Followers

Wednesday 24 October 2012

Khas Buat Puak Pencacai Di Kelantan !!


Mungkin ramai yang tak sedar bahawa mereka-mereka yang asyik membangkang kerajaan selama ini merupakan antara mereka yang memilih untuk memohon pekerjaan daripada kerajaan yang mereka sendiri bangkang.

Begitulah sikap puak-puak pencacai penyokong PAS dan Pakatan Haprak di Kelantan dan barangkali antara mereka yang berada dalam gambar diatas juga terdiri daripada mereka yang telah pun bekerja dengan kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat Kelantan merupakan yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata sejak 2009 hingga 2011, seramai 495,000 rakyat negeri itu telah memohon kerja bagi Gred 1 hingga Gred 41.

"Sejak lima tahun lalu pula, seramai 12,831 daripada permohonan itu telah diterima bekerja di sektor kerajaan.

"Saya setuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci," katanya.

Mahmood berkata sejak tiga tahun lalu jumlah pencari kerja di seluruh negara yang memohon melalui SPA seramai 1.2 juta.

Menurutnya jumlah yang memohon pekerjaan itu tidak termasuk melalui suruhanjaya pekerjaan yang lain seperti pelajaran, polis dan tentera.

Beliau menafikan dakwaan kononnya SPA meminggir kaum-kaum tertentu sebaliknya mereka yang layak akan diberikan keutamaan. - BERNAMA.

MMI cuma nak tanya jalah boleh pula ya bekerja dengan orang yang ampa sendiri tuduh sebagai kafir ???? Ada maruah ka ampa ni ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels