Followers

Saturday 20 October 2012

UMNO Bakal Pecat Ahli Sendiri ??


Parti UMNO kini semakin serius dalam setiap gerak kerja mereka apatah lagi dengan baki masa untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.Pastinya setiap perancangan yang diatur semahunya mencapai kejayaan demi memastikan Barisan Nasional terus menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam pilihanraya nanti.

Untuk merealisasikannya bukanlah satu perkara mudah.Kerajaan Barisan Nasional melalui program transformasi yang telah dilakukan sudah menunjukkan peningkatan penerimaan rakyat setelah mengalami tsunami politik paling buruk pada 2008 yang lalu.

Walaubagaimanapun MMI melihat penumpuan kini terarah kepada usaha untuk memastikan parti UMNO yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional bebas daripada anasir-anasir yang berkepentingan sempit daripada terus menjadikan platform politik sebagai jalan pintas mencapai sesuatu.

Tahniah kepada UMNO kerana tindakan membersihkan parti dengan ingatan tegas dan usaha yang bersungguh-sungguh mampu mewujudkan satu pasukan terbaik dalam usaha mereka mendapatkan kepercayaan rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO sedang membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana ahli yang melakukan sabotaj ke atas parti serta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden UMNO berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail serta dianggotai oleh beberapa ahli Majlis Tertinggi yang tidak berkepentingan, ahli Lembaga Disiplin dan wakil ahli setiap bahagian parti di seluruh negara.

Kata beliau, jawatankuasa yang akan diwujudkan itu selari dengan peruntukan fasal 10.15 perlembagaan parti itu turut bertanggungjawab memberi definasi terhadap perbuatan khianat dan sabotaj kepada parti supaya setiap ahli jelas mengenai kesalahan tersebut.

Dengan kewujudan jawatankuasa itu, katanya, tindakan tegas dan segera boleh diambil terhadap ahli tanpa perlu menunggu masa sehingga berbulan-bulan seperti yang berlaku sebelum ini.

"Majlis Tertinggi bersetuju untuk mewujudkan jawatankuasa ini sebagai cerminan tentang pendirian dan hasrat kita agar tindakan tegas diambil terhadap sesiapa yang boleh merosakkan kepentingan parti.

"Kita juga setuju melantik anggota di setiap bahagian yang boleh memberi laporan terus kepada jawatankuasa tersebut ke ibu pejabat atau secara dalam talian," katanya.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau menambah, antara bentuk kesalahan yang akan diperhalusi jawatankuasa tersebut termasuklah menyokong parti lawan, menghasut untuk menentang parti dan menyalah guna wang peruntukan pilihan raya.

Antara tindakan yang boleh dikenakan, katanya, adalah digantung keahlian atau dipecat daripada parti.


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels