Followers

Showing posts with label pencacai. Show all posts
Showing posts with label pencacai. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

Inilah Harga Yang Perlu Di Bayar Oleh Juak PAS Kerana Bersama Pakatan Haprak !!


MMI tak mau cakap banyak cuma nak ucap TAHNIAH pada semua juak-juak PAS kerana ampa semualah kenyataan diatas tu dikeluarkan.Pasti ampa semua kenal budak beringus Khalid Mohd Ismath tu kan ? Selama ni ampa juak-juak PAS bukan main lagi bagi sokongan dekat puak-puak PKR , sekarang apa jadi ? Pemimpin ampa sendiri di CACI nya..Sokonglah lagi jangan lupa lepas ni pi jilat tapak kaki budak-budak beringus ni tau..SYABAS !! Baca seterusnya di MPP

MMI.

Saturday, 27 October 2012

Banner Lembu Lagi Fitnah Juak Pakatan Haprak !!


Akhirnya setelah banyak blog-blog samada pro kerajaan mahupun pro pembangkang menyebarkan berita perihal banner yang melibatkan Kak Jat akhirnya blogger Anak Seberang memberikan jawapan sebenarnya.

Rupa-rupanya program yang tertera di banner tersebut langsung tidak wujud.Kehadiran banner tersebut jelas sekali merupakan satu lagi agenda jahat dan cubaan terancang puak Pakatan Haprak yang semakin meroyan untuk memfitnah UMNO dan Barisan Nasional.

Kepada puak-puak Pakatan Haprak yang membaca entri kali ini MMI nak bagitahu jentera UMNO dan Kerajaan bukanlah semurah dan tidak bermaruah seperti mana puak Pakatan Haprak.Kita dibarisan pro kerajaan tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang gerak kerja seperti dalam gambar diatas apatah lagi menabur fitnah demi mendapatkan sokongan undi.

Kalau tak percaya baca entri MMI yang pertama berkenaan isu ini Baca Sini yang secara jelas mendesak supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap kesilapan sebegitu (jika benar) dipecat sahaja daripada parti kerana kita jelas sebarang usaha sambil lewa dan berbentuk sabotaj perlu di tolak.

Itu pendirian MMI sekiranya melibatkan ahli parti sendiri namun dalam soal ini ternyata juak-juak Pakatan Haprak merupakan jentera yang langsung tidak bermaruah malah mungkin amat terdesak untuk mendapatkan sokongan sehingga sanggup melacurkan maruah sendiri.

Paling menarik respon daripada Kak Jat sendiri rilek ja dia .. Malulah weiii..

MMI.

Wednesday, 24 October 2012

Khas Buat Puak Pencacai Di Kelantan !!


Mungkin ramai yang tak sedar bahawa mereka-mereka yang asyik membangkang kerajaan selama ini merupakan antara mereka yang memilih untuk memohon pekerjaan daripada kerajaan yang mereka sendiri bangkang.

Begitulah sikap puak-puak pencacai penyokong PAS dan Pakatan Haprak di Kelantan dan barangkali antara mereka yang berada dalam gambar diatas juga terdiri daripada mereka yang telah pun bekerja dengan kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat Kelantan merupakan yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata sejak 2009 hingga 2011, seramai 495,000 rakyat negeri itu telah memohon kerja bagi Gred 1 hingga Gred 41.

"Sejak lima tahun lalu pula, seramai 12,831 daripada permohonan itu telah diterima bekerja di sektor kerajaan.

"Saya setuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci," katanya.

Mahmood berkata sejak tiga tahun lalu jumlah pencari kerja di seluruh negara yang memohon melalui SPA seramai 1.2 juta.

Menurutnya jumlah yang memohon pekerjaan itu tidak termasuk melalui suruhanjaya pekerjaan yang lain seperti pelajaran, polis dan tentera.

Beliau menafikan dakwaan kononnya SPA meminggir kaum-kaum tertentu sebaliknya mereka yang layak akan diberikan keutamaan. - BERNAMA.

MMI cuma nak tanya jalah boleh pula ya bekerja dengan orang yang ampa sendiri tuduh sebagai kafir ???? Ada maruah ka ampa ni ???

MMI.

Labels