Followers

Friday, 2 November 2012

Penggantungan Azhar BUKTI Guan Eng Takut Segala Penipuan Terbongkar !!


Sidang DUN Pulau Pinang bagi penggal terakhir sebelum pilihan raya mengambil tempat baru saja bermula nah Ketua Pembangkang dah kena gantung , 6 bulan tu bro !! Apa hal sampai kena 6 bulan ni ?? 

Melalui risik-risik rupa-rupanya Datuk Azhar kena gantung kerana menegur dan mendedahkan penipuan yang dibuat oleh Kerajaan DAPigs Pulau Pinang semasa Sidang DUN penggal ke-12.. Sekali lagi Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional Pulau Pinang, Datuk Azhar digantung daripada menghadiri Sidang DUN setelah usul pengantungan dibawa oleh Lim Guan Eng...

Ini lah cara Ketua Menteri DAPigs Pulau Pinang, Ikut Suka Aku (ISA) nak buat apa didalam dewan. Sikap bangsat Guan Eng mengunakan dewan bagi mengantung Datuk Azhar dari terus membongkar  pentadbiran kerajaan DAPigs amatlah di kesali. 

Namun perkara ini telah di jangka oleh beberapa wakil DUN Barisan Nasional.

Azhar didakwa menghina Dewan, Speaker dan kakitangan Dun dengan menyebut "verbatim boleh dimanipulasikan oleh kakitangan Dewan" dan akan membuat laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Usul untuk merujuk Azhar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun dikemukakan oleh Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo pada Mei lalu. Ketika membahaskan usul itu, Azhar berkata, beliau tidak mahu hadir memberi keterangan kerana sudah mengetahui keputusan yang akan diambil oleh jawatankuasa berkenaan kerana anggotanya dikuasai oleh penyokong kerajaan negeri.

"Kalau masa usul pertama yang tidak betul pun boleh diterima Dewan dan kemudian menggantung saya enam bulan, usul ini pun samalah sebab mereka sudah ada keputusannya. "Jadi kenapa saya perlu pergi. Mana ada keadilan," katanya.

Azhar juga berkata Guan Eng cuba mewujudkan taktik menakut-nakutkan semua pihak agar sentiasa mengikut cakapnya sahaja, terutama kakitangan kerajaan.

"Ini adalah sebagai amaran kepada kakitangan kerajaan. Jika ketua pembangkang pun boleh kena gantung, inikan pula kakitangan awam yang makan gaji dengan Kerajaan Negeri," katanya. Ketika menggulung usul itu, Guan Eng meminta agar Azhar mengakui kenyataan yang dikeluarkan dan meminta maaf kepada Speaker serta kakitangan Dun bagi menyelesaikan isu itu sebelum Abdul Halim membuat keputusan.

Bagaimanapun Azhar enggan sambil berkata: "Saya tidak akan menarik balik kenyataan itu dan tidak akan meminta maaf. Titik.

"Sebelum itu, ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Sbeerang Jaya) meminta Abdul Halim menggunakan budi bicaranya "membebaskan" Azhar dari hukuman itu memandangkan persidangan kali ini mungkin yang terakhir sebelum pilihan raya umum. "Datuk Speaker mungkin boleh mengikut satu sejarah dengan mengubah keputusan. Bagaimanapun, ia terpulang kepada Speaker," katanya.

Bagaimanapun, Azhar bangun dan menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan Arif Shah dan mahu membiarkan Dewan membuat keputusannya sendiri yang memang sudah boleh dijangkakan.

Datuk Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) pula berkata beliau berbangga kerana mempunyai seorang ketua pembangkang yang digeruni dan ditakuti oleh semua wakil rakyat termasuk Guan Eng.  

"Disebabkan takut, Guan Eng terpaksa mengambil usaha untuk menggantung Azhar dari menghadiri persidangan kerana bimbang akan membongkar banyak lagi penyelewengan Kerajaan Negeri," katanya.

Maka jelaslah Guan Eng sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri malah mungkin gerun dengan Datuk Azhar tapi Guan Eng kena ingat satu perkara ramai lagi ADUN BN dalam dewan tunggu ja lah.

Tak da teloq rupanya !!!

MMI.

1 comment:

  1. Guan Eng just want opposition-free House. Just like Singapore. Lips service democratic not genuine. By hook or by crook - no opposition!

    Welcome to Singapore's "Mini Me".

    ReplyDelete

Labels