Followers

Wednesday, 3 October 2012

Cerita Himpunan Royalti Di Putrajaya !!


Kumpulan pendesak Royalti pagi ini berkumpul di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi mendengar penghakiman mengenai tuntutan Royalti oleh Kerajaan Negeri Pimpinan PAS. Daripada 1,000 orang yang menghadiri perhimpunan, sembahyang hajat dan ceramah perdana di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, pagi ini hanya tinggal sekitar 300 orang. 

Majoritinya adalah konvoi penyokong PAS dari Kelantan.Yang menariknya kebanyakkan yang bersama bukan dari kalangan anak muda maka benarlah kata sorang kawan tu puak-puak ni datang dari Kelantan sebab nak melihat-lihat dan melawat Putrajaya.


Maklumlah sebelum ni tak pernah sampai.Inilah peluang terbaik sebab kalau buat rombongan PAS Kelantan melawat Putrajaya malu dekat orang jadi join konvoi lebih selamat.Berapalah agaknya duit minyak,makan dan tempat tidur yang puak-puak ni terima.Dengar-dengar katanya ada ermmm..

Kita harapkan konvoi berkenaan dapat bercuti dan berehat di Putrajaya. Bukan senang hendak dapat peluang lawatan percuma. Selepas penghakiman dibuat, jangan balik dulu. Banyak tempat-tempat menarik di Putrajaya untuk anda semua lawati.


Lihat gambar diatas , MMI bukan membangkang solat berjemaah yang dilakukan cumanya hairan bukankah di Putrajaya ni masjid sudah pun tersedia ? Mengapa tidak ke masjid untuk bersolat ? Kalau nak menunjuk pun agak-agak lah..

Inilah sikap juak-juak pembangkang khususnya PAS.Apa pun semoga lawatan ke Putrajaya mereka   dapat memberikan satu pengalaman indah dan memori yang akan diingati sampai bila-bila betapa indahnya pembangunan di Putrajaya dengan ciri-ciri Islamnya hasil dari garapan seorang pemimpin UMNO.

MMI berani confirm start hari ini gambar-gambar yang diambil disekitar Putrajaya sudah mula diuploadkan ke dalam FB masing-masing tanda kenangan telah sampai ke Putrajaya hehehe.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels