Followers

Thursday, 22 November 2012

GEMPAR Pilot Tidur , Abis Penumpang Macam Mana ??


Meremang bulu tengkok MMI bila mana membaca kisah "pilot" kapal terbang penumpang yang tidur semasa melakukan penerbangan.Tu dia aih! kalau dah "pilot" tidur sapa pula yang bawa kapal terbang tu ? Aduhai penumpang kat belakang bukannya nampak pun apa yang "pilot" buat kat "cockpit" betul tak ?
London – Satu kajian baru dijalankan di Austria, Sweden, Jerman dan Denmark mendapati seorang bagi setiap tiga juruterbang tertidur ketika sedang mengawal pesawat yang membawa beratus-ratus penumpang.
Penyelidikan itu mendapati empat daripada lima juruterbang berdepan masalah keletihan ketika berada dalam kokpit.
Persatuan Kokpit Eropah (ECA), yang mewakili juruterbang, menerbitkan penemuan menakutkan selepas tinjauan dilakukan kesatuan nasional mendapati sebahagian besar juruterbang tertidur, malah tidak terjaga ketika mengawal pesawat.
Antara 43 dan 54 peratus juruterbang di United Kingdom, Norway dan Sweden berkata mereka tertidur “tanpa menyedarinya” dan satu pertiga daripada juruterbang mendapati rakan turut tertidur ketika mereka terjaga.
Lebih tiga daripada lima juruterbang di Sweden, Norway dan Denmark melaporkan membuat kesilapan akibat keletihan, sementara di Jerman, angka itu adalah empat daripada lima orang.
Nasib baik perkara ni berlaku kat luar negara kalau tak mau demam MMI yang selalu turun naik kapal terbang ni.

Jadi ceritanya jangan risau sangatlah , sebab dalam negara kita semua "pilot" bertanggungjawab dan amanah mereka amat-amat mementingkan aspek keselamatan apatah lagi keselamatan melibatkan penumpang.

Cumanya kerisauan itu perlu ada juga khususnya rakyat Selangor sebab.....



Kalau macam ni lah rupanya "pilot" rakyat Selangor nampaknya tak sempat sampai landasanlah kapal terbang tu !!Kepada rakyat Selangor bersabarlah ya nanti masa hari mengundi ampa pilih "pilot" dari BN pula .

Psst ingat sehari dua ni nak ke "europe" tapi tak jadilah sebab gayat...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels