Followers

Thursday 8 November 2012

Khalid Lu Apa Cite Pulak ???


Pening ! Pening ! Pening ! Mungkin itulah ungkapan yang bermain di fikiran Khalid Ibrahim sekarang , sebagai Menteri Besar dan Exco Agama Negeri Selangor rakyat kini sedang menantikan apakah tindakan yang akan beliau lakukan berkenaan isu Nurul Izzah yang kini semakin panas umpama gunung berapi yang bakal memuntahkan laharnya.

Tumpuan dalam isu kebebasan beragama yang dikaitkan dengan Nurul Izzah kini pastinya kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Luahan rasa terkejut dan kesal Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa tidak boleh dipandang ringan.Klik Sini

Ini kerana Nurul Izzah membuat kenyataan itu dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya dan sebagai Ketua Agama Islam Negeri, baginda berkongsi kekhuatiran dengan umat Islam lain berhubung isu itu sekiranya apa diperkatakan ahli parlimen Lembah Pantai itu benar.

Khalid bukan sahaja sebagai Menteri Besar tetapi Exco Agama yang perlu melihat isu ini dengan penuh tanggungjawab termasuk mengenepikan soal siapa Nurul Izzah dan parti diwakilinya.

Di sinilah cabaran Khalid untuk rakyat melihat ketegasan beliau meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR itu.

Beliau sudah tentu tidak boleh berpihak kepada Nurul Izzah walaupun anak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Jelaslah, beban begitu besar di bahu Khalid jika siasatan Jais membuktikan kebenaran kenyataan Nurul Izzah.

Sudah tentu, Khalid ibarat di luah mati emak, di telan mati bapa.

Barangkali dengan tanggungjawab sebagai Exco Agama – Khalid dapat membuktikan beliau adalah Menteri Besar cemerlang dalam menyelesaikan isu tersebut.

Atau beranikah beliau menangkis tohmahan Anwar bahawa Jais menerima panggilan UMNO untuk menyiasat Nurul Izzah?

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Katanya, tindakan mengaitkan kenyataan Nurul Izzah berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? disebuah gereja Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

Itu kenyataan Dr Mujahid yang mungkin mahu mengelak turut diserang kerana mewakili PAS dalam forum tersebut.

Peliknya, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum komen panjang lebar kerana mahu mendengar penjelasan dan bukti-bukti apa dikatakan Nurul Izzah.

Tapi rakyat kena ingat Nik Aziz dah komen dah !! Anak Nik Aziz pun dah komen dah !! 

Memang sikap dajjal puak-puak ni kalau kena batang hidung sendiri buat-buat macam orang bodoh yang tak tau apa-apa , macam ni ka ampa nak pilih jadi pemimpin ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels