Followers

Friday 2 November 2012

Sampai Matilah Jawabnya !!


Nik Aziz tak layan desakan berundur !! Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pihak yang meminta beliau berundur, sebagai ‘orang menganggur’ yang tidak ada pekerjaan melainkan suka membuat kacau.

Nik Abdul Aziz turut menyifatkan pihak berkenaan sengaja melemparkan tuduhan mengenai tahap kesihatannya sebagai alasan untuk mendesak beliau supaya berundur atau meletakkan jawatan.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak akan melayan sebarang desakan untuk berbuat demikian melainkan datang daripada orang Pas sendiri.

“Tak segar (tak sihat) macam mana, saya segar, tak ada apa, orang tuduh saya orang menganggur tak ada benda dia buat bising macam-macam, puak-puak menganggur.

“Kalau soalan (desakan berundur) daripada orang Pas insya-Allah saya layan, tapi kalau daripada orang UMNO lebih lagi daripada orang UMNO buangan pula, tak apalah," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat negeri 2012 di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Dah la angkuh berlagak pula nampak sangatlah..Kenyataan tersebut keluar dari mulut Nik Aziz sendiri oleh itu jelaslah beliau sememangnya hanya pandai mengutuk orang lain namun diri sendiri diangkat sebagai MAKSUM.

Dulunya pernah melalak sana sini minta suruh orang itu orang ini letak jawatan namun hari ini orang yang dilalakkannya dulu sudah pun meletakkan jawatan , macam  mana pula dengan diri sendiri ??

Sampai matilah jawabnya !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels