Followers

Saturday, 24 November 2012

Eksklusif Menjawab Tuduhan & Tohmahan Blogger Sotong Pakatan Haprak !!


Sejauh Mana Malaysia Berurus Niaga Dengan Israel ??

Apakah Malaysia benar-benar terlibat secara langsung dalam menjalankan perniagaan dengan Israel ? Inilah isu yang sering di lontarkan oleh juak-juak Pakatan Haprak sejak dulu.Malah MMI sendiri sebenarnya pernah memuat naik entri menjawab soal kapal-kapal milik Israel yang berlabuh di negara Malaysia yang mencetuskan isu politik kononnya Malaysia menjalankan urus niaga dengan Israel.Baca Sini 

Namun kini kerajaan di tuduh pula mengadakan urus niaga dengan Israel.Semuanya berkaitan dengan soal penjualan minyak sawit kepada sebuah syarikat bernama Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd.

Siang tadi MMI sudah pun menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh juak-juak pembangkang khususnya berkenaan bil penjualan minyak sawit negara kepada Israel Klik Sini dan entri kali ini MMI bakal dedahkan apa sebenarnya yang harus rakyat faham dan tahu dengan segala tohmahan menyatakan Malaysia mengadakan urusan perniagaan dengan Israel mahupun YAHUDI seolah-olah Malaysia ini penyokong kepada perjuangan Rejim Zionis.

Perkara pertama yang harus kita tahu Bunge Limited (BL) adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam perniagaan agrobusiness dan makanan dengan kakitangan berjumlah 32,000 orang di lebih dari 30 buah negara. BL menjual, membeli, mensetor dan mengangkut pelbagai jenis oilseed dan bijirin gandum di seluruh dunia. Ia juga memproses oilseed untuk menghasilkan protin untuk makanan ternakan dan pelbagai produk edible oil untuk pelanggan komersial dan pasaran pengguna (melalui rangkaian pasar raya), menghasilkan gula dan ethanol dari tebu (sugarcane) dan mengisar dan mengilang gandum dan jagong (corn) sebagai ramuan (ingredient) yang digunakan oleh syarikat-syarikat pemprosesan dan pengeluaran makanan dan menjual baja di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pada masa ini, BL beribu pejabat di White Plains, New York.

BL adalah pengisar (miller) jagong kering (dried corn) Nombor 1 di Amerika Syarikat (melalui anak syarikatnya, Lauhoff Grain) menguasai 18% pasaran, pengeksport gandum (grain) Nombor 1 di Brazil, pengeksport produk-produk kacang soya Nombor 2  di Amerika Syarikat (soymeal dan soyoil), pengeksport gandum Nombor 3 di Amerika Syarikat, pemeproses kacang soya Nombor 3 di Amerika Syarikat., pengeksport gandum Nombor 4 terbesar didunia, pemiliki grain elevator capacity yang ke 4 terbesar di Amerika Syarikat dan pengeksport gandum Nombor 7 di Argentina.

BL memiliki 50 buah grain elevator di Amerika Syarikat kebanyakannya di kawasan sepanjang Sungai Mississipi dari St. Louis ke New Orleans. Ia memiliki sebuah grain export elevator yang amat besar di Quebec City, Kanada.

Sebagai sebuah syarikat besar dunia maka keterlibatan orang-orang yahudi sudah semestinya tidak dapat dielakkan itu adalah hakikatnya.Namun perlu di fahami sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kakitangan seramai 32,000 orang maka sudah tentu keterlibatan mereka-mereka ini adalah perkara biasa memandangkan syarikat itu sendiri dipunyai oleh mereka yang bukannya dikalangan orang Islam.

Dalam soal ini ianya samalah dengan mereka-mereka di luar sana termasuk penyokong-penyokong PAS yang membeli dan menggunakan telefon bimbit,komputer,tablet mahupun yang seangkatan dengannya.Siapakah agaknya pengeluar bagi setiap barangan tersebut ? Adakah semua barangan tersebut datangnya dari negara-negara Arab mahupun mana-mana negara Islam ?

Jangan lupa juga siapakah yang mencipta laman sosial Facebook yang kini menjadi kegilaan ramai masyarakat di dunia termasuk juak-juak PAS yang mengaku Islam dan mahu menentang sekeras-kerasnya yahudi ? Bukankah Mark Zuckerberg itu orang yahudi ? Terang lagi nyata tetapi mengapa agaknya juak-juak PAS mahupun Pakatan Haprak yang kini cukup maksum menolak segalanya tentang yahudi boleh pula menjadikan laman Facebook dan yang sewaktu dengannya sebagai medium untuk menjalankan kempen politik mereka ? Malah Nik Aziz sendiri turut mempunyai laman sosialnya sendiri !!

Untuk makluman semua Malaysia menjalankan perniagaan minyak sawit dengan Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd jadi bermaksud kita berurusan dengan mereka di Singapura.Lihat di bil tersebut.


Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd
77 Robinson Road, #28-00 Robinson 77, Singapore 068896

Walaupun MMI tak nafikan keterlibatan mereka-mereka dari seluruh pelusuk dunia memungkinkan orang-orang yahudi juga turut terlibat namun kita melakukan urusan perniagaan dengan syarikat dunia yang besar dan menjalankan operasinya di Singapura.

Malah pihak kerajaan dalam hal ini sudah pun membentangkannya dalam parlimen beberapa bulan yang lalu melalui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan ianya sudah pun di fahami oleh semua ahli parlimen.

Bagi MMI tidak ada isu sebenarnya kerana pihak kerajaan tidak pernah mengiktiraf hubungan diplomatik malah tidak memperakui kewujudan negara Israel sejak lama dulu dan ianya menjadi polisi kita sehingga ke hari ini.Namun dalam masa yang sama kita meneruskan dagangan dalam bentuk ekonomi terhadap semua negara di dunia kecuali negara Israel dan syarikat-syarikat besar di dunia.

Kepada juak-juak Pakatan Haprak khususnya anda perlu tahu bahawa pemimpin anda juga pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini pada bulan Mac yang lalu.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis.

Abdul Hadi berkata, bangsa Yahudi pernah menjalankan hubungan perniagaan dengan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah. Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik Kerajaan Pusat menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel. 

Pada bulan Mac yang lalu , Datuk Seri Mustapa Mohamed turut berkata kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.

Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya.

Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan berkata, hubungan perdagangan dengan Israel melibatkan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat MULTINASIONAL.

“Namun dari segi politik kita memang tidak langsung menyokong mereka dan masih menganggap mereka masih sebagai musuh dalam Islam,katanya.Sinar Harian

Sebab itulah dalam isu ini MMI perlu tampil memberikan penjelasan sebab juak-juak Pakatan Haprak selalunya hanya memandang perkara yang menguntungkan mereka asalkan UMNO dan BN dapat dipersalahkan.

Kepada juak-juak Pakatan Haprak , MMI selalu berpesan jangan menuding jari kepada orang lain tanpa usul periksa kerana 3 jari lainnya sedang menuding kembali kepada diri sendiri.

Sedarkah kamu dalam suasana Palestin di serang oleh Rejim Zionis , Malaysia antara negara yang kedepan bagi mencari penyelesaian ?

Sedarkah kamu Malaysia jugalah yang bakal menggerakkan bantuan sukarelawan dan juga barangan bantuan yang bakal berlepas ke Gaza sedikit masa lagi ?

Sedarkah kamu berdagang dengan syarikat besar dunia itu bukan bererti kita melakukan rundingan secara terus dengan negara Israel dan fahamkah kamu dagangan yang wujud itu dilakukan dalam konteks ekonomi yang mana asas negara Malaysia tetap tidak mengiktiraf Israel.

Dan kamu kena faham juga bahawa dagangan-dagangan yang dilakukan oleh Malaysia dengan semua syarikat besar di dunia telah menghasilkan pulangan ekonomi yang bukan saja mampu dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi juga turut di kongsi dengan mereka di negara-negara luar contohnya dalam setiap misi bantuan kemanusiaan dan yang terkini Palestin.

Jika merujuk kepada tuduhan daripada juak-juak Pakatan Haprak dalam soal dagangan yang dikaitkan dengan Yahudi ini maka MMI mencabar setiap daripada juak-juak dan pemimpin Pakatan Haprak hentikan sebarang penggunaan barangan yang dihasilkan oleh mereka dari kalangan Yahudi.

Malah seluruh pimpinan Pakatan Haprak dan para juak-juaknya hentikan semua rangkaian laman sosial anda sekarang malah kepada blogger-blogger Pakatan Haprak hentikan sekarang penggunaan gajet-gajet yang dikeluarkan oleh mereka kerana anda sebenarnya sedang menyokong mereka yang bernama YAHUDI.



Bagaimana pula dengan gambar diatas ? Apakah Nik Aziz sudah dikira menyokong YAHUDI ??? Ini belum dikira dana yang disalurkan oleh puak-puak YAHUDI di luar negara kepada NGO dan mereka yang berdiri atas nama pembangkang di Malaysia.

Kalam akhir hati-hatilah kerana negara kita sudah ada YAHUDI yang bertopengkan Islam !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels