Followers

Saturday 24 November 2012

Konsert ARAK Pemuda PAS MABUK ?!


Semakin lama, PAS semakin meraban terutama apabila melibatkan sayap Pemudanya. Maka memang benarlah seperti yang dikatakan oleh beberapa orang perwakilan dalam Muktamar PAS Ke-58 baru-baru ini bahawa Pemuda PAS tidak mempunyai pemimpin yang boleh dijadikan sebagai ikon.

Usaha Pemuda PAS Pulau Pinang membantah 'Konsert Arak' yang diberi lesen sementara oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Batu Feringghi sebenarnya tidak lebih daripada meludah ke langit dan akhirnya kahak bertepek ke muka sendiri.

Apakan tidak, di sebalik bantahan tersebut, terselit kisah pemimpin Pemuda Pulau Pinang sendiri, Iszuree bin Ibrahim yang merupakan salah seorang Ahli Majlis MPPP.

Iszuree merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bandar Baru, juga merupakan Penolong Setiausaha Negeri selain memegang jawatan selaku Pengerusi Lujnah Tanah Pulau Pinang, adalah Ahli Majlis MPPP yang terlibat dalam Jawatankuasa Perlesenan Kerajaan Tempatan.

Seorang lagi wakil PAS sebagai Ahli Majlis MPPP adalah Mohamed Yusoff Mohamed Noor.

MPPP mempunyai 24 orang Ahli Majlis. 10 orang daripada mereka adalah DAP, 8 pula dari PKR, 2 dari PAS dan 4 dari NGO. Daripada 24 orang, hanya 9 orang beragama Islam.

Di mana kedudukan Mohamed Yusoff Mohamed Noor, Iszuree dan 7 orang Ahli Majlis beragama Islam yang lain dalam  hal konsert arak yang diberikan lesen sementara oleh MPPP? Sedangkan kelulusan tersebut datangnya daripada mereka.

Apakah mereka sedang menggunakan fiqh al-tanzili (Fiqh Adaptasi) yang membolehkan arak diambil dan diminum di kawasan-kawasan khusus untuk golongan peminum arak bukan Islam di Pulau Pinang?

Kalaulah Fiqh Al-Tanzili menjadi kaedahnya dan aqaidnya, mengapa hanya hal-hal yang melibatkan PAS sahaja kaedah tersebut terpakai, sedangkan apabila melibatkan UMNO, aqaidnya lebih menyerupai fiqh taliban?

Bantahan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Pulau Pinang itu memang tidak kena pada gayanya. Bukan sahaja menyalahi apa yang mereka duk perkatakan tentang diri sendiri, tetapi juga mencerminkan sikap PAS Pulau Pinang yang sentiasa tunduk dan akur kepada DAP dan PKR.

Yang sudah sahnya, PAS Pulau Pinang hanya dipergunakan untuk menghalalkan setiap perkara haram yang diusahakan oleh Kerajaan Lim Guan Eng!!!

Boleh syok sendiri jalah..


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels