Followers

Wednesday, 3 October 2012

Oh Sheila Amzah !!


MMI cukup meminati anak kepada N.D Lala ini siapa lagi kalau bukan Sheila Amzah.Nak kata terlalu mengikuti perkembangan beliau tu tak lah sangat tapi yang pasti MMI sememangnya melabelkan Sheila sebagai artis Malaysia yang boleh pergi jauh bahkan beliau mampu untuk menjadi ikon kepada negara Malaysia khususnya dalam bidang nyanyian sepertimana Allahyarham Sudirman satu ketika dulu.

Jika anda pernah membaca entri-entri dari MMI sebelum ini pasti pernah membaca penulisan berkaitan Sheila Amzah Baca Sini dan Sini .

Paling MMI suka tentang Sheila adalah beliau telah membuktikan bahawa bertudung bukan halangan untuk seseorang itu maju dalam apa bidang sekalipun.Selagi kita mempunyai kemampuan dan bakat di tambah dengan usaha pastinya kejayaan akan muncul di hujung usaha kita.

Begitulah dengan Sheila apabila baru-baru ini telah menjuarai Asian Wave di China yang bukan saja telah mengharumkan nama Malaysia tetapi dilihat sebagai satu platform penyatuan antara berbilang bangsa khususnya yang ada di Malaysia dan di luar negara.

MMI tumpang bangga apabila seorang anak muda Malaysia seperti Sheila yang bertudung langsung tidak menjadi halangan kepada mereka di luar sana yang bukan berbangsa Melayu serta beragama Islam untuk sama-sama meminati bakat yang ada pada beliau.

HEBAT sekali , rasanya MMI pun dah jatuh cinta pada Sheila tapi jangan salah sangka pula ya..Kepada anda yang tak berkesempatan untuk melihat dan menonton sendiri persembahan penuh bertenaga daripada Sheila Amzah sewaktu di China baru-baru ini MMI bawakan khas kepada anda untuk menilai kerana setiap kali MMI menonton persembahan ini sudah pasti meremang bulu roma merasai aura alunan melodi lantunan suara dari Sheila Amzah.


Berikut MMI sertakan komentar para juri terhadap Sheila Amzah dan dua peserta lain yang sama-sama bertanding dalam Asian Wave 2012.

1st judge commented : English
I'm not ready to comment as my heart still sinking into Shila's song. As for Hua Zhong - U need to learn from both of them because they are already beyond love for music. As for Chan, he's uniquely deliver it beautifully by portraying in unisex way. As for Shila, she's amazingly related herself into her song even though she doesn't know Chinese. She's truly won our hearts. Thanks to both of u. As for Chan, I've been in music industry for 20 yrs, I still need to learn from u. Thank You.

Juri Pertama: Bahasa Melayu
Saya belum bersedia untuk membuat komen lagi kerana perasaan saya masih diruntun dengan lagu Shila. Bagi Hua Zhong, anda perlu belajar dari mereka berdua memandangkan kedua-duanya telah lama berkecimpung di dalam arena muzik. Chan, anda pula seorang yang unik, penyampaian dan cara anda menyanyi secara uniseks (dua hala). Shila, anda sangat menakjubkan walaupun tidak faham bahasa Cina. Anda betul-betul menawan hati kami. Chan, walaupun saya telah lama berkecimpung di dalam industri muzik selama 20 tahun, saya masih perlu belajar dari anda lagi. Terima kasih.

2nd judge commented : English
Sorry, I forgot to stand up. I'm having headache after the great shows. As for Hua Zhong, I listen to your amazing unique voice so many times and I like it so much. U should be handsomely rewarded. As for Shila, u have all the WOW factors that most extraordinary singer has such as Ah Mei and u are the 2nd best singer that I've ever met in Asia. As for Chan, u are a risk taker and capable of changing any song including Lady Gaga song. U have so much talents and creativity inside u.

Juri Kedua : Bahasa Melayu
Maaf, saya terlupa untuk bangun berdiri. Saya mengalami sakit kepala setelah menonton pertunjukan yang hebat. Hua Zhong, saya dapati anda mempunyai suara yang sungguh unik dan saya amat menyukainya. Anda sepatutnya mendapat imbuhan. Shila, anda mempunyai tarikan faktor WOW yang luarbiasa, setakat ini penyanyi Ah Mei dan anda orang yang kedua merupakan penyanyi terbaik yang pernah saya jumpa di Asia. Chan, anda merupakan seorang perisiko dan berupaya mengubah sebarang lagu termasuk lagu Lady Gaga. Diri anda sangat berbakat dan kreatif. Ahhh... sakit kepala saya.

Tahniah dan syabas kepada Sheila Amzah , teruskan MMI sentiasa menyokong..

Psstt bila bertudung lagi cantik aduhai...hehehe..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels