Nampaknya isu kontroversi kenyataan Nurul Izzah dalam satu forum baru-baru ini masih belum menampakkan kesudahannya.Setelah pelbagai pihak tampil memberikan pandangan dan ulasan mereka , dikira agak janggal dan pelik bilamana mereka yang digelar ulama dalam PAS melalui Majlis Syura diam membisu seribu bahasa ?
Apakah mereka masih bermesyuarat bagi menentukan apakah langkah yang terbaik bagi menangani masalah ini supaya Pakatan Haprak tidak dianggap lemah ?
Atau mereka tidak mampu untuk bersuara kerana adanya seorang pemimpin seperti Nik Aziz yang sudahpun memberikan kata dua supaya jangan sesekali memberikan sebarang komen mahupun pandangan ?
Inilah sikap PAS yang semakin menjadi-jadi kerana sanggup menggadaikan prinsip sebagai seorang alim ulama demi mengejar dunia politik dan kuasa.
Terkini pemimpin-pemimpin Pas terutama daripada golongan ulama digesa mengeluarkan pendirian berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, Pas tidak seharusnya berdiam diri apabila rakan sekutunya itu membuat kenyataan sedemikian lebih-lebih lagi isu yang disentuh melibatkan maruah Islam.
Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, maka mereka perlu mengeluarkan pendirian apabila tercetusnya kontroversi melibatkan Islam.
Kita tidak mahu rakyat terutama orang Melayu terkeliru sehingga akidah mereka boleh terpesong," katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya Sabtu lalu mengenai kebebasan beragama di negara ini yang sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.
MMI tak mau komen lebih-lebih kerana siapalah MMI kalau nak dibandingkan dengan alim ulama dalam Majlis Syura PAS yang hari ini dilihat seolah-olah telah menjadi ULAMA SEKULAR.
Tindakan mereka yang berdiam diri jelas menunjukkan mereka adalah ULAMA SEKULAR yang meletakkan kepentingan politik sebagai keutamaan dan soal agama di tempat kedua.
Jangan marah MMI , hujah ini ada asasnya sebagai seorang pemimpin dan diangkat pula sebagai alim ulama dan menduduki carta Ahli Majlis Syura PAS , sudah semestinya tindakan mereka mestilah kearah mengangkat agama Islam supaya berada ditempatnya yang tertinggi.
Bukannya bersekongkol dengan juak-juak diluar sana demi kepentingan politik sempit yang hanya meletakkan niat dendam untuk menjatuhkan kerajaan sedia dan angan-angan mahu mengisi kerusi empuk di Putrajaya.
Mana suara mereka ??????
MMI.
No comments:
Post a Comment