Followers

Sunday, 14 October 2012

Pesanan Kepada Pemimpin UMNO - BANGUN ! & BERTANGGUNGJAWABLAH !!!


Ketika ramai yang masih berteka-teki berkenaan tarikh pilihanraya ke-13 senario politik negara dilihat semakin rancak walaupun disebalik kerancakan tersebut ada pihak yang masih termenung dan masih bercuti.

Termenung dan bercuti dalam erti kata lainnya masih kurang agresif dari gerak kerja menghadapi pilihanraya.Jentera-jentera dilihat masih lemah malah mengambil sikap tunggu dan lihat.Ada sesetengahnya yang langsung tidak melakukan apa-apa waima diberikan amanah serta tanggungjawab sekalipun di peringkat kepimpinan tertinggi bahagian.

Percaya atau tidak ada dikalangan pemimpin tertinggi dalam hiraki bahagian sendiri yang dilihat cukup lemah dari segi maklumat.Kegagalan menguasai maklumat ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan inilah yang menyebabkan mereka langsung tidak mampu berhujah apatah lagi berdebat dengan juak-juak pembangkang.

Hasil tinjauan dan pemerhatian MMI , mereka-mereka ini kadang kalanya hebat apabila ada kepimpinan tertinggi parti mahupun YAB PM hadir ke negeri mahupun kawasan masing-masing    namun kembali ke takuk yang lama apabila pemimpin tertinggi parti pulang.

Berlaku juga hanya pihak tertentu sahaja yang bermati-matian berjuang untuk memastikan UMNO dan BN terus diperkasakan tetapi dalam masa yang sama kelibat bayang pemimpin diperingkat bahagian langsung tidak kelihatan.

Mereka-mereka yang berhempas-pulas berjuang dibiarkan berjuang seorang diri,serangan demi serangan dari pembangkang ditepis mereka dengan tangan sendiri malah langsung tidak dibantu.

Percayalah sekiranya Pulau Pinang kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional maka pemimpin-pemimpin inilah yang akan bermegah diri kononnya merekalah yang berjuang sehinggakan beroleh kejayaan.Manakala mereka yang sentiasa berjuang bermati-matian bakal menjadi insan yang hanya memerhati dari bangku tidak beralas dan duduknya dihujung-hujung dewan.

Apa yang MMI perkatakan diatas adalah merujuk kepada sikap pemimpin yang hari ini memegang amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian-Bahagian dan antara yang terlibat di peringkat perhubungan negeri.

MMI mahu fokuskan di negeri Pulau Pinang kerana menjadi impian MMI untuk melihat negeri ini kembali di bawah kuasa UMNO dan Barisan Nasional.

Sebagai Ketua UMNO Bahagian khususnya di Pulau Pinang sudah pasti semuanya terlibat dalam pucuk pimpinan di peringkat perhubungan negeri.Maka menjadi tanggungjawab mereka untuk menjalankan kewajipan demi memenuhi amanah ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi bagi mengembeleng tenaga dan memacu kekuatan seterusnya menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti.

Namun sejauh mana Ketua-Ketua Bahagian ini menjalankan kewajipan mereka ? MMI tak nafikan gerak kerja di kawasan dalam tugasan harian sebagai Wakil Rakyat dan Ketua Bahagian namun dalam konteks isu nasional dan negeri sejauh mana gerak kerja pemimpin-pemimpin ini ?

Amat jarang sekali pentas-pentas ceramah dianjurkan oleh mereka ? Apakah tindakan pihak pembangkang yang saban hari mengadakan ceramah dianggap isu remeh ? 

Ingatlah kelalaian kita dalam menangkis tohmahan pembangkang yang menjurus kepada isu-isu nasional dan negeri bakal memakan diri.

Buktinya sudah ada lihat saja keputusan PRU 2008 walaupun ianya sedikit sebanyak disumbangkan oleh beberapa faktor namun jangan nafikan kegagalan kita menguasai media baru maka kita kalah dari sudut penyampaian maklumat yang akhirnya menyebabkan semua pimpinan UMNO dan Barisan Nasional menyalahkan orang muda kerana undi tidak memihak kepada Barisan Nasional.

Mengapa menyalahkan orang muda sedangkan pemimpin utama ketika itu terdiri daripada mereka-mereka yang bukan dikalangan orang muda ? Inilah sikap yang harus dibuang jauh-jauh sekiranya UMNO dan Barisan Nasional khususnya di negeri Pulau Pinang mahu menawan semula Pulau Pinang.

Menyalahkan orang muda tetapi dalam masa pemimpin itu sendiri gagal menguasai maklumat yang seharusnya dikuasai menjadikan UMNO dan Barisan Nasional layu.

Sehingga hari ini apakah cukup sekadar membiarkan Facebookers dan Bloggers melakukan serangan dan pertahanan maklumat ? BANGUNLAH ! gerakkan serangan seterusnya , bekalan (maklumat) dan medan sudah disediakan tunggu apa lagi BANGUN ! GERAKKAN jentera supaya ianya menjadi satu medan peperangan yang terbaik.

PERJUANGAN YANG PENUH DENGAN USAHA PASTI MEMBAWA KEJAYAAN MALAH JIKA DITAKDIRKAN KITA KALAH SEKALIPUN BIARLAH KALAH ITU BERMARUAH!!!  

Kepada semua Ketua UMNO Bahagian di seluruh Pulau Pinang anda sebenarnya harus bertanggungjawab dan amanah.

Maka kerana itu MMI mahu mencadangkan dalam usaha UMNO dan Barisan Nasional merampas semula Pulau Pinang dari Pakatan Haprak , kita harus membuat aku janji bahawa perjuangan kali ini adalah perjuangan habis-habisan dan merupakan perjuangan hidup mati kita dalam menentukan survival UMNO dan Barisan Nasional di bumi bertuah ini.

Bagi MMI ianya cukup mudah seperti yang disebut tadi setiap Ketua UMNO Bahagian terlibat secara langsung diperingkat Perhubungan Negeri UMNO Pulau Pinang maka merekalah yang merencana serta mengatur strategi dalam usaha untuk mendapatkan Pulau Pinang semula. 

Oleh kerana itu sekiranya UMNO dan Barisan Nasional gagal merampas Pulau Pinang dalam PRU ke-13 nanti maka SEMUA KETUA UMNO BAHAGIAN DI SELURUH PULAU PINANG HARUSLAH MELETAK JAWATAN SEBAGAI KETUA UMNO BAHAGIAN DI KAWASAN MASING-MASING BAGI MEMBUKTIKAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB KEATAS KEGAGALAN TERSEBUT.

MMI yakin jika ini aku janjinya maka segala perancangan kearah menghadapi pilihanraya akan berjalan lancar malah ahli UMNO serta rakyat juga akan turut menyokong seterusnya akan menyebabkan satu tsunami besar-besaran gerakan UMNO dan Barisan Nasional dalam mematahkan cubaan puak pembangkang mempertahankan kemenangan mereka.

Pemimpin silih berganti ,ambil contoh kepimpinan Tun Abdullah dan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri menerajui Malaysia.Satu ketika UMNO dilihat lesu dan hampir rebah tetapi kerana proses peralihan kepimpinan itu menjadikan UMNO dan Malaysia kini bangun semula. 

Apa pandangan anda semua ??

Psstt Bab Ketua Bahagian parti komponen ampa pemimpin di atas boleh bincang samada nak turut serta atau pun tidak !!

MMI.

1 comment:

  1. MMI....hang taw dak....sepatutnya kita UMNO perlu bertindak dari sekarang dlm erti kata bnykkan ceramah2 penerangan...biro penerangan harus bertanggungjawab dan ketua bahagian dan ketua pemuda itu perlu meletakkan jawatan dlm UMNO sekiranya kita kalah PRU13 ni....aku pun pelik dgn sikap semua bahagian dlm menepis segala isu yg dibangkitkan oleh pembangkang....depa buat apa?...masih ditakok lama ka?...nk harap kita ja...mampoih laa.. bila menang... kita diorang buat2 x taw....patutnya diorang perlu bersama2 dlm menjawab isu....ini tidak... apa pun x nmpk....sedarlah....semua dok mimpi jaa.....hangpa x sayang UMNO lagi ka?@ depa ni saja nk cantas parti sendiri.....MMI tgk,kita x nafikan berapa seriusnya Pembangkang dlm memutar belit isu...sapa yg jawab kalau bukan kita....aku harap biro penerangan lebih agresif sikit jgn dok jadi mcm katak bawah tempurung....MMI tgk IR sheikh...dia sorang ja ug agresif...ketua bhagian lain p mn? Patut turun la sama2 kita support dia ini x...biarkan dia sorang ja.....benggong jugak biro penerangan p.pinang dan semua bhagian...depa dok mimpi lagi kot.....hurmm klau depa mcm ni lagi susahlah.....apa2 pun aku tetap bersama2 UMNO demi mempertahankan warisan kita....aku harap depa ni sedaq diri sikit....steadyMMI artikel mcm ni lama dh aku dok tgu....baru hampa taw! Usah bercakap soal perjuangan bila diorang peringkat pimpinan x tahu isu apa yg pr dok spin skrang...! Hidup UMNO!...say NO to loser!

    ReplyDelete

Labels