Followers

Thursday, 4 October 2012

Hebat Sangatkah Bajet Pembangkang Ni ??


Minggu ini di Parlimen semua Ahli Parlimen sibuk dalam sesi perbahasan bajet 2013 dan bermacam ragam yang kita dapat saksikan.Yang hampir pasti kita dengar dan lihat adalah percubaan pihak pembangkang melalui ketua mereka Anwar Ibrahim mencuba sedaya upaya untuk menghentam kerajaan kononnya bajet 2013 yang dibentangkan itu mempunyai kelemahan dan bermacam alasan lagilah.

Cumanya usaha mereka sedikit terbantut apabila YB KJ telah pun memalukan Anwar sendiri sewaktu perbahasan tersebut.Wujud juga usaha untuk memalukan YAB PM apabila menuduh beliau sebagai penakut kerana tidak menghadiri perbahasan tersebut.

Namun segala usaha tersebut tidak berhasil , manakan tidak dengan YB KJ pun tak lepas ada hati pula nak berdepan dengan YAB PM.Lagi pun MMI cukup bersetuju dengan tindakan YAB PM yang tidak melayan cakap-cakap bangang puak-puak Pakatan Haprak ni banyak lagi perkara dan urusan penting yang seharusnya beliau layan demi kemakmuran negara.

Yang lebih penting dan paling MMI suka adalah ulasan oleh beberapa professor berkenaan bajet yang dibentangkan oleh puak pembangkang dan kerajaan.

Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas lebih meyakinkan berbanding belanjawan yang dikemukakan pakatan pembangkang, kata seorang profesor ekonomi pada Isnin.

Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, belanjawan pakatan pembangkang yang hanya memberi fokus kepada aspek "memberi, memberi, memberi" tidak mempunyai kerangka yang jelas berbandingBelanjawan 2013 kerajaan.

"Apabila pakar ekonomi mempersoalkan belanjawan pembangkang secara terperinci, mereka gagal memberikan jawapan yang meyakinkan dan jelas, dari aspek ekonomi.

"Sebaliknya, pembangkang akan mendakwa pakar ekonomi bertanyakan soalan yang berbaur politik," katanya pada sesi perbincangan "Belanjawan 2013 dan Transformasi Ekonomi Negara" pada Wacana Majlis Profesor Negara (MPN) Pasca Belanjawan 2013: Mentransformasi Negara anjuran MPN di Kuala Lumpur pada Isnin.

Bernama melaporkan Noor Azlan berkata demikian ketika diminta membuat perbandingan di antara Belanjawan 2013 dan belanjawan pakatan pembangkang oleh salah seorang peserta perbincangan itu.

Beliau yang merupakan salah seorang anggota panel perbincangan itu berkata, pelbagai pemberian yang dijanjikan oleh parti pembangkang dalam belanjawan itu dilihat hanya bertujuan memancing undi.

Noor Azlan berkata, Belanjawan 2013 yang dibentangkan pada Jumaat lepas adalah begitu menyeluruh dan mengandungi pelan dan strategi yang jelas terutama dalam membantu semua golongan masyarakat dan pelbagai sektor.

Beliau juga turut mempersoal hasrat pakatan pembangkang untuk menurunkan harga kenderaan kerana ini akan hanya menambahkan bilangan kenderaan di jalan raya dan sekali gus menambah kesesakan.

"Lebih baik tingkatkan sistem pengangkutan daripada mengurangkan harga kenderaan. Nanti lebih banyak kenderaan daripada jalan raya," jelasnya.

Noor Azlan berkata, ini dapat dilihat di negara-negara maju di mana rakyatnya tidak perlu memiliki kenderaan kerana sistem pengangkutan negara berkenaan begitu efisien.

Beliau berkata, adalah lebih baik Malaysia mencontohi sistem pengangkutan awam negara maju daripada menurunkan harga kenderaan.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, Belanjawan 2013 menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk merealisasikan aspirasi negara seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

Belanjawan 2013 membantu memberikan golongan tua dan muda di negara inimenikmati hidup yang lebih sejahtera, katanya.

Ia juga mampu memberi kesan positif terhadap pandangan rakyat kepada kerajaan, katanya dalam perbincangan kedua bertajuk "Mentransformasikan SosioPolitik Negara".

"Malah sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan, transformasi yang dilakukankerajaan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) sudah menunjukkan hasil positif," katanya.

Kepada puak-puak pembangkang sendiri mau ingatlah rakyat Malaysia sekarang bukan bodoh malah jauh lebih bijak.Pembohongan dan dakyah bodoh dari pembangkang pastinya akan memakan diri kalau tak percaya tunggu pilihanraya ke-13 nanti.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels