Followers

Showing posts with label LGBT. Show all posts
Showing posts with label LGBT. Show all posts

Friday, 19 July 2013

PENJARA Alvin Vivian UMPAMA PENJARA Pembangkang !!!


Pertamanya MMI nak ucap TAHNIAH kepada pihak yang terlibat kerana telah mengambil satu keputusan yang rasanya telah memuaskan hati banyak pihak di Malaysia kerana BERANI memenjarakan pasangan bangsat Alvin dan Vivian di atas tindakan biadap mereka.Klik Sini 

Walaupun tak sepenuhnya rasa puas hati tu tapi sekurang-kurangnya dah berani kenakan tindakan..Tak apa lepas ni belajar pelan-pelan untuk kenakan tindakan lagi naa...

MMI tak nak cerita banyak cumanya tindakan memenjarakan dua cinabeng ni , MMI umpamakan seperti memenjarakan puak pembangkang kerana sebelum ni ada di kalangan pemimpin pembangkang yang bukan main lagi sokong LGBT dan ada segelintir yang senyum lebar bila dapat bergambar dengan bangsat 2 ekoq tu.


Jangan lupa anak Anwar ni pernah mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut.

Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam.Baca selanjutnya di SINI dan SINI 

Berdasarkan dari apa yang telah puak pembangkang ini lakukan maka rasanya tak salah MMI umpamakan tindakan memenjarakan pasangan bangsat tu sama seperti mana memenjarakan pembangkang.

Kepada pak-pak lebai PAS , ampa tak mau ka ajak DAP dengan PKR turun ke jalan raya buat demo bantah sebab apa penjarakan Alvin dengan Vivian ???

MMI

Friday, 12 July 2013

Pondan Pun Pondan Lah JANJI Belah Kita !!!


Isu berkaitan tindakan berani Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mengumumkan pelantikan seorang "Pondan" atau "Mak Nyah" sebagai setiausaha politiknya sudah pun menjadi tajuk utama dalam perbualan di serata tempat.

Mungkin bagi segelintir daripada mereka yang terlibat dalam kumpulan yang mengalami masalah identiti ini merasakan ianya adalah satu kejayaan mahupun pengiktirafan terhadap kumpulan pondan ini.

Namun perlu diingat sedikit sebanyak ianya sudah pun merubah sistem sedia ada dan ini di khuatiri menjadi platform kepada lebih ramai spesis jenis ini untuk terus mendapatkan peluang serupa seterusnya merubah peluang itu kepada tuntutan HAK yang sudah pasti akan menjadi isu politik yang MMI jangka akan lebih PANAS. 

"Saya menawarkan satu platform untuk komuniti tersebut menyuarakan pandangan mereka dan berjuang untuk hak-hak mereka," kata Teh dan menurut sumber, Setiausaha Politik tersebut beragama Islam dan dikenali sebagai Hazreen Shaik Daud, berusia 33 tahun. 


Dalam masa yang sama Teh berkata beliau membuat pilihan tersebut selepas jawatankuasa kerja mengenai isu-isu transeksual dipersetujui wakil BN dan Pakatan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas.

Jawatankuasa tersebut, yang pertama dalam urustadbir Pulau Pinang, mendapat sokongan Pengerusi Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Belia dan Sukan negeri, Chong Eng.

Apa pun banyak pihak termasuk MMI masih menantikan respon daripada pihak PAS yang kebetulan hari ini merupakan sahabat kepada rangkaian parti-parti pembangkang.

Untuk makluman MMI tertarik dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS ni yang dengan lantang serta jelas menolak LGBT sebelum ni.



Jadi dalam isu kali ini macam mana pula ? Takkan diam ja Nasrudin ? Takkanlah sebab yang buat tu sahabat jadi di bolehkan ?

Ada juga bunyi kat luar sana "Pondan pun pondanlah janji belah kita" !!

Hipokrit !! Pemimpin PAS setakat ini masih membisu , Alo tak ada orang ka ????

MMI

Wednesday, 29 May 2013

HANCUR Wanita Di Iktiraf Untuk Kahwin Sejenis !!!


Sepasang wanita lesbian yang berasal dari Pakistan, Rehana Kausar, 34, dan Sobia Komar, 29, yang berkahwin di United Kingdom (UK), Mac lalu telah meminta suaka politik dari kerajaan UK selepas tindakan mereka itu menerima kecaman serta ugutan bunuh daripada segelintir pihak.

Pasangan ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Catatan Sivil Leeds, Yorkshire Barat.

Menurut sumber terdekat, sebelum proses pernikahan mereka, pasangan itu telah ditanya sama ada mereka mahu teruskan dengan perkahwinan kontroversi tersebut dan dengan tegasnya, Kausar berkata, “negara ini memberikan kami hak dan ini adalah keputusan yang sangat peribadi dan berani yang pernah kami ambil.

Ini bukan urusan sesiapa kerana kami melakukan ini untuk kehidupan peribadi kami”.


“Masalah yang kami temui di Pakistan adalah bahawa setiap orang percaya, satu orang bertanggungjawab atas kehidupan orang lain dan hal ini lebih kepada moral terhadap orang lain dan bukannya hak seseorang individu itu,” ulas Kausar.

Seperti yang kita ketahui, Pakistan merupakan sebuah negara Islam dan majoriti penduduknya berpegang teguh dengan ajaran Islam yang mengharamkan perkahwinan sesama jantina.mynewshub 

Komen MMI , negara seperti Pakistan pun tidak dapat lari dari masalah sebegini apatah lagi Malaysia negara yang sebahagian rakyatnya sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan apa yang mereka labelkan sebagai HAK.

Paling menyedihkan kumpulan ini (di Malaysia) mendapat pula sokongan sebahagian besar daripada mereka yang kononnya meletakkan Islam sebagai perjuangan utama mereka.

Hati-hati dalam membuat pilihan jangan sampai Islam di Malaysia hanya tinggal nama.

MMI.

Tuesday, 19 March 2013

Anwar SAMAN Papa , Gambar & Video Baru Bakal Muncul Dalam 48 Jam ?!!


Panas sungguh hari ni , MMI yang kebetulan ke sana ke mari berpayungkan cahaya matahari benar-benar terasa kehangatannya.Namun dalam panas-panas tu pun tiba-tiba kita di kejutkan dengan berita PapaGomo bertindak memberikan tempoh selama 48 jam kepada Anwar Ibrahim supaya segera menarik balik saman beliau terhadap PapaGomo.

Pada awalnya tadi berita berkenaan Anwar Ibrahim bertindak menyaman seorang individu kerana didakwa menyebarkan gambar serta video lucah didalam ruang siber yang dikatakan mirip dirinya. Saman berjumlah RM 100juta tersebut telah difailkan di Mahkamah hari ini.

Menurut N.Surendran yang membuat kenyataan media bagi pihak anak guamnya, beliau memaklumkan bahawa Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah memulakan prosiding undang-undang terhadap satu Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang merupakan pemilik / pengendali laman web berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".

Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.Baca Seterusnya 

Selang beberapa jam selepas tu PapaGomo mula beraksi dan berikut adalah kenyataan beliau ,

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.

Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.

Dato Sri Anwar Ibrahim, 6 hb Febuari 2013 berlokasi di Hotel Hilton KL Central pada jam 1 pagi rakaman aksi Dato Sri membelasah Jubor Mahasiswa dari Sabah juga berada di tangan saya. Saya merasakan bahawa Dato Sri tahu apa yang akan berlaku jika Video tersebut tersebar kerana rakyat perlukan bukti nyata dalam pekara ini.

Apa yang dilakukan saya adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin dengan moral yang begitu jijik apatahlagi dengan ketagihan homoseksual yang saya lihat tidak dapat lagi dibendung. Wan Azizah, Nurul Izzah dan juga suami Nurul tahu kegiatan Dato Sri dan saya rasa Dato Sri pasti terkejut jika saya nyatakan bahawa Menantu Dato Sri yang akan membawa Dato Sri keluar setiap malam bagi mencari Jubor untuk dikoyakkan.

Pendedahan mengenai moral Dato Sri saya lakukan demi rakyat Malaysia. Seharusnya Dato Sri berundur dari pentas politik dengan kadar segera demi menjaga maruah keluarga Dato Sri terutama Wan Azizah yang sudah begitu lama menahan azab dengan kegiatan tak bermoral Dato Sri.Baca Seterusnya

Anwar saman Papagomo lepas tu Papagomo bagi amaran tarik balik dalam masa 48 jam kalau tidak video terbaru keluar.Hemmm kita tunggu tengoklah....

MMI.

PANAZZ Are You Homoseksual Or Biseksual ?? Anwar KANTOI Di Minit Ke 6 !! Saksikan...


Semenjak 1998 hingga kini isu liwat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sering kali menghantui diri beliau.Malah semenjak itu Anwar tidak pernah mengakui bahawa beliau terlibat.Namun dalam beberapa perkara Anwar mencetuskan satu tanda tanya dan mewujudkan tanggapan dari konteks lain apabila beliau sendiri GAGAL untuk bersumpah laknat.

Maka rakyat menjadi keliru dan ada sesetengahnya terus-terusan menyalahkan kerajaan kononnya apa yang berlaku itu adalah konspirasi kerajaan sehinggalah ke hari ini.

Bertitik-tolak dari situlah pelbagai perkara berlaku malah kadang-kalanya merencatkan perancangan kerajaan untuk membangunkan negara.

Terkini dalam satu temubual Anwar dilihat masih bermain teka-teki apabila langsung tidak menjawab soalan yang di ajukan kepada beliau.Are you Homoseksual or Biseksual ?? Tidak ada langsung jawapan TIDAK !! yang terpacul dari mulut beliau.

Begitu juga dengan 4 pertanyaan tentang perkara yang sama GAGAL di jawab oleh Anwar seperti mana sebelumnya.

Anwar dilihat lebih suka memutar belit jawapannya sedangkan perkara paling mudah beliau hanya perlu menjawab TIDAK atau NO sahaja.

Ikuti video di bawah dan lihat di minit ke 6.00 ....


Anwar main lagi bukan ? MMI serahkan kepada ampa semua untuk membuat rumusannya.Seperkara lagi yang perlu ampa lihat adalah sepanjang sesi temubual tersebut berlangsung , perasan atau tidak bagaimana reaksi wartawan tersebut yang kelihatannya kurang selesa.

Agaknya mengapa ? Hahaha mungkin sebab dekat dengan Anwar kot !!

Ampa baca juga kupasan oleh blogger Dr MiM 

MMI.

Saturday, 26 January 2013

Kelab GAY & LESBIAN Bakal Di Daftarkan ??!

Gambar Hiasan
Gejala LGBT kini semakin membimbangkan dan mereka yang terlibat dengan LGBT ini sudah semakin berani mendedahkan perlakuan masing-masing.Malah perkara yang paling malang sekali golongan ini seolah-olah didokong dan disokong oleh puak-puak Pakatan Haprak yang terdesak bagi mencari sokongan politik hinggakan sanggup menggadaikan maruah dan prinsip perjuangan.

Lebih malang Pakatan Haprak yang turut dianggotai oleh parti PAS boleh pula menyanjungi pemimpin yang secara terang dan jelas menyokong LGBT.PAS yang mengaku memperjuangkan Islam boleh pula dan masih bersama Pakatan Haprak walaupun mereka tahu terdapat pemimpin dan mereka yang menyokong LGBT.

Apakah selepas ini puak-puak LGBT ini akan diiktiraf hak mereka ? Bagi MMI ianya tidak mustahil kerana tidak ada sesiapa pun khususnya pemimpin Islam dalam Pakatan Haprak yang berani dan ada teloq untuk menyekatnya daripada berlaku.

Sebagai contoh lihat saja bagaimana PAS melalui Presidennya sanggup membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sedangkan Majlis Syura PAS sendiri sudah membuat keputusan untuk menolak sebarang tindakan menggunakan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Dalam soal ini PAS hanya mengeluarkan kenyataan untuk parti PAS sahaja tetapi langsung tidak ada tindakan susulan untuk memastikan Pakatan Haprak akur kepada keputusan Majlis Syura dan ianya mengesahkan bahawa PAS boleh saja menerima apa pun keputusan selagi ianya dilakukan oleh sahabat sesyurga mereka PKR dan DAPigs.

Lebih-lebih lagi apabila Karpal Singh berdehem..Habis tunduk dan angguk pimpinan PAS malah Nik Aziz hampir pasti akan mencari jalan untuk menuduh UMNO lah yang menjadi penyebabnya.

Sejauh mana gejala LGBT ini berleluasa dalam negara kita ampa boleh rujuk kenyataan dibawah , 

Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.

Di laman sosial Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identiti songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baru.

Antaranya Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan; Kelab Gay Malaysia; Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia; Persatuan Gay Berkumpulan; Persatuan Belia Gay Malaysia dan Persatuan Gay Malaysia.

Kelab-kelab lain yang seumpamanya, termasuk Persatuan Gay Melayu; Persatuan Gay Perak; Kelab Gay Terengganu; Persatuan Gay Sejati; Persatuan Gay Berwibawa; Persatuan Gay Serantau; Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia dan Persatuan Gay SeMalaysia.

Lebih mengejutkan, terdapat kumpulan itu yang menerima sambutan cukup menggalakkan berdasarkan jumlah Like menerusi laman Facebook yang mencecah antara 3,000 hingga 8,000 penyertaan.

Sebahagian daripada ahli kelab-kelab itu juga secara terbuka berkongsi nombor telefon dan menyatakan kesudian untuk menjadi teman istimewa sesama mereka. - Utusan Malaysia

Apakah selepas ini kelab-kelab Gay dan Lesbian akan didaftarkan secara sah melalui ROS dan ROY ?

Melihat kepada sokongan pemimpin Pakatan Haprak selama ini , segalanya mungkin berlaku sekiranya mereka menjadi kerajaan..Siapa tahu ? Fikirkan...

MMI.

Tuesday, 27 November 2012

HOT LGBT Anak Siapa Ni ???


LGBT satu gejala yang semakin membimbangkan kini sedang pesat berkembang di negara kita.Dalam usaha berterusan bagi membasmi dan mengawal perlakuan songsang ini kita di kejutkan pula dengan sokongan tak berbelah bahagi daripada juak-juak Pakatan Haprak yang menyaksikan barisan PENCACAI PAS hanya mampu bersorak dalam kelambu sahaja.

Jika mengikut PAS pula barangkali mereka sedang mencongak kedudukan kerusi dan jawatan terlebih dahulu untuk diagih-agihkan tatkala kaki-kaki kotor mereka melangkah masuk ke Putrajaya namun persoalannya bila ? Apakah PAS akan masuk ke Putrajaya selepas PRU13 nanti ?

MMI penuh yakin PAS pasti kecundang di pintu rumah sebelum sempat menyarung selipar sendiri.Maka kerana itu bilakah agaknya PAS bersama Pakatan Haprak yang turut dianggotai oleh PKR dan DAPigs mampu sama-sama bertindak membasmi gejala LGBT ini ?

Sekali lagi MMI yakin ianya hampir pasti tidak akan berlaku kerana Anwar juga dari spesis yang sama.

Oleh kerana itu maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan seluruh rakyat untuk sama-sama memastikan gejala yang mampu merosakkan umat manusia ini dibanteras bersama.

Pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh berkata turut membimbangkan ialah semua kaum terlibat dan turut membabitkan golongan terpelajar dan profesional.

"Kita cukup bimbang dengan aktiviti LGBT sejak kebelakangan ini kerana kini ia sudah mula dikesan merebak di bandar-bandar kecil seperti Kuala Terengganu sendiri.

"Ini kerana anak-anak dan masyarakat cukup mudah untuk melihat dan berkomunikasi dengan golongan ini melalui internet, facebook, twiter dan media elektronik lain," katanya kepada pemberita selepas seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.Baca Seterusnya 

Tidak dinafikan gejala LGBT ini sudah pun menular di kawasan-kawasan selain bandar besar.Yang membimbangkan kita adalah ramai di kalangan mereka-mereka ini terdiri daripada anak-anak muda yang masih mentah dan hanyut dengan arus kemodenan negara.

Oleh kerana itu amat perlu usaha semua pihak di gembleng bersama bagi memastikan Malaysia bebas dari amalan LGBT dan tugas ini amat berat kerana kita perlu berdepan dengan satu pasukan yang menyokongnya.

Bertambah berat lagi apabila pasukan ini di dokong pula oleh mereka yang menjadikan agama untuk menghalalkan cara.

MMI.

Wednesday, 7 November 2012

LGBT Makin Berleluasa Apakah Kita Tidak Boleh Mengambil Tindakan Kerana Menghormati Privasi Individu ???


Nampaknya gejala lesbian dan pengkid di negara kita semakin membimbangkan , barangkali inilah yang di mahukan oleh Pakatan Haprak.MMI bukan bercakap tanpa asas namun memetik kenyataan daripada Nurul Izzah yang menyatakan..

“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.
“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau.Klik Sini
Apakah Nurul Izzah bermaksud sekiranya perlakuan LGBT itu berlaku dalam tempat-tempat tertentu contohnya di rumah persendirian,bilik-bilik hotel dan sebagainya maka tindakan dari pihak penguatkuasa tidak boleh dilakukan kerana ianya mencerobohi ruang privasi individu ?

Setakat yang MMI tahu tidak ada mana-mana agama dalam dunia yang membenarkan perhubungan sejenis.Apatah lagi agama Islam dan adakah ini bererti sekiranya perlakuan tersebut berlaku diantara orang Islam dan orang bukan Islam maka tindakan terhadap mereka tidak boleh dilakukan kerana ianya dianggap menceroboh ruang privasi individu ?

Nurul Izzah mungkin ada persepsi tersendiri namun bagi MMI ianya adalah satu perkara yang cukup membahayakan.

Video dibawah sebagai rujukan kita , apakah kita tidak boleh sesekali melakukan sebarang tindakan terhadap mereka hanya kerana mereka melakukan aksi panas itu didalam bilik hotel ?


Pakatan Haprak melalui pemimpin mereka jelas cuba untuk menangguk di air keruh dengan cuba mempertahankan hak golongan LGBT di negara kita dengan tujuan yang cukup jelas bagi mendapatkan sokongan dalam pilihan raya yang akan datang.

WAJIB bagi seluruh umat Islam mahupun rakyat Malaysia yang beragama menolak perjuangan Pakatan Haprak kerana ianya mampu memusnahkan umat manusia bahkan mencemarkan agama masing-masing apatah lagi agama suci Islam.

MMI.

Monday, 5 November 2012

PANAS Tarian Hampir Bogel Anak Pemimpin Pembangkang ??!!


Memang dah jadi budaya agaknya memuat naik video aksi-aksi lucah dan separuh lucah sendiri ke laman sosial dan berkongsi dengan semua orang.Itulah hakikatnya hari ini malah langsung hilang perasaan malu dan segan semuanya dilakukan demi memenuhi tuntutan nafsu serakah masing-masing.

Gejala yang amat membimbangkan ini semakin parah dan pastinya ramai anak-anak muda khususnya wanita berbangsa Melayu yang terlibat samada secara sedar mahupun tidak.

Inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Pakatan Haprak dengan menyokong LGBT ataupun kebebasan seks.Lihat saja Nurul Izzah dalam kenyataan terbaru beliau menyokong dan memberikan sokongan kepada kaum LGBT.Klik Sini


Rosak maruah dan jiwa anak bangsa !! 

MMI.

Tiada Desakan Dalam Beragama Ia Seharusnya DiLaksanakan Sama Rata - NURUL IZZAH MURTAD ??!


SUBANG JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.

Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.

“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum 'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.

Beliau menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti yang dinikmati oleh golongan bukan Islam.


Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

Walau bagaimanapun permohonan orang Islam untuk tukar agama masih tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

Sementara itu Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut.

Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam.


“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.

“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.

“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau.

Apakah kenyataan Nurul Izzah itu tidak bercanggah dengan agama Islam ? Di mana agaknya PAS penasihat agama dalam Pakatan Haprak yang sehingga ke hari ini masih membisu dan memekakkan telinga ?

Agaknya ????


MMI.

Sunday, 28 October 2012

Hot Anak Ikan Anwar Di Dedahkan !!!


Polis Ho Chi Minh City sedang menjalankan siasatannya terhadap Thi Truong Han @ Thuan, 20 tahun (gambar di bawah ) ketua sindiket pelacuran kanak-kanak lelaki yang menjadi tajuk utama  akhbar-akhbar Vietnam pada minggu ini. Dia juga dituduh mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak lelaki tersebut sebelum dilacurkan kepada pelanggan-pelanggan.

Siasatan polis bermula selepas pendedahan melalui artikel akhbar Tuoi Tre yang turut memuatkan alamat laman web yang mengiklankan kanak-kanak lelaki untuk seks. Kanak-kanak lelaki tersebut boleh dilanggan untuk satu hingga dua jam di bilik hotel dalam daerah Hoc Mon District 12. Wartawan yang membuat liputan secara sulit menyatakan perkhidmatan kanak-kanak lelaki itu hanya ditawarkan pada waktu petang iaitu selepas mereka pulang dari sekolah.Baca Seterusnya 

Nasib baik benda ni berlaku di Vietnam , kalau di Malaysia tak taulah sebab budaya menyontot lelaki sama lelaki ni bukan budaya orang Melayu apatah lagi Islam melarang perlakuan sebegitu.

Tapi dalam banyak-banyak orang Melayu di Malaysia , lepas tu mengaku Islam masih juga tak mengaku bila dituduh menyontot lelaki dan chinadoll.Boleh buat senyap pula tu..Apa lagi nak bersumpah !!! Apa punya jenis ni ???!!!

MMI.

Tuesday, 23 October 2012

Majlis Sambutan Penuh Warna Warni !!


Majlis dan perayaan apakah yang disambut oleh sebahagian besar puak-puak Mat dan Minah Saleh ni ? Barangkali ianya perayaan mahupun majlis bumi hijau , agakkan MMI lah.

Kalau benar ianya kempen ataupun majlis yang berkaitan bumi hijau sudah pasti jalinan warna pada bendera tersebut amat menyenangkan mata sesiapa saja yang melihat.Apa pun jom tengok gambar-gambar seterusnya.



Alamak ini bukan kempen bumi hijau bro! tapi kempen puak-puak LGBT kat luar negara sana.Mak ai sungguh kurang sopan sekali.

Tapi dalam banyak-banyak gambar tu MMI paling suka gambar yang kat bawah ni...



Apakah ianya satu kebetulan ? 

Ampa tentukan !!

MMI.

Saturday, 17 December 2011

Padahnya Bila LGBT Menjadi Amalan


Nauzubillah , Itulah antara ayat terawal yang keluar dari mulut MMI sebaik sahaja mengetahui perihal salah seorang pelajar Malaysia di Ireland yang telah berkahwin dengan seorang lelaki.Apa yang boleh diperkatakan lagi MMI cukup sedih dan kecewa dengan tindakan manusia berbangsa Melayu ini yang pastinya sejak dari kecil didik dengan pegangan agama Islam oleh kedua ibu dan bapanya.

Dikhabarkan baru-baru ini seorang pelajar perubatan Malaysia di Ireland hilang.Ahli keluarganya lebih lapan kali telah berulang balik pergi mencari pelajar bernama Arif Alfian ini namun gagal.Beliau yang merupakan pelajar tajaan Petronas gagal dihubungi malah langsung tidak berhubung dengan keluarganya.

Hari ini punca kepada kehilangan pelajar pintar ini terjawab apabila dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang lelaki di Dublin.Bayangkan bagaimana perasaan ibu dan bapa pelajar ini yang telah kehilangan anak selama 8 tahun digemparkan dengan berita yang menyayat hati ini.Hancur luluh hati seorang ibu apabila mengetahui akan apa yang telah berlaku terhadap anaknya.

Satu kenyataan dan gambar yang di’hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.



Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin dilaporkan hilang sebelum ini telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland. 

Inilah Seksualiti Merdeka 2011 yang pihak pakatan mahukan.Kebebasan berkahwin sesama sejenis, kebebasan mengamalkan hubungan diluar tabii.Langkah yang diambil oleh pelajar ini sudah pasti disambut baik oleh pihak PKR,PAS dan DAP.

Tahniah kepada semua khususnya mereka-mereka yang begitu setia bersama Ambiga laknatullah kerana dengan sokongan kalianlah puak-puak haram jadah ini cuba membawa masuk budaya songsang ini ke negara Malaysia.


Mungkin di kala ini Wan Azizah seorang pemimpin yang juga seorang ibu dapat memahami perasaan dan kesedihan ibu dan bapa kepada Arif Alfian sebaik mengetahui berita perkahwinan tersebut.Apalah kiranya Wan Azizah dapat menziarahi keluarga terbabit bagi memberikan sokongan moral supaya mereka dapat menerima keadaan seperti mana Wan Azizah menerima keadaan Anwar Ibrahim seadanya.


MMI mengharapkan kepada pihak kerajaan khususnya untuk tidak sesekali membenarkan pelajar ini daripada menjejakkan kakinya semula ke Malaysia.Ini kerana tindakan dan perlakuan beliau jelas BIADAP lebih-lebih lagi majlis perkahwinan tersebut dijalankan dengan beliau memakai baju Melayu bersampin,cukup biadap apabila membawa budaya bangsa Melayu Islam dalam budaya songsang puak-puak haram jadah ini.


Cari dan gunalah apa saja undang-undang yang ada di Malaysia supaya beliau tidak sesekali menjejakkan kakinya di bumi bertuah Malaysia ini.MMI yakin seluruh rakyat Malaysia juga sebenarnya setuju dengan cadangan tersebut.

Inilah sebenarnya Seksualiti Merdeka yang Pakatan Haram mahukan.

Sama-sama kita tolak LGBT.Katakan tidak kepada LGBT.Demi agama dan anak bangsa selepas kita.

MMI.

Labels