Followers

Wednesday, 7 November 2012

LGBT Makin Berleluasa Apakah Kita Tidak Boleh Mengambil Tindakan Kerana Menghormati Privasi Individu ???


Nampaknya gejala lesbian dan pengkid di negara kita semakin membimbangkan , barangkali inilah yang di mahukan oleh Pakatan Haprak.MMI bukan bercakap tanpa asas namun memetik kenyataan daripada Nurul Izzah yang menyatakan..

“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.
“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau.Klik Sini
Apakah Nurul Izzah bermaksud sekiranya perlakuan LGBT itu berlaku dalam tempat-tempat tertentu contohnya di rumah persendirian,bilik-bilik hotel dan sebagainya maka tindakan dari pihak penguatkuasa tidak boleh dilakukan kerana ianya mencerobohi ruang privasi individu ?

Setakat yang MMI tahu tidak ada mana-mana agama dalam dunia yang membenarkan perhubungan sejenis.Apatah lagi agama Islam dan adakah ini bererti sekiranya perlakuan tersebut berlaku diantara orang Islam dan orang bukan Islam maka tindakan terhadap mereka tidak boleh dilakukan kerana ianya dianggap menceroboh ruang privasi individu ?

Nurul Izzah mungkin ada persepsi tersendiri namun bagi MMI ianya adalah satu perkara yang cukup membahayakan.

Video dibawah sebagai rujukan kita , apakah kita tidak boleh sesekali melakukan sebarang tindakan terhadap mereka hanya kerana mereka melakukan aksi panas itu didalam bilik hotel ?


Pakatan Haprak melalui pemimpin mereka jelas cuba untuk menangguk di air keruh dengan cuba mempertahankan hak golongan LGBT di negara kita dengan tujuan yang cukup jelas bagi mendapatkan sokongan dalam pilihan raya yang akan datang.

WAJIB bagi seluruh umat Islam mahupun rakyat Malaysia yang beragama menolak perjuangan Pakatan Haprak kerana ianya mampu memusnahkan umat manusia bahkan mencemarkan agama masing-masing apatah lagi agama suci Islam.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels