Followers

Friday, 9 November 2012

PEMBANGKANG Dah Lama Cabul Parlimen ?!!


Tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikan Amin Mulia yang mengumumkan larangan orang luar  membuat sidang akhbar di ruangan khas sidang media yang terletak di lobi Parlimen jelas merupakan satu tindakan yang cukup tepat.

Malah tindakan beliau turut disokong dengan penyerahan memorandum oleh 67 orang wartawan dari pelbagai agensi yang sering membuat liputan di bangunan Parlimen.

Keputusan yang dilakukan tersebut mengundang pelbagai persepsi khususnya di pihak pembangkang apabila Tian Chua menyatakan tindakan tersebut sebagai menyekat kebebasan media.

Bab ni MMI nak tergelak pun ada..Apa Tian Chua ni bangang ka apa ka ?? Dia lupa kot apa yang Guan Eng buat di Sidang DUN Pulau Pinang apabila menyekat wartawan dari Utusan Malaysia daripada membuat liputan semasa sidang DUN berjalan ? 

Kalau dah nama puak pembangkang tu kadang-kadang jilat ludah sendiri pun tak apa.

Kemudiannya si lembut RAFIZI yang dah tak ada kerja ni pula meroyan sampaikan nak saman Nazri Aziz.Apa yang Nazri Aziz buat dalam hal ni ? 

Tolong bagitahu Rafizi kalau nak cakap elok pandang kiri kanan dulu.Dalam bab ini kalau Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz ingat nak saman fitnah dia,rasanya ramai wartawan yang bertugas membuat liputan sidang Parlimen sedia tampil menjadi saksi.

Hebat...Pengarah Strategi PKR ini sudah merasa dirinya terlampau besar.

Cuba tanya Rafizi sejak bila dia menjadi Ahli Parlimen? Kawasan mana yang dia wakili? Jadi atas kedudukan apa dia sesuka hati boleh terpacak di ruangan sidang media Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar ?

Bukan sekali tapi banyak kali orang yang merasa dia kini hero PKR mengadakan sidang akhbar di ruangan itu.

Ini termasuk semasa kehangatan isu NFC.Terbaru untuk tuduh Nazri mengenai isu anaknya guna SUV Hummer milik tauke balak Micheal Chia.


Rafizi turut mendakwa kononnya keputusan menyekat orang luar buat sidang akhbar di Parlimen adalah untuk tutup mulutnya dari membuat pendedahan terhadap Nazri.

Sekali lagi kita nak bertanya kepada Rafizi dia sedar ke diri ke tidak bahawa dia bukan seorang Ahli Parlimen ?

Dari segi prinsipnya dia sudah mencuri masuk ke satu premis rasmi kerajaan untuk membuat sidang akhbar.

Kebelakangan ini modus operandinya untuk menghalalkan dia membuat sidang akhbar di situ ialah adanya beberapa Ahli Parlimen PKR atau pakatan pembangkang lain terpacak sama di situ.

Hakikatnya yang tukang cakap pada sidang akhbar itu ialah dia.

Ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaling Jaya ada bilik mesyuarat yang selalu digunakan untuk beri sidang akhbar.Soalnya sebagai seorang pegawai parti PKR kenapa tidak buat di situ?

Rafizi sekolah tinggi dan sepatutnya tahu peraturan.Mungkin dia fikir pakatan pembangkang sudah cukup hebat ...boleh backing dia buat apa saja termasuk menceroboh ruang sidang media Parlimen.

Nazri ialah menteri yang jaga urusan Parlimen dan juga hal undang-undang.

Jadi kalau beliau nak saman fitnah Rafizi tentu dia akan terkangkang.

Kalau Rafizi hendak tahu ramai wartawan yang bertugas membuat liputan sidang parlimen cukup geram pada Nazri.

Ini kerana ramai wartawan yang sudah lama komplen pada beliau pasal Ahli Parlimen pembangkang kerap bawa orang luar buat sidang akhbar dikawasan yang sepatutnya dikhaskan untuk Ahli Parlimen sahaja.

Rupanya sekalipun terkenal sebagai orang yang garang...Nazri nampak cukup penyabar dalam bab ini.

Kita juga kena tabik kepada Speaker Dewan Rakyat yang keluarkan peraturan orang luar tidak boleh buat sidang akhbar di ruangan khas sidang media Parlimen itu setelah lebih empat tahun puak pembangkang ' mencabul' tempat itu.

Ini juga mengambarkan betapa beliau sebagai ketua ekskutif di Parlimen cukup penyabar melihat gelagat pembangkang berterusan membawa orang luar membuat sidang akhbar di situ.

Tidak perlu cerita tentang rungutan kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sudah muak melihat senario itu.

Wartawan yang ada pengalaman membuat liputan sidang Parlimen cukup tahu ia satu tugas yang meletihkan.

Dari gambaran cerita di atas jelas sekali juak-juak Pembangkang ni memang perangai suka menunjuk-nunjuk malah baidap dalam mendepani apa saja perkara.

Satu pesanan kepada RAFIZI Si Lembut kesayangan Anwar ni , minta satu kawasan dekat Anwar supaya boleh bertanding kerusi parlimen kemudian buatlah kerja.Tak boleh terus jadi Ahli Parlimen sebab kena bertanding dulu tengok rakyat suka ke tidak ?

Kalau menang ang buatlah sidang media dari pagi sampai ke subuh esok rasanya tak ada sapa nak halang tapi kalau setakat pegawai parti tu sendiri mau retilah !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels