Followers

Wednesday, 7 November 2012

Tindakan RAFIZI Buktikan Pakatan Haprak Kini Terdesak !!!


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ke Hong Kong minggu depan untuk bertemu Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) bagi mendapat keterangan lanjut berhubung kes pemberian RM40 juta oleh jutawan balak Sabah, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datul Seri Musa Aman. 

“Saya akan ke Hong Kong minggu depan atau minggu berikutnya. Kita nak dapatkan jawapan ICAC kerana sehingga kini tidak ada apa-apa kenyataan rasmi. Pada masa sama pihak (di Malaysia) berminat untuk dapatkan maklumat. “Kita tahu ada media (Malaysia) hubungi ICAC.Hal ini melibatkan nama baik dan reputasi ICAC sendiri,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas melaporkan kes itu petang semalam.

Nampaknya Rafizi begitu obses dengan kerja buatnya sehinggakan saban hari tidak ada perkara lain yang difikirkannya selain dari berusaha untuk mencari kesalahan UMNO dan Barisan Nasional.Bagi MMI ada baiknya juga Rafizi berbuat demikian sekurang-kurangnya di pihak UMNO dan Barisan Nasional kita dapat memperbetulkan kesilapan sekiranya ada.

Lagi pun Rafizi melakukannya tanpa di bayar gaji oleh mana-mana agensi kerajaan jadi teruskanlah apa nak kisahnya.

Namun sesuatu yang amat-amat perlu rakyat seluruhnya ketahui adalah dalam kesibukan Rafizi berusaha mencari dan mendedahkan kepincangan ataupun apa yang beliau faham sebagai penyelewengan pernahkah anda semua terfikir mengapa agaknya Rafizi berbuat demikian ?

Apa motif utama Rafizi berbuat demikian ? Dalam bahasa mudahnya Rafizi mahu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO hari ini adalah kerajaan yang tidak baik dan merupakan kerajaan yang di penuhi dengan gejala rasuah yang harus rakyat tolak dalam pilihan raya yang akan datang.

Tetapi Rafizi sebenarnya terlupa rakyat juga sedang melihat kepada perkembangan Pakatan Haprak yang kononnya merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan kerajaan sedia ada.

Tahukah Rafizi rakyat juga mahu mengetahui dari mana datangnya dana bagi pembelian sebuah bas  mewah yang didaftarkan dibawah nama Khalid Ibrahim ? Malah kos operasi bas mewah tersebut turut menjadi persoalan dana dari pihak mana agaknya ?

Tahukah Rafizi bahawa pembelian lori sampah yang menjadi pertikaian di Selangor kini masih gagal dijawab oleh Pakatan Haprak dan hubungan pembelian tersebut dengan kewujudan bas mewah khalid Ibrahim ?

Lupakah Rafizi bagaimana rakyat mahu tahu berkenaan isu KCB ladang ternakan lembu di Papua New Guinea yang melibatkan kerajaan negeri Kedah di bawah PAS ?

Bagaimana pula agaknya dengan status tanah Taman Manggis yang kini diberitakan sudah dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat lain sedangkan proses pembelian tanah tersebut sedang berjalan diantara Pemuda BN dan kerajaan negeri ?

Agaknya apa yang berlaku dalam kes Lembah Sireh di Kelantan ?

Itu belum masuk hal dana-dana asing yang diturunkan kepada pemimpin Pakatan Haprak dan NGO-NGO pro pembangkang ?

Nampak sangat tindakan terdesak juak-juak Pakatan Haprak dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada hanyalah melalui jalan belakang.

Dalam isu hummer , Rafizi sedang berusaha untuk mencari setiap titik kesalahan yang ada sehingakan beliau akan ke Hong Kong sikit masa lagi Klik Sini namun Rafizi barangkali terlupa sesuatu yang sedang bermain di fikiran rakyat..

Bagimana dengan segala bas dan kontena milik Parti Keadilan Rakyat dan isu-isu lainnya ??

Apa yang MMI mahu kongsikan adalah mengapa agaknya Rafizi langsung tidak berusaha untuk mencari serta mendedahkan isu-isu yang melanda Pakatan Haprak sendiri ? 

Ada ketelusankah disini ? Double Standard ? atau ianya untuk kepentingan diri dan Pakatan Haprak dalam menghadapi pilihan raya semata-mata ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels