Followers

Wednesday 21 November 2012

Mayat Perisik ISRAEL Di Heret Sekitar GAZA


Menurut sumber enam lelaki yang didakwa sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret melalui jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki. Ketika pengumuman Israel yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa wilayah kerana mereka akan melakukan serangan darat.

Seorang saksi berkata , enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke sebuah persimpangan jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya ditembak kerana memberikan maklumat risikan yang membantu Israel mengetahui kedudukan tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk dijadikan sasaran oleh pesawat pejuang mereka.

Nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa rakyat Palestin.

Hampir separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan.


Sejauh mana mereka itu benar-benar perisik MMI sendiri tak pasti kerana rakyat Palestin lebih mengetahuinya.Sekiranya mereka itu sememangnya perisik dan warga Israel MMI turut menyokong  tindakan yang dilakukan kerana puak-puak ini sememangnya bangsat.

Namun persoalan yang bermain di fikiran MMI , sekiranya mereka itu merupakan bangsa  dan rakyat bumi palestin sendiri ? Jika benarlah mengapa masih ada mereka-mereka di luar sana yang sanggup menjadi tali barut kepada musuh bangsa dan agama sendiri ?

Apakah mereka langsung tidak memikirkan kesan dan akibat yang bakal diterima oleh bangsa sendiri ?

Jangan lupa saudara sekelian , bumi Malaysia juga tidak dapat lari daripada mereka-mereka yang sebegini.Lihat saja bagaimana SUARAM dalam isu kapal selamnya dan segelintir dari bangsa yang seagama dengan kita turut menjadi tali barut kepada Rejim Zionis yang kini semakin galak mahu melihat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia di musnahkan.

Pesanan MMI , hati-hatilah dalam membuat pilihan kerana masa depan bangsa dan agama terletak di tangan kita.


Wahai Anak BangsaKu
Ingat Asal UsulMu
Ingat Adat Ingat Wasiat
Ingatlah Kita Melayu

Tak Melayu Hilang Di Dunia
Tak Melayu Hilang Agama
Tak Melayu Derhaka Pada Rajanya
Tak Melayu Hilang Di Dunia

Jaga Adat Jaga Martabat
Jaga Syarat Jangan Berpuak
Jaga Budaya Kita Kaya
Jaga Usul Kita Menyusul

 MMI.

1 comment:

  1. Islam ada adab. Kalau ngaku Islam, ikutlah adab Islam. Jenazah orang yg mengucap dua kalimah syahadah spatutnya dihormati dan dilayan dgn baik (diurus, disolat dan dikebumikan), hatta pengkhianat skalipun. Klau bertindak macm di atas tu, tu budaya binatang.

    Nabi Muhammad S.A.W. tak ajar macam tu (Dlm satu peristiwa Nabi S.A.W. berdiri waktu orang usung mayat Yahudi melintas dpan baginda, sbg tanda simpati/sopan).

    ReplyDelete

Labels