Followers

Saturday, 3 November 2012

Tangkapan Badrul Konspirasi UMNO ??!!


Nampaknya isu Badrul Amin ditangkap malam kelmarin oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini sibuk dimainkan media maya pembangkang demi menutupi kesalahan yang dilakukan Penasihat Agama Islam kepada Menteri Besar Selangor itu.

Nampaknya penahanan Badrul Amin ini gagal diterima penyokong pembangkang kerana mendakwa kejadian tersebut merupakan satu konspirasi UMNO. Sekali lagi, konspirasi UMNO terus dimainkan.

Dahulu, Badrul Amin pernah dikaitkan dengan beberapa kenyatan yang mengelirukan terutama melibatkan Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim apabila Badrul cuba menyamakan Anwar dengan penyelamat umat Islam Akhirulzaman, Imam Mahdi.

Dalam kes penahanan Badrul malam kelmarin, dia didakwa terlibat dengan sebuah majlis anjuran Ikhawan Global Arqam, sebuah syariakt berkait rapat dengan pertubuhan haram al-Arqam yang difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan apabila ajaran ini dilihat seolah-olah memuja pemimpin mereka, Abuya Ashaari Muhammad dan menganggap pemimpin itu sebagai jelmaan Rasullullah SAW.

Walaupun Badrul Amin memberikan pelbagai alasan atas penahanannya, namun timbul beberapa persoalan yang wajar kita sama-sama fikirkan. 

Pertama, adakah Badrul Amin berada dalam majlis tersebut atas kapasiti politik atau agama Islam? 

Adakah Badrul Amin begitu terdesak untuk menghadiri majlis tersebut?

Adakah Badrul Amin terlibat sama dalam gerakan menghidupkan kembali fahaman Abuya ini?

Atau adakah kehadirannya dalam majlis tersebut atas dasar mahu mengajak ahli al-Arqam untuk turut sama bersama-sama Pakatan Rakyat? Baca Seterusnya 

Tak taulah MMI kalau ada orang di luar sana yang percaya dengan alasan Badrul ni kerana isu penangkapan beliau sudah masuk kali kedua.Apa yang hebat sangat Badrul ni sampai ada pihak-pihak di luar sana yang mahu memasang perangkap untuk mengaibkan beliau ?

Konspirasi UMNO ? Sudah-sudahlah nak pertahankan tu sebab semua dah jelas lagi nyata.Apa yang MMI boleh kata kehadiran Badrul dalam majlis anjuran Ikhawan Global Arqam adalah untuk mencari sokongan seterusnya mahu mengajak ahli-ahli sesat tersebut untuk mengundi Pakatan Haprak dalam pilihan raya yang akan datang.

Sesat pun sesat lah janji impian dan nafsu tercapai !!

Ada sapa-sapa yang ada pendapat lain ? Chor cite ...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels