Followers

Sunday 18 November 2012

Mimpi Basah JIJAH Akhirnya Jadi Kenyataan !!


Nampaknya Jijah dah boleh menarik nafas lega kerana mimpi basah beliau kini sudah menjadi realiti.Jika selama ini persoalan mengenai mimpi yang sering menghantui diri beliau menyebabkan kadang kalanya Jijah menjadi tidak keruan namun kini segalanya sudah terjawab dan Jijah dikhabarkan sudah mampu tersenyum.

Sebagai seorang pimpinan parti yang hanya menjadi boneka kepada si suami sendiri Jijah sentiasa sabar dalam mengharungi segala rintangan penuh cabaran dan semuanya dilakukan demi sebuah perjuangan atas nama Pakatan Haprak.

Tahniah MMI ucapkan kepada Jijah selaku Presiden PKR dan seluruh jenteranya kerana Pakatan Haprak kini sudah pun mampu bergerak seiring dengan sahabat mereka DAPigs dalam usaha mendapatkan kepercayaan rakyat supaya memilih Pakatan Haprak bagi menggantikan Barisan Nasional dalam pilihan raya nanti.

Jijah perlu berterima kasih kepada rakan pencacai beliau iaitu PAS bilamana segala beban dan tekanan yang selama ini terpaksa ditanggung oleh beliau sudah pun diselesaikan dengan bantuan daripada pimpinan tertinggi PAS dan mereka dikhabarkan benar-benar bersedia bagi menghadapi pilihan raya nanti. 
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail percaya pelaksanaan hukum hudud bukan kepentingan utama Pas kerana tidak disentuh dalam ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Pas Ke-58 di sini hari ini.
Beliau berkata, isu hudud hanya ditimbulkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) manakala fokus utama Pas adalah menegakkan negara berkebajikan serta perpaduan dalam kalangan parti pembangkang ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
"Ucapan hari ini Pas tidak mengatakan begitu. Negara berkebajikan dan perpaduan itu yang diperkatakan, (hudud pula) dibesar-besarkan oleh Chua Soi Lek (Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek)," katanya ringkas ketika ditemui dalam Muktamar Pas Ke-58 di sini.
HUDUD kini sudah tidak lagi menjadi agenda dan tekanan dalam Pakatan Haprak dan semestinya kenyataan daripada Wan Azizah itu adalah bukti bahawa PAS kini tidak lagi meletakkan HUDUD sebagai keutamaan mereka.

Dan paling menarik selepas ini barangkali satu persidangan meja bulat dapatlah direalisasikan diantara 3 parti dalam Pakatan Haprak bagi mencongak dasar perjuangan bersama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Malah pimpinan Pakatan Haprak sudah pun boleh menyenarai pendek nama-nama mereka yang bakal dilantik untuk memegang jawatan-jawatan terpenting dalam negara kerana PAS selaku Pengerusi Biro Agama Pakatan Haprak sudah pun memanjatkan doa supaya Barisan Nasional di KOkan dalam pilihan raya nanti.Baca Sini

Tahniah kepada PAS kerana sudah mampu dan berani merealisasikan impian dan perjuangan yang selama ini disembunyikan.

Meletakkan kepentingan untuk menegakkan negara berkebajikan serta PERPADUAN dalam parti pembangkang sudah cukup membuktikan PAS selama ini sering berdusta dan turut berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam tentang perjuangan mereka.

MMI juga mahu mengucapkan jutaan terima kasih kerana PAS sudah pun mengaku bahawa merekalah yang sebenarnya SEKULAR apabila kepentingan agama dibezakan dengan pentadbiran sama ada dalam parti mahupun dalam Pakatan Haprak.

SYABAS kepada seluruh juak-juak Pakatan Haprak khususnya mereka-mereka dalam parti PAS kerana anda sebenarnya turut menyumbang kepada apa yang sedang berlaku.

PAS MEMBANGUN BERSAMA PAKATAN HAPRAK !! JIJAH SUDAH MAMPU TERSENYUM GIRANG , DAPigs GEMBIRA BUKAN KEPALANG.....

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels