Gambar Hiasan |
Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat sini semalam.
Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.
"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.
Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya.
Beliau berkata ibu suspek telah membawa bayi tersebut yang dalam keadaan kritikal ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
"Suspek kemudiannya ditahan di dalam sebuah kereta di lampu isyarat dekat Kem Batu 10 bersama bapa dan adik lelakinya, yang dipercayai mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk menyerah suspek kepada pihak polis," kata Mohd Jasmani.
Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya.
Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian.
Maaf teman-teman semua , walaupun blog ini lebih kepada soal politik tapi dalam hal ini MMI tak boleh kompromi sebab kejadian menjadikan bayi mahupun kanak-kanak sebagai mangsa keadaan sehingga membawa maut amat-amatlah mendukacitakan malah ianya menaikkan rasa marah MMI sendiri.
Di tambah pula kes terbaru ini bersangkutan dengan penyalahgunaan dadah memang MMI frust sangat-sangat.
Tolonglah kepada semua dan sesiapa saja tak kira bangsa dan fahaman politik jangan ampa semua melakukan perkara-perkara sebegini terhadap seorang insan yang tak mampu dan mengerti apa-apa.Kalau dah rasa hebat sangat mai berdepan dengan MMI , rasanya sanggup menggantikan tempat mereka sebab MMI mampu melawan !!
Kerana DADAH adik Nur Amirah menjadi mangsa !!
Bermula saat ini MMI akan pastikan sesiapa saja yang terlibat dengan gejala DADAH mahupun seangkatan dengannya bakal menerima padahnya.
Kepada yang berada di sekitar MMI hati-hatilah kerana ini janji MMI demi Bangsa,Agama dan Negara.
AL-FATIHAH untuk adik Nur Amirah..
MMI.
No comments:
Post a Comment