Followers

Friday 19 October 2012

PANAS Jaclyn Sentuh Sensitiviti Agama Lain !!


Tiba-tiba nama Jaclyn Victor menjadi panas , cumanya panas ini bukan bermakna laris tetapi panas kerana isu beliau diberitakan menyanyi sebuah lagu yang liriknya dikatakan menyentuh sensitiviti agama lain di Malaysia.

Kalau di Malaysia ni bab agama jangan di buat main-main kerana ianya mampu mengundang rasa tidak selesa dan marah pengikut sesuatu agama itu.

Mungkin Jaclyn sendiri tidak berniat untuk menyindir mahupun menyentuh sensitiviti agama lain dalam lagu yang dinyanyikannya namun sikap tidak peka beliau dan mereka yang bertanggungjawab menghasilkan lagu tersebut amat mengecewakan. 

Oleh kerana itu Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan digesa menyiasat lagu nyanyian Jaclyn Victor yang didakwa menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya didapati lagu berkenaan benar-benar mempunyai unsur seperti didakwa, tindakan berlandaskan undang-undang perlu diambil segera.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, lagu berkenaan tidak sesuai disiarkan kerana bimbang akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain yang mungkin menganggapnya sensitif.


"Setelah meneliti lirik lagu ini, pada rangkap korusnya ada menyebut `setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah (takhta) mu' memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam juga begitu.

"Dia (Jaclyn) kena sensitif, dalam lirik itu juga jelas menunjukkan `Yesus (Jesus) adalah tuhanku'. Kalau dia sebut setiap penganutmu, orang faham penganut agamanya (Kristian) saja tetapi jangan sebut setiap suku, kaum dan bangsa di negara ini yang turut meliputi orang Melayu.

"Saya harap Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan boleh merujuk perkara ini kepada Jakim untuk memastikan sama ada lagu berkenaan benar-benar menyentuh soal akidah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Psstt Teringat lagu Gemilang ..

MMI.

3 comments:

  1. lagu lama ni, cuma baru sekarang kontroversi.

    ReplyDelete
  2. benda dah tahap basi baru nak bising...yang pelik napa penyanyi disalahkan...bukan dia pencipta lagunya...lirik pun melayu gak tulis...apa kes..saja nak bikin kecoh...

    ReplyDelete
  3. sedap lagu tu sgt menusuk kalbu...

    ReplyDelete

Labels