Followers

Friday, 12 October 2012

Juak PAS WAJIB Tolak Nik Aziz !!!


Makin lama melihat PAS makin bosan dan hampir meluat untuk menghasilkan entri-entri berkenaan parti yang konon memperjuangkan Islam ni.MMI rasa seluruh rakyat Malaysia bersetuju dengan kenyataan di atas kerana hari demi hari jika di amati betul-betul jelas PAS hanyalah sebuah parti politik yang meletakkan agama Islam sebagai topeng kepada perjuangan mencari sokongan undi bagi memenangi pilihanraya.

Berkiblatkan nafsu kuasa dan juga nafsu mahu menjatuhkan parti UMNO serta ahli-ahlinya yang dianggap sebagai kafir oleh pimpinan PAS sehingga ke hari ini (Isu kafir tidak pernah di jawab oleh PAS) maka ianya dianggap sebagai jihad dalam perjuangan mereka.

Nik Aziz adalah watak utama dalam sebuah filem yang digarap sebegitu kemas bagi menggaburi mata rakyat kononnya PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam.Baca Sini

Manusia inilah yang sering memomokkan kepada rakyat bahawa tidak ada yang lebih Islam selain PAS dan tidak ada yang lebih baik dari Pakatan Haprak.

Sampai begitu sekali taksubnya PAS terhadap perjuangan Pakatan Haprak.Mengapa agaknya ? Semuanya berlaku kerana kedudukan Nik Aziz yang dianggap sebagai Tuhan kepada perjuangan PAS menjadikan parti ini semakin menyimpang daripada perjuangannya.

MMI bukan mencemuh tetapi ianya realiti apabila ramai dikalangan penyokong parti PAS hari ini yang cukup jelas menyatakan bahawa mereka sendiri sebenarnya langsung tidak bersetuju dengan tindakan dan gerakan yang dilakukan oleh sahabat sesyurga mereka dalam Pakatan Haprak (DAPigs & PKR) namun sokongan tetap diteruskan hanya kerana Nik Aziz yang dianggap Tok Guru kepada juak-juak PAS.Ini hakikatnya yang sedang berlaku.

Apakah rasionalnya meneruskan sokongan sebegitu ? Apakah juak-juak PAS lupa dalam suasana politik di Malaysia hari ini setiap langkah dan pilihan yang kurang bijak mampu menjadikan bumi bertuah Malaysia di kuasai sepenuhnya oleh anasir-anasir laknatullah yang selama ini menyimpan dendam terhadap kecemerlangan UMNO dan Barisan Nasional khususnya orang-orang Melayu ?

Perkara 153 dalam perlembagaan negara merupakan antara yang paling dibenci oleh pimpinan lainnya dalam Pakatan Haprak kerana perkara itulah yang menyebabkan nasib bangsa-bangsa lain kononnya tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.

Tahukah PAS bahawa sahabat sesyurga mereka selama ini sering kali mempergunakan jentera mereka sebagai pelengkap dalam mana-mana gerakan mahupun perancangan sehinggakan mampu mewujudkan perbalahan sesama umat ?

Pernahkah kita melihat bangsa-bangsa lain selain Melayu yang beragama Islam berbalah dijalanan selama ini ?

Inilah dakyah dan gerakan paling bahaya bilamana PAS telah pun membantu pihak lain yang berkepentingan yang akhirnya pasti akan menyebabkan bangsa Melayu dan Islam itu sendiri akan menjadi lemah selemah-lemahnya.

Apakah cukup sekadar Islam ? Adakah Islam sahaja mampu menjadikan orang-orang Islam hari ini kuat dan dipandang mulia oleh masyarakat antarabangsa yang dikalangannya terdiri daripada mereka-mereka yang hanya menunggu masa untuk memusnahkan sesebuah negara Islam khususnya seperti Malaysia ? 

Ambillah contoh dengan apa yang telah berlaku di bumi Iraq,Syria,Mesir,Libya, dan banyak lagi , Apakah kita sanggup melihat semua itu berlaku di bumi Malaysia ?

Jangan alih pandangan anda daripada apa yang berlaku terhadap saudara seagama dengan kita di Myanmar (Islam Rohingya),Somalia,Thailand,Bosnia dan banyak lagi yang hari ini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan antarabangsa.

Kita perlu ingat dalam negara seperti Malaysia yang bangsa Melayunya adalah bangsa dominan dan dalam masa yang sama Islam cukup sinonim dengan Melayu (walaupun tidak dinafikan terdapat Melayu yang mengaku murtad) maka kekuatan sesuatu bangsa Melayu itu perlu diperkukuhkan.

Kuat bangsa Melayu di Malaysia bererti akan kuatlah Islam itu sendiri.

Apabila Melayu dan Islam itu kuat insyallah kita mampu mengelakkan tragedi yang berlaku terhadap sahabat-sahabat seagama dengan kita dinegara-negara lain dari berlaku di negara kita.

Inilah perkara yang sebenarnya harus diambil kira dalam kita berpolitik.Jangan berpolitik semata-mata kerana dendam dan nafsu kerana ianya sudah pasti membawa haluan negara kekancah kacau bilau.

Berbalik kepada PAS , lihatlah apa yang sedang berlaku dalam parti itu sendiri.Bagaimana sebuah parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai keutamaan tetapi mengutuk dan mencerca sahabat sendiri hanya kerana berdiri dan menggerakkan usaha kearah kekuatan ummah Islam.

Apa berlaku terhadap Hassan Ali dipecat hanya kerana melaksanakan tuntuan syiar Islam ? Baca Sini

Apa berlaku terhadap Nasharudin di tuduh pula membelakangkan Majlis Syura PAS apabila membentangkan kertas kerja di Seminar Dakwah di PWTC baru-baru ini ? Baca Sini dan Sini

Lihat juga bagaimana Datuk Haron Din dengan begitu jelas menempelak Anwar Ibrahim dalam isu pelancaran buku oleh Anwar Ibrahim yang jelas antara kempen menolak negara Islam Baca Sini

Apakah juak-juak PAS buta dengan apa yang sedang berlaku ? 

3 perkara diatas sudah cukup untuk membuktikan bahawa perjuangan PAS hari ini sudah jauh menyimpang dan menyimpangnya perjuangan ini tidak lain dan tidak bukan datangnya daripada kelemahan seorang pemimpin yang dianggap tuhan oleh juak-juak PAS yang penuh dengan perasaan dendam kesumat dan hampir pasti sedang membawa PAS ke lorong yang cukup sempit lagi gelap.

Kepada juak-juak PAS , Anda WAJIB menolak Nik Aziz dan perjuangannya !!!

‎"Saya lebih rela makan babi bersama Lim Guan Eng, daripada makan daging ayam bersama (Dato' Sri) Najib."
- Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Parti 'Islam' SeMalaysia (PIS).

Akhir kalam disaat DAPigs dan PKR bertepuk tangan , tanya diri sendiri siapa Mat Sabu jika dibandingkan dengan Nasharudin ? Fikir-fikirkanlah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels