Followers

Sunday 25 November 2012

Anti Lynas Ketua Wanita MCA Terlibat ?!!!!


Gambar di atas adalah gambar Ketua Wanita MCA Negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har, bersama-sama dengan Khoo Poay Tiong, Wakil Rakyat Ayer Keroh, Melaka bersama-sama menyertai demonstrasi dan perarakan haram Kumpulan Cina DAPig Hijau Anti Lynas di Dataran Merdeka. CTS tidak pasti apakah status Ketua Wanita MCA Melaka ini, kerana sebelum ini beliau pernah menimbulkan kontroversi kerana menyertai Himpunan Bersih 3.0 dan diminta melepaskan jawatan oleh Ketua Menteri Melaka, DS Ali Rustam.

Ketua Menteri Melaka telah meminta Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, 28 April lalu. Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri beliau berkata, tindakan Sit Har menyertai BERSIH 3.0 membuktikan bahawa Kian seolah-olah menikam parti dari belakang. 

Kini lensa kamera berjaya merakamkan beliau berada di sekitar Dataran Merdeka untuk menyertai Himpunan Cina DAPig Hijau Anti Lynas. Kalau beliau masih memegang jawatan di dalam MCA dan masih bergelar ahli, seharusnya MCA lebih berani untuk membuang dan memecat pengkianat di dalam parti ini. Tidak adanya MCA kecut telor untuk membuat tindakan disiplin yang telah menikam Barisan Nasional dari belakang sebanyak 2 kali!!!


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels