Followers

Saturday, 20 October 2012

Bajet Longkang !!


Pakatan Haprak yang dikemudi oleh Anwar Ibrahim raja putar alam kini sudah membuktikan bahawa mereka antara barisan pembangkang yang paling teruk dalam dunia.Malah integriti mereka boleh dipertikaikan oleh mana-mana negara melainkan ada negara-negara tertentu yang sebenarnya menjadikan juak-juak pembangkang di Malaysia sebagai antara agen bagi memenuhi agenda mereka.

Walau apa pun yang berlaku MMI yakin waima Washington sekalipun pasti tidak akan menerima hatta kelibat Anwar Ibrahim kerana mereka tahu manusia bertopengkan nafsu dan cita-cita mahu berkuasa ini mampu menggigit jari dan tangan mereka kembali sekiranya beliau mendapat sokongan  yang jitu dari akar umbi.

Malah MMI yakin bahawa seluruh dunia sudah pun mengenali Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin rakus yang tamakkan kuasa hingga sanggup menjadi tali barut kepada bangsa,agama dan negaranya sendiri.

Melihat gerak kerja dan niat yang terbuku dalam diri pemimpin Melayu yang bersama Anwar sahaja sudah cukup untuk membuktikan siapa mereka sebenarnya.Baca Sini 

Malah banyak lagi jika MMI mahu tuliskan disini namun sebagai rakyat yang berpaksikan kepada kemakmuran bersama dan percaya kepada sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan maka manusia bernama Anwar dan konco-konconya harus ditolak jauh-jauh demi memastikan kelangsungan kejayaan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini dapat diserahkan pula kepada generasi lainnya selepas kita nanti.

Entri ini bakal mengajak anda semua untuk melihat bagaimana seriusnya kerajaan kita dalam menyediakan serta merancang sesuatu perkara yang besar apatah lagi melibatkan belanjawan negara  yang saban hari dicerca dan di kutuk oleh juak-juak pembangkang sebagai bajet pilihanraya.

Percayalah ianya bukan semudah menzahirkan sebuah buku yang menceritakan tentang perihal kewangan tetapi merupakan satu perancangan yang jika dilakukan sambil lewa bakal menyebabkan seluruh rakyat merana dan mungkin dijajah.

Untuk memahami proses penyediaan belanjawan negara oleh kerajaan persekutuan Klik Sini

Relevankah bajet dari Pakatan Haprak ? Selebihnya ampa semua fikir dan nilaikan.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels