Nampaknya Mansor TKM1 Pulau Pinang sudah semakin tenat sekarang.Kalau diikutkan dari segi perjuangan parti , beliau sudah boleh dianggap sebagai liabiliti kepada Parti Keadilan mahupun Pakatan Haprak.
Jika sebelum ini beliau dilihat terkial-kial mahu menutup pekung didada dengan menjadi anjing rantaian Guan Eng kini sudah tidak lagi mampu untuk menafikan sebarang kaitannya dengan rakaman di bawah.
Apatah lagi setiap ayat yang keluar dari mulut beliau cukup untuk mendedahkan betapa hina dan jijiknya pemimpin Pakatan Haprak dalam menjadikan rakyat sebagai platform mereka untuk mengecapi kemewahan dengan MUDAH.
Dengar sendiri pengakuan Mansor dalam rakaman dibawah.
Apakah rakaman diatas ada menunjukkan Mansor berbicara soal membantu rakyat ? Ada atau tidak ungkapan beliau yang berbicara soal memperkasakan bangsa Melayu di Pulau Pinang ? Apakah Mansor ada menyebut kepentingan rakyat seluruh Pulau Pinang menjadi agenda utama mereka ?
LANGSUNG TIDAK ADA ! Yang MMI dengar soal jawatan Duta di China atau menjadi kepala GLC andaikata mereka berjaya menawan Putrajaya daripada menjadi wakil rakyat yang terpaksa meredah banjir untuk berkhidmat kepada anda yang mengundi mereka.Gaji pun lebat.....
Inilah sebenarnya hasrat dan matlamat para pemimpin Pakatan Haprak yang begitu teruja mahu ke Putrajaya selain dari mahukan kuasa mereka juga sebenarnya mengidamkan jawatan-jawatan dalam agensi-agensi kerajaan dengan harapan mahu mendapatkan kekayaan.
Kepada rakyat Penanti yang mengundi Mansor fikir-fikirlah kerana selepas ini Mansor akan menggunakan tiket undian kamu untuk beliau berkelana ke negara China sebagai duta tanpa perlu memikirkan perihal serta permasalahan kamu.
Hebatlah orang Penanti !!
MMI.
No comments:
Post a Comment