipulihkan daripada permasalahan dan kelemahan yang ada.
Bukan macam setengah pemimpin Pakatan Haprak tu bercakap hebat desak sana desak sini tapi diri sendiri pun masih terkial-kial tak mahu melepaskan jawatan.
Barangkali parti yang dia pimpin tu parti mak bapak dia kot tapi MMI tak mau marah-marah sangat sebab juak-juak dia sanggup terima.Apa raaa tak tau malu langsung.
Kepada juak-juak Pakatan Haprak ampa la ni mau retilah..Jilatlah balik ludah yang ampa ludah tu !!
MMI.
No comments:
Post a Comment