Followers

Showing posts with label Rafizi. Show all posts
Showing posts with label Rafizi. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

JELAS Rafizi Hanyalah BONEKA Ciptaan ANWAR


Rafizi Ramli kantoi lagi. Bukan itu saja bahkan ahli Parlimen PKR kawasan Pandan,Selangor itu juga ‘terkedu’ kena penangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada mulanya Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR mencelah Mustapa yang berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong mendakwa tindakan kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat menyebabkan kenaikan harga model lain selain jejaskan kualiti kereta.

Tidak berpuashati dengan jawapan menteri itu, Rafizi juga mendakwa tindakan itu menurunkan harga kereta menyebabkan ada gaji pekerja syarikat kenderaan turut diturunkan.

Bagaimanapun, Mustapa menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Beliau kemudian mencabar Rafizi mengemukakan bukti tetapi pemimpin pembangkang itu gagal menyatakan syarikat mana yang menurunkan gaji pekerja berikutan penurunan harga kenderaan yang dikeluarkan.

Menyedari Rafizi masih tidak menyahut cabarannya, Mustapa terus mendesak Rafizi memberikan bukti.

“Kami tidak ada terima laporan bahawa selepas Proton atau Perodua atau Nissan atau Mazda turunkan harga, gaji (pekerja) diturunkan. Kalau Pandan (Rafizi) ada maklumat, sila berikan kepada saya. Saya nak tahu syarikat yang potong gaji”.

“Kita juga tak terima laporan ada syarikat yang kurangkan harga kereta tetapi naikkan model lain, begitu juga laporan bahawa syarikat yang turunkan tetapi potong bonus,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Rafizi menyerahkan bukti bagi membolehkan kerajaan menyiasat dakwaan tersebut.

Melihat Rafizi gagal memberi bukti, Mustapa berkata dakwaan itu serius dan beliau ingin tahu supaya kes tersebut boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna.

“Ini satu dakwaan yang berat terhadap syarikat. Saya minta Pandan beri bukti,” katanya yang mendapat tepukan meja tanda sokongan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selepas Rafizi terus membisu.

Di luar Dewan, ada ahli-ahli Parlimen yang mendengar ‘perdebatan’ Mustapa dan Rafizi percaya ahli Parlimen PKR itu hanya membangkitkan isu tersebut tanpa bukti kukuh.

Ini kerana Rafizi sebelum ini didapati kerap menimbulkan beberapa isu tetapi gagal mengemukakan bukti malah beliau ‘kantoi’ apabila dakwaannya didapati tidak betul dan kurang tepat.

Dalam isu harga kenderaan, Rafizi main dengan macam-macam ‘matematik’ bagi gambarkan kerajaan gagal turunkan harga kereta sehingga 30 peratus.

Kerajaan sudah menurunkan harga kenderaan secara berperingkat bagi mengelak industri kereta terpakai terjejas teruk jika penurunan mendadak.sumber 

Apa yang boleh MMI katakan Rafizi Ramli sebenarnya hanyalah satu boneka ciptaan Anwar Ibrahim yang di pergunakan sepenuhnya bagi menjalankan kerja-kerja menghuru-harakan kem kerajaan.

Jika melihat kembali kepada beberapa isu berkaitan Rafizi sebelum ini , kita sudah dapat mengagak beliau hanyalah seorang pemimpin ciptaan yang menjadikan logik akal sebagai bahan untuk berpolitik.

MMI masih ingat bagaimana insiden debat di antara beliau dengan YB Khairy Jamaluddin yang cukup menarik bilamana Rafizi hilang punca dengan bahan-bahan logik akalnya sehinggakan memaksa Rafizi untuk mengutarakan soalan yang di luar konteks perdebatan Baca Sini 

Rasanya Rafizi kini sedar bahawa berada dalam Dewan Rakyat bukanlah semudah yang beliau sangka kerana di sini segalanya memerlukan fakta dan bukti kukuh sebelum berhujah.

Alo brader lu jangan bikin ribut !!

MMI

Saturday, 23 March 2013

Lembut Rintik Bapa Borek !! Rafizi Auwwww



Memang tidak syak lagi Rafizi ni LEMBUT You !! Tak percaya ampa tengok atau ulang tengok video kat atas di minit-minit yang terakhir masa dia bangun dari tempat duduknya.Hihihi jambu niiiiii....

Ampa tengoklah kelaku si Rafizi ni apabila di tanya soalan oleh wartawan lain yang dijawabnya.Lepas tu siap main tuduh-tuduh lagi kata media UMNO lah dan macam-macam tapi soalan tetap tak dijawab juga.Apa punya baqhal la dia ni..

Cuba ampa bandingkan pula dengan si Nuar tu Klik Sini 

Sebiji macam perangai si Anwar tu orang tanya dah makan ker ? dia pi jawab proses menghasilkan beras bukanlah satu perkara mudah kerana terdapat padi yang dah masak akan rosak semuanya kerana salah siput gondang mas hahahaha spin Fizi spin jangan kira janji dapat com molot dengan si Nuar tu.

Baca selanjutnya di agendadaily  

Monday, 28 January 2013

Akaun FB Rafizi Di Godam Rafizi ???


Pagi tadi MMI ada keluarkan entri tentang permohonan maaf oleh Rafizi terhadap saman yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi kepada beliau.Namun ianya diberitakan palsu dan menurut kenyataan daripada Rafizi sendiri akaun Facebook miliknya telah digodam ataupun diceroboh oleh pihak yang tidak dikenali dan secara semborono menuduh pula ianya adalah kerja buat Cybertroopers UMNO.Baca Sini 

Huh hebat sungguh mamat ni belum apa-apa dah boleh nampak siapa dalangnya.Kira hebatlah ilmu apa yang Rafizi pakai ? 

Memanglah dalam dunia maya ni kita tak boleh nafi perkara sedemikian boleh berlaku.Tapi dalam kes Rafizi ni sejauh mana BENARnya akaun fb miliknya di godam ?

Dalam keadaan dan suasana yang semakin hampir untuk pilihan raya ditambah pula dengan isu yang kini melanda Rafizi kemungkinan ianya bukan kerja buat penggodam juga boleh diambil kira.

Pernahkah kita terfikir apa punca dan gunanya jentera maya UMNO menceroboh akaun fb milik Rafizi ? Apakah ianya dilakukan semata-mata untuk membuat lawak bodoh yang kita tahu boleh diperjelaskan oleh si tuan punya badan dalam sekelip mata sahaja.

Untuk makluman Rafizi , cybertroopers UMNO banyak lagi kerja lain yang boleh dilakukan daripada menggodam akaun fb Pengarah Strategi yang tak menjadi ni.Malah kalau setakat nak buat cerita-cerita bodoh macam ni tak perlu sampai nak ceroboh akaun orang sebab kita boleh saja publishkan dalam blog ataupun saluran yang sedia ada.

Bukannya susah tapi kalau puak Pakatan Haprak memang kerja ni makanan depa lah !! sampaikan memo kementerian pun boleh buat siap print lepas tu masuk dalam blog...Agak-agak lah bro nak menipu pun !!

Yang sebenarnya tuduhan Rafizi bahawa akaun fb miliknya telah digodam (oleh cybertroopers UMNO) adalah semata-mata kerana beliau perlukan publisiti singkat untuk membuat 'come back' seperti mana yang selalu dibuat oleh Papa beliau , Si Anwar Ibrahim.

Malah jika akaun seseorang users sedang digodam, users tersebut tidak boleh menggunakan application tersebut langsung. Walhal, timelines fb si Rafizi ni berjalan seperti biasa. 

Seperti apa yang kita tahu sekarang, nama beliau yang semakin pudar dan senyap sepi ditindih nama Abby Adabi. So, dia terpaksa menggunakan 'point' ini sebagai satu titik permulaan untuk pembentukan rancangan barunya semula kerana masa sudah suntuk. Maklumlah pemimpin-pemimpin pembangkang kan tengah tergedik-gedik nak isi kerusi untuk PRU dah.Baca Sepenuhnya 

Ni semua cerita lama beb..Sebab tu MMI kata pengarah strategi apa kalau strategi yang dipakai orang lain boleh baca , alamak malu la weiii...Ang tu pengarah strategi parti !!!

Kalau betul seperti dakwaan Rafizi maka buktikan ianya kerja buat Cybertroopers UMNO ! Sebab kalau tak boleh buktikan maka sesiapa saja boleh berbuat demikian termasuk juga juak-juak pencacai maya Pakatan Haprak.

Tapi ada lagi satu senario yang boleh berlaku yang mungkin banyak pihak tak terfikir ! 

Rafizi sendiri boleh melakukannya...Siapa yang nak tau ???

MMI.

SAMAN Zahid Hamidi - RAFIZI Akhirnya MOHON MAAF ??!


Ala-ala ciannye die..Kenape ni dik ? sape buat adik sampai jadi macam ni ? Cor cite ??? Cor cite ??? 

Rafizi Ramli 

After a lengthy discussion with my lawyer and our beloved party President Datin Seri Wan Azizah, I hereby would like to share my deepest remorse for accusing Dato' Seri Zahid Hamidi of abusing his power by using the funds amounting to RM130 million belonging to the military personel to buy the 200 acres land and to purchase 80% of Astacanggih shares in order to ensure that Deepak remains silent as alleged in the article in my blog dated 29/12/12 titled 'Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak'. 

With much regret for my actions, I would again like to apologise and retract the slander and false statement made in the said article. I would also like to apologise to all the military personel and my fellow comrades for the mistake. I will hold a press conference with regards to this matter tomorrow at PKR Headquarter at 2:30 pm - RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 27/01/2013.sumber 

Kira oklah tu buat permohonan maaf lepas tu akan adakan sidang akhbar jam 2.30 petang jap gi..Pengarah strategi mohon maaf kerana silap strategi !

Persoalan sekarang sejauh mana kebenaran kenyataan diatas ? 

Melalui pencarian yang MMI lakukan ianya telah pun dinafikan oleh Rafizi sendiri baca kenyataan dibawah ,

Kenyataan media oleh Rafizi..

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato’ Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.

RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Oklah tak payah bising-bising kalau tak benar sekalipun kita tunggu jalah mahkamah jalankan kes nanti..Rafizi percaya pula dekat mahkamah noo...

Psst bila cerita ja tuduh kita godam depa..yang depa godam kita macam mana pula ???

MMI.

Wednesday, 9 January 2013

Kita Tengok Sejauh Mana Dia Ni Nak Menari !!


Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (gambar) ekoran dakwaan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi pembelian tanah oleh sebuah anak syarikat milik lembaga tersebut, Boustead Holdings Bhd.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau dan kementerian sama sekali tidak terlibat dalam pembelian tanah tersebut dari syarikat yang dituduh Rafizi, milik seorang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Tegas beliau, Boustead Holdings Berhad merupakan syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) tidak tertakluk kepada sebarang arahan daripada mana-mana menteri atau individu bagi sebarang menguruskan transaksi berkenaan.

"Urus niaga pembelian itu merupakan transaksi komersial sepenuhnya, tidak melibatkan Kementerian Pertahanan dan saya sebagai menteri.

"Tuduhan Rafizi melampau dan memburukkan imej saya. Oleh itu, kementerian akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau (Rafizi)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA'13) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Rafizi mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid menyalahgunakan kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera untuk menutup mulut Deepak daripada membuat kenyataan berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Dakwa Rafizi, wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih manakala RM130 juta bagi pembelian 200 ekar tanah daripada Awan Megah Sdn. Bhd.

Tambah Ahmad Zahid, beliau mengingatkan Rafizi agar menghentikan segala tohmahan dan penipuan yang dilemparkan ke atasnya, LTAT dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, Rafizi seharusnya menyemak fakta dan tidak menggunakan isu tersebut dalam usaha menarik perhatian umum serta cuba mengaburi mata rakyat keseluruhannya.

"Saya harap Rafizi tidak menggunakan kedudukan profesionalisme beliau untuk dicampur aduk dalam politik.

"Saya juga cabar kalau beliau (Rafizi) anak jantan, buat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis boleh menjalankan siasatan dan kita akan berjumpa di mahkamah," ujarnya.

Jelas beliau, dakwaan Rafizi itu boleh mengundang suasana huru-hara dan merosakkan kepercayaan pencarum-pencarum LTAT terutamanya anggota dan pegawai ATM terhadap pengurusan lembaga tersebut.

Beliau menjelaskan, wang simpanan pencarum LTAT langsung tidak digunakan dalam urusniaga pembelian itu.

"Malah LTAT menjaga keuntungan dan akan memberikan dividen mungkin lebih baik daripada yang lalu dan ini akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

MMI.

Friday, 9 November 2012

PEMBANGKANG Dah Lama Cabul Parlimen ?!!


Tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikan Amin Mulia yang mengumumkan larangan orang luar  membuat sidang akhbar di ruangan khas sidang media yang terletak di lobi Parlimen jelas merupakan satu tindakan yang cukup tepat.

Malah tindakan beliau turut disokong dengan penyerahan memorandum oleh 67 orang wartawan dari pelbagai agensi yang sering membuat liputan di bangunan Parlimen.

Keputusan yang dilakukan tersebut mengundang pelbagai persepsi khususnya di pihak pembangkang apabila Tian Chua menyatakan tindakan tersebut sebagai menyekat kebebasan media.

Bab ni MMI nak tergelak pun ada..Apa Tian Chua ni bangang ka apa ka ?? Dia lupa kot apa yang Guan Eng buat di Sidang DUN Pulau Pinang apabila menyekat wartawan dari Utusan Malaysia daripada membuat liputan semasa sidang DUN berjalan ? 

Kalau dah nama puak pembangkang tu kadang-kadang jilat ludah sendiri pun tak apa.

Kemudiannya si lembut RAFIZI yang dah tak ada kerja ni pula meroyan sampaikan nak saman Nazri Aziz.Apa yang Nazri Aziz buat dalam hal ni ? 

Tolong bagitahu Rafizi kalau nak cakap elok pandang kiri kanan dulu.Dalam bab ini kalau Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz ingat nak saman fitnah dia,rasanya ramai wartawan yang bertugas membuat liputan sidang Parlimen sedia tampil menjadi saksi.

Hebat...Pengarah Strategi PKR ini sudah merasa dirinya terlampau besar.

Cuba tanya Rafizi sejak bila dia menjadi Ahli Parlimen? Kawasan mana yang dia wakili? Jadi atas kedudukan apa dia sesuka hati boleh terpacak di ruangan sidang media Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar ?

Bukan sekali tapi banyak kali orang yang merasa dia kini hero PKR mengadakan sidang akhbar di ruangan itu.

Ini termasuk semasa kehangatan isu NFC.Terbaru untuk tuduh Nazri mengenai isu anaknya guna SUV Hummer milik tauke balak Micheal Chia.


Rafizi turut mendakwa kononnya keputusan menyekat orang luar buat sidang akhbar di Parlimen adalah untuk tutup mulutnya dari membuat pendedahan terhadap Nazri.

Sekali lagi kita nak bertanya kepada Rafizi dia sedar ke diri ke tidak bahawa dia bukan seorang Ahli Parlimen ?

Dari segi prinsipnya dia sudah mencuri masuk ke satu premis rasmi kerajaan untuk membuat sidang akhbar.

Kebelakangan ini modus operandinya untuk menghalalkan dia membuat sidang akhbar di situ ialah adanya beberapa Ahli Parlimen PKR atau pakatan pembangkang lain terpacak sama di situ.

Hakikatnya yang tukang cakap pada sidang akhbar itu ialah dia.

Ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaling Jaya ada bilik mesyuarat yang selalu digunakan untuk beri sidang akhbar.Soalnya sebagai seorang pegawai parti PKR kenapa tidak buat di situ?

Rafizi sekolah tinggi dan sepatutnya tahu peraturan.Mungkin dia fikir pakatan pembangkang sudah cukup hebat ...boleh backing dia buat apa saja termasuk menceroboh ruang sidang media Parlimen.

Nazri ialah menteri yang jaga urusan Parlimen dan juga hal undang-undang.

Jadi kalau beliau nak saman fitnah Rafizi tentu dia akan terkangkang.

Kalau Rafizi hendak tahu ramai wartawan yang bertugas membuat liputan sidang parlimen cukup geram pada Nazri.

Ini kerana ramai wartawan yang sudah lama komplen pada beliau pasal Ahli Parlimen pembangkang kerap bawa orang luar buat sidang akhbar dikawasan yang sepatutnya dikhaskan untuk Ahli Parlimen sahaja.

Rupanya sekalipun terkenal sebagai orang yang garang...Nazri nampak cukup penyabar dalam bab ini.

Kita juga kena tabik kepada Speaker Dewan Rakyat yang keluarkan peraturan orang luar tidak boleh buat sidang akhbar di ruangan khas sidang media Parlimen itu setelah lebih empat tahun puak pembangkang ' mencabul' tempat itu.

Ini juga mengambarkan betapa beliau sebagai ketua ekskutif di Parlimen cukup penyabar melihat gelagat pembangkang berterusan membawa orang luar membuat sidang akhbar di situ.

Tidak perlu cerita tentang rungutan kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sudah muak melihat senario itu.

Wartawan yang ada pengalaman membuat liputan sidang Parlimen cukup tahu ia satu tugas yang meletihkan.

Dari gambaran cerita di atas jelas sekali juak-juak Pembangkang ni memang perangai suka menunjuk-nunjuk malah baidap dalam mendepani apa saja perkara.

Satu pesanan kepada RAFIZI Si Lembut kesayangan Anwar ni , minta satu kawasan dekat Anwar supaya boleh bertanding kerusi parlimen kemudian buatlah kerja.Tak boleh terus jadi Ahli Parlimen sebab kena bertanding dulu tengok rakyat suka ke tidak ?

Kalau menang ang buatlah sidang media dari pagi sampai ke subuh esok rasanya tak ada sapa nak halang tapi kalau setakat pegawai parti tu sendiri mau retilah !!!

MMI.

Wednesday, 7 November 2012

Tindakan RAFIZI Buktikan Pakatan Haprak Kini Terdesak !!!


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ke Hong Kong minggu depan untuk bertemu Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) bagi mendapat keterangan lanjut berhubung kes pemberian RM40 juta oleh jutawan balak Sabah, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datul Seri Musa Aman. 

“Saya akan ke Hong Kong minggu depan atau minggu berikutnya. Kita nak dapatkan jawapan ICAC kerana sehingga kini tidak ada apa-apa kenyataan rasmi. Pada masa sama pihak (di Malaysia) berminat untuk dapatkan maklumat. “Kita tahu ada media (Malaysia) hubungi ICAC.Hal ini melibatkan nama baik dan reputasi ICAC sendiri,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas melaporkan kes itu petang semalam.

Nampaknya Rafizi begitu obses dengan kerja buatnya sehinggakan saban hari tidak ada perkara lain yang difikirkannya selain dari berusaha untuk mencari kesalahan UMNO dan Barisan Nasional.Bagi MMI ada baiknya juga Rafizi berbuat demikian sekurang-kurangnya di pihak UMNO dan Barisan Nasional kita dapat memperbetulkan kesilapan sekiranya ada.

Lagi pun Rafizi melakukannya tanpa di bayar gaji oleh mana-mana agensi kerajaan jadi teruskanlah apa nak kisahnya.

Namun sesuatu yang amat-amat perlu rakyat seluruhnya ketahui adalah dalam kesibukan Rafizi berusaha mencari dan mendedahkan kepincangan ataupun apa yang beliau faham sebagai penyelewengan pernahkah anda semua terfikir mengapa agaknya Rafizi berbuat demikian ?

Apa motif utama Rafizi berbuat demikian ? Dalam bahasa mudahnya Rafizi mahu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO hari ini adalah kerajaan yang tidak baik dan merupakan kerajaan yang di penuhi dengan gejala rasuah yang harus rakyat tolak dalam pilihan raya yang akan datang.

Tetapi Rafizi sebenarnya terlupa rakyat juga sedang melihat kepada perkembangan Pakatan Haprak yang kononnya merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan kerajaan sedia ada.

Tahukah Rafizi rakyat juga mahu mengetahui dari mana datangnya dana bagi pembelian sebuah bas  mewah yang didaftarkan dibawah nama Khalid Ibrahim ? Malah kos operasi bas mewah tersebut turut menjadi persoalan dana dari pihak mana agaknya ?

Tahukah Rafizi bahawa pembelian lori sampah yang menjadi pertikaian di Selangor kini masih gagal dijawab oleh Pakatan Haprak dan hubungan pembelian tersebut dengan kewujudan bas mewah khalid Ibrahim ?

Lupakah Rafizi bagaimana rakyat mahu tahu berkenaan isu KCB ladang ternakan lembu di Papua New Guinea yang melibatkan kerajaan negeri Kedah di bawah PAS ?

Bagaimana pula agaknya dengan status tanah Taman Manggis yang kini diberitakan sudah dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat lain sedangkan proses pembelian tanah tersebut sedang berjalan diantara Pemuda BN dan kerajaan negeri ?

Agaknya apa yang berlaku dalam kes Lembah Sireh di Kelantan ?

Itu belum masuk hal dana-dana asing yang diturunkan kepada pemimpin Pakatan Haprak dan NGO-NGO pro pembangkang ?

Nampak sangat tindakan terdesak juak-juak Pakatan Haprak dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada hanyalah melalui jalan belakang.

Dalam isu hummer , Rafizi sedang berusaha untuk mencari setiap titik kesalahan yang ada sehingakan beliau akan ke Hong Kong sikit masa lagi Klik Sini namun Rafizi barangkali terlupa sesuatu yang sedang bermain di fikiran rakyat..

Bagimana dengan segala bas dan kontena milik Parti Keadilan Rakyat dan isu-isu lainnya ??

Apa yang MMI mahu kongsikan adalah mengapa agaknya Rafizi langsung tidak berusaha untuk mencari serta mendedahkan isu-isu yang melanda Pakatan Haprak sendiri ? 

Ada ketelusankah disini ? Double Standard ? atau ianya untuk kepentingan diri dan Pakatan Haprak dalam menghadapi pilihan raya semata-mata ?

MMI.

Tuesday, 6 November 2012

PR Tak Sedar Tindakan Rafizi Untungkan BN !!!


Siapa tak kenal si mamat lembut ni yang sekali tengok mampu menaikkan nafsu shahwat mereka-mereka yang menyokong LGBT termasuk Anwar sendiri.Malah si lembut Rafizi kini sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Haprak.Dengar khabarnya Anwar sendiri pun dah mula pening dengan tindakan si lembut ni yang banyak melakukan kerja-kerja bodoh lagi bangang yang menyebabkan Pakatan Haprak semakin di tolak oleh rakyat. 

RAFIZI masih terbayang-bayang dia jaguh dalam isu NFC yang menyebabkan mantan Menteri Pembangunan Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil meletakkan jawatan.  Dia fikir dia masih hero dan apa yang dia cakap semua orang akan dengar.

Tapi si bodoh ini mungkin tak sedar bahawa orang di luar sana semakin menolak apa sahaja yang keluar dari mulutnya sejak terbongkar cerita dia memperalatkan kerani bank peringkat rendah untuk mendapatkan maklumat perbankan NFC secara salah.  Dan orang juga bertanya, apa jenis manusia yang sanggup memperalatkan orang misikin untuk kepentingan sendiri.

Penyudahnya isu itu tidak bawa ke mana.  Betul, Shahrizat meletakkan jawatan tapi adakah bukti dia terlibat dimana-mana?  Tidak ada dan SPRM sudah mengesahkan Shahrizat tidak terlibat seperti dakwa Rafizi dan kongkang kongkang lain dalam Pakatan harami macam Zuraidah.

Inilah yang kita lihat bila Rafizi memanggil sidang media kelmarin, kononnya untuk mendedahkan hubungan anak Menteri, Nadeem Bin Nazri Aziz dengan seorang peniaga di Sabah.  Persoalan utama yang tercetus, itu anak dia, apa kaitan dengan bapak dia?  Rafizi siap upah orang untuk ikut kenderaan terlibat ke mana sahaja dengan video.


Apa yang boleh dibuktikan disitu?  Nothing..

Sebab apa nothing, sebab pertama, jelas Rafizi menggunakan video.  Video mana boleh jadi bukti, bak kata ulama PAS, plastik.

Kedua, tujuan Rafizi yang sebenarnya ialah cuma nak timbulkan persepsi politik bahawa Nazri ada kaitan dalam soal sumbangan wang RM 40 juta melibatkan seorang ahli perniagaan di Sabah dengan menggunakan anaknya yang didakwa meminjam kenderaan ahli perniagaan tersebut. 

Dan Rafizi memang terkenal sebagai manusia yang suka gunakan ahli keluarga pemimpin UMNO untuk jatuhkan karier politik mereka.

Dalam kes Shahrizat, dia guna suaminya, dalam kes Perdana Menteri, dia jadikan kos majlis pertunangan anak PM sebagai isu politik dan dalam kes Nazri, pun sama dia guna anaknya jugak.  Ini modus operandi penyangak politik macam Rafizi, jahat tak jahat budak yang nampak macam lembut ni.

Nak cari kesalahan pemimpin UMNO takde, jadi serang keluarga mereka.  Sedangkan kalau kita lihat pendekatan UMNO, kita serang pemimpin pembangkang itu sendiri, kalau dia berzina (ada video), dia kenalah, begitu juga meliwat dan sebagainya. Ini memang patut sebab orang ini yang nak jadi pemimpin, bukan ahli keluarga mereka (melainkan dia masuk politik).

Kepada si lembut Rafizi, kalau ada bukti rasuah, tunjuklah mana dia?  Guna Humvee pinjam tu bukti rasuah apa pulak?  Anwar pun ‘pinjam’ (ada kata sewa, ada kata bukan guna duit rakyat – bayarlah tu), jet untuk ke hulu ke hilir, boleh ke kita kata itu rasuah untuk dapat projek di Selangor?

Rakyat perlu nilailah manusia apa Rafizi ini?  Nampak sangat dia ni hati busuk, main politik kotor tak bertempat.  Pengundi Pandan, Kuala Terengganu atau mana kawasan yang dia bakal bertanding nanti, sila jauhkan dari mengundi budak ini.

Tapi kalau Rafizi nak kita percaya video tu, tak mengapa, lepas ini kalau keluar lebih banyak video pasal pemimpin-pemimpin PKR yang tak bermoral, harap rakyat pun percaya atau bak kata Rafizi “You judge yourself”.  Jangan nak banyak dakwa dakwi pulak nanti ya.

Banyak masalah Pakatan kebelakangan ini, banyak isu tak menyebelahi mereka, kondominium Batu Caves tu pun dah terdedah mereka yang benarkan ia dijalankan walaupun ada kuasa untuk batalkan.  Eh, memanglah, Langat Dua yang ada ‘Kebenaran Merancang’ pun boleh dibatalkan, kenapa pulak kondominium tak boleh?

BN juga yang untung.

MMI.

Labels