Followers

Friday 5 October 2012

Apa Benar KJ & T.Mohan Terlibat Dengan Gangster ??


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India.

Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh ‘Ahli Umno Selayang Baru’ dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan.

Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36.

Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36.


Ini merupakan antara logo yang ada dan berkaitan dengan gang 36 dalam carian google yang MMI lakukan.

Selain dari itu Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata, beliau menerima surat berkenaan pada 3 Oktober lalu yang diletakkan pada peti surat pejabatnya di Sentul.

Khuatir dengan perkara berkenaan, beliau yang ditemani oleh Setiausaha NGO Warga Aman (Warga Aman), S Barathidasan membuat satu laporan polis di Balai Polis Travers bagi menggesa pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan.

“Saya terkejut memandangkan surat ini memberitahu perkara ini dengan teliti.

“Saya minta polis menyiasat kebenaran adakah ketiga-tiga individu berkenaan terlibat dalam kumpulan gangster kerana ini adalah tuduhan berat,” katanya ketika ditemui di luar balai polis.

Terangnya lagi, perkara ini mampu menjejaskan negara dan ketenteraman awam.Sumber TheKualaLumpurPost.

Sebagai seorang pemimpin bagi MMI , KJ sebenarnya tidak melakukan apa-apa kesalahan dengan menghadiri majlis yang dianjurkan cumanya mungkin pandangan masyarakat terhadap kumpulan yang dikaitkan dengan gangster ini boleh memberikan imej yang tidak baik.

Dalam masa yang sama sejauh mana bukti yang ada untuk mengaitkan kumpulan 36 ini sebagai kumpulan gangster ? 

Sekiranya kita berbicara soal gangster ianya merupakan satu perkara yang subjektif dan kriteria apakah yang membolehkan sesuatu kumpulan itu di label sebagai gangster ?

Adakah ianya mesti terdiri daripada mereka-mereka yang berperwatakan ganas,bertatoo,mempunyai senjata samada senjata api mahupun parang,terlibat dengan kegiatan dadah dan lain-lain ? 

Mengapa MMI menyebut sedemikian kerana dari pengamatan MMI sendiri terdapat kes-kes khususnya di luar negara dimana gangster mahupun kumpulan mafia ini sebenarnya mempunyai rangkaian ahli dan pemimpin yang sebenarnya tidak langsung menunjukkan mereka itu adalah gangster apatah lagi berperwatakan ganas.

Inilah antara perkara yang agak sukar bagi kita untuk melabel mahupun menuduh seseorang ataupun kumpulan itu sebagai gangster.

MMI sendiri pun pernah bertemu dan berborak dengan mereka yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan seperti 36 ini dan lain-lainnya , sebenarnya mereka bukanlah seperti mana yang selalu rakyat Malaysia gambarkan.

Mereka-mereka ini sebenarnya terlibat dalam kumpulan yang sebenarnya menggelarkan diri mereka sebagai NGO cumanya cara dan gerak kerja NGO-NGO ini agak berbeza sedikit daripada NGO yang berdaftar dengan ROS mahupun ROY yang mana MMI labelkan mereka sebagai "Independence NGO".

Berbalik kepada persoalan diatas , MMI harapkan satu siasatan dapat dijalankan oleh pihak berkuasa diatas dakwaan tersebut supaya segala tuduhan yang mungkin tidak tepat dapat diselesaikan.

Bila berbicara soal gangster ni teringat pula dekat Sivaji The Boss..hehe..


Psst Suka part yang dia pusing rayban tu..hehe..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels