Followers

Monday, 15 October 2012

Apa Yang DiCari Dalam Terjunan Angkasa Felix Baumgartner ???


Akhirnya penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa awal hari ini dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi.

Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam

"Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya anda," kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya, sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran langsung.

Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telahpun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat lagi, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.

Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas gagal minggu lalu akibat masalah angin.

Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.

Berikut MMI bawakan gambar-gambar terjunan beliau.









Apa sebenarnya yang mereka cari ? Jika kita ikuti kronologi sebelum terjunan ini menjadi rekod dunia adakah ianya berbaloi hanya dengan mencari rekod dan kepuasan diri ? Barangkali ada sesuatu disebalik semua yang berlaku..

Apa pun MMI sedikit bangga kerana satu perkataan telah keluar dari mulut Felix Baumgartner yang cukup menyentuh hati MMI sendiri.Lihat gambar dibawah..


"Sometimes you have to be really high , to see how small you really are " banyak pengertiannya !!!

Sama-sama kita fikirkan..

MMI.

2 comments:

  1. Sepatutnya orang Islam yang buat kerja-kerja macam ni dan ungkapan beliau di atas sepatutnya di buat oleh orang Islam.... Banyak data yang boleh di kumpul dari sesebuah projek atau ekspedisi seperti ini yang boleh di jadikan rujukan.

    Kadang-kadang kagum dengan kesungguhan mereka ni. Ada seorang sahabat saya yang membuat dakwah di perkampungan orang asli/pribumi borneo balik rumah selepas dua minggu. Tak tahan sebab mereka bela babi katanya... aduhai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan saudara..Org Islam perlukan kesungguhan tapi malangnya kita sering berbalah sesama sendiri..Pasti menarik dan indah sekiranya orang Melayu Islam yg berada ditempat beliau..

      Delete

Labels