Followers

Thursday, 22 November 2012

Bila Doktor Dah Jual , Ustaz Kena Belilah !!


Apa agaknya akan jadi bila Dr. vs Ustaz ? Sebelum MMI teruskan ampa semua kena ingat ianya bukanlah satu perlawanan tinju mahupun debat macam mana yang selalu muncul di kaca tv tu.Ianya lebih kepada mencari kebenaran berkenaan cerita yang kini tersebar kononnya Ustaz Azhar Idrus makan di Mc Donalds baru-baru ini.

Banyak pihak mempertikaikannya namun Ustaz Azhar Idrus telah pun menafikannya.Namun sejauh mana kebenaran penafian Ustaz Azhar itu ? Kerana itulah Dr MiM muncul dengan analisanya.

Jom baca..


MiM telah menulis entri tentang isu Ustaz Azhar Idrus dan foto beliau yang didakwa sedang menjamu selera di Mc Donald. KLIK SINI

Sebelum ini Azhar Idrus telah menjawab beliau tidak makan di Mc Donalds tetapi bersebelahan dengan kedai makanan segera itu. Beliau juga berkata foto tersebut di ambil di Johor dan bukannya di Kota Baru.

Selain daripada itu, Azhar Idrus juga mengatakan gelas beliau diisi dengan air nescafe yang dibeli oleh rakan beliau dari kedai sebelah. Itu jawapan Ustaz Azhar Idrus.

Isu ini sangat panas, bukan sahaja dalam blog ini tetapi blog-blog lain, twitter dan juga Facebook. Malah, MiM menerima banyak komentar tentang entri Azhar Idrus ini.

Ada yang menanyakan rasional isu Azhar Idrus diketengahkan kerana beliau dan keluarga hanya makan sahaja. Tak salah, kata mereka.

Ada juga di antara pembaca MiM yang mempersoalkan kesahihan lokasi yang dijelaskan oleh Azhar Idrus iaitu di Johor.

Mereka mengatakan bahawa lokasi foto tersebut adalah di Mahkota Parade, Melaka! 

Malah, satu perkara yang peculiar dalam foto tersebut ialah nama kedai (rujuk bulatan dalam foto di atas). Ianya seperti singkatan 'Famosa Time', kedai jam tangan yang terdapat di Melaka.

Yang menarik juga adalah foto di bawah yang dihantar oleh pembaca MiM yang menunjukkan interior design Mc Donalds di Mahkota Parade, Melaka. Ada persamaan?


Dan yang paling menarik sekali ialah pelan tingkat bawah Mahkota Parade, Melaka yang menunjukkan lokasi Mc Donalds, 'kedai sebelah' KFC, Poh Kong dan Famosa Time! Untuk selanjutnya Klik Sini .

Komen MMI

Walaupun Ustaz Azhar sudah pun menafikan beliau makan dan berada di restoran Mc Donalds sebelum ini namun analisa daripada Dr MiM menunjukkan sebaliknya.

Jadi bila Dr dah keluarkan analisanya seharusnya Ustaz perlu menjawab bagi merungkaikan segala pandangan masyarakat untuk mengetahui apakah Ustaz Azhar yang sebelum ini mengajak masyarakat untuk memboikot barangan Yahudi benar-benar singgah atau makan di restoran Mc Donalds seperti yang diperkatakan.

Tujuan kita mudah hanya mahu melihat tidak berlaku pembohongan dimana-mana kerana ianya tidak adil kepada masyarakat dan rakyat seluruhnya.

MMI.

1 comment:

  1. taqiyah / penipuan adalah amalan agama syiah ...

    ReplyDelete

Labels