Semua pemaju perumahan akan diwajibkan melaksana konsep bina kemudian jual mulai 2015 bagi mengelakkan pembeli teraniaya akibat projek terbengkalai.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, menerusi konsep tersebut pembeli cuma membayar 10 peratus deposit dan baki 90 peratus lagi hanya dibayar selepas rumah siap.
Katanya, sehingga kini empat syarikat milik kerajaan (GLC) yang terbabit dalam sektor perumahan sudah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan konsep tersebut lebih awal iaitu mulai tahun depan.
Kerajaan memandang serius masalah rumah terbengkalai dan berdasarkan kajian menyeluruh, mulai 2015 polisi baru akan diperkenalkan iaitu semua pemaju wajib melaksanakan konsep bina kemudian jual.
Alhamdulillah , MMI tabik spring diatas keputusan yang dicapai kerana dah lama MMI menantikan keputusan seperti ini.Moga-moga mereka yang masih belum mempunyai rumah bolehlah berbuat demikian.
Walaupun ianya akan hanya dimulakan pada 2015 tetapi keputusan sebegitu sudah semestinya mengambil kita akan nasib rakyat yang masih belum memiliki rumah.
TQ Barisan Nasional !!
MMI.
Salam bro pemintaan anda telah ditunaikan harap sedia membuat pautan PecahPalakMikir.blogspot.com sama
ReplyDeleteterima kasih bro