Followers

Saturday 20 October 2012

Melayu Sudah Lama Berpecah - Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan parti pada 1998 bukan penyebab bermulanya perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

Sebaliknya, jelas beliau, orang Melayu di negara ini sudah lama berpecah termasuk ketika penubuhan Malayan Union yang mana pelbagai konflik tercetus termasuk wujud golongan ulama daripada UMNO yang mengambil keputusan menubuhkan parti Pas.

Selain itu, jelas Dr. Mahathir, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan parti serpihan UMNO iaitu Semangat 46 turut membuktikan telah berlaku perpecahan dalam kalangan orang Melayu ketika itu.

"Jadi, mahu kata kerana saya pecat Anwar (penyebab mula berlaku perpecahan orang Melayu) tidak benarlah. Kita tidak boleh menerima orang seperti ini (Anwar) menjadi Perdana Menteri. Sebab beliau ada karakter yang tidak boleh menjadi seorang Perdana Menteri.

"Kita tidak boleh terima manusia yang moralnya terlalu rendah untuk menjadi seorang pemimpin, kita malu dengan pemimpin seperti ini," katanya.Lagi Berita 

Benarlah kata Tun Mahathir , Melayu Mudah Lupa bahawa mereka dulunya pernah berpecah malah jika dilihat daripada hikayat Hang Tuah menentang Hang Jebat ianya lebih parah kerana perpecahan yang berlaku membawa kepada pembunuhan sesama sendiri.

Lihat juga hari ini siapakah sebenarnya yang memecah-belahkan orang-orang melayu kalau bukan Pakatan Haprak yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim !!

Ambillah iktibar..Tak perlu MMI hurai panjang lebar disini ..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels