Dewan Ulama Pas menyifatkan usaha untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih penting berbanding membincangkan soal kebebasan agama yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, baru-baru ini.
Ketuanya, Datuk Harun Taib mengakui ada beberapa pihak termasuk wartawan mahu isu kebebasan agama dibangkitkan pada muktamar kali ini.
Namun beliau menegaskan, tiada keperluan untuk membincangkan hal tersebut.
"Ada yang mencadangkan isu kebebasan agama yang disampaikan rakan kita dijadikan topik utama, kita tidak ada masa hal bincang pasal tu. Kita fikir bagaimana nak gulingkan BN secara terperinci dan teratur," ketika berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Pas Dewan Ulama di sini, pagi ini.
Ucaptama disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Dalam pada itu, Harun berkata, antara cabaran besar yang perlu pihaknya berhadapan adalah dengan "ulama kerajaan" yang telah dilatih untuk mematahkan hujah Pas.
"Di pihak mufti dan ustaz, mereka dibekalkan maklumat untuk mematahkan hujah ulama Pas, ada yang menggunakan sentimen Melayu, (dan mendakwa) atas nama Melayu kita hilang Singapura, Pulau Pinang, dan terhakis kuasa politik di Perak dan Johor," katanya.
Beliau turut menggesa ulama Pas supaya mempunyai pemikiran untuk menjadi pemimpin negara dan bukannya hanya menjalankan kerja-kerja dakwah di peringkat dakwah.
Katanya, dengan cara itu, taraf ulama akan meningkat sekali gus dipandang tinggi oleh masyarakat.
"Kalau satakat melakukan kerja penerangan sahaja, ulama akan terpinggir dalam negara secara halus. Oleh itu saya harap ulama sedia menghadapi pilihan raya ini," katanya.
Kalau MMI kata bangang nanti ada pihak kat luar sana terasa hati pula ! Tapi itulah senarionya dan kenyataan diatas sudah membuktikan bahawa selama ini PAS sememangnya tidak pernah meletakkan perjuangan untuk mengangkat Islam sebagai keutamaan mereka.
Bagaimana parti yang berselindung di sebalik Islam ini boleh pula meletakkan sasaran untuk menjatuhkan Barisan Nasional sebagai yang pertama dalam hiraki perjuangan mereka ?
Hairan bin ajaib apabila perjuangan Islam entah ke mana , tapi usaha menjatuhkan Barisan Nasional menjadi agenda.MMI nak mengingatkan kepada mereka yang kat luar sana sedar atau tidak bahawa PAS kini sedang mengarahkan para ulama mereka untuk melacurkan perjuangan Islam itu sendiri demi kepentingan politik kepartian dan kuasa.
Apakah ulama seharusnya dijadikan sebagai perisai dan mekanisma bagi tujuan kempen politik menjatuhkan pihak yang selama ini meletakkan Islam sebagai keutamaan perjuangannya ?
Ya , MMI tak nafikan dalam Barisan Nasional juga terdapat kelemahan khususnya dalam kita berusaha memartabatkan Islam namun jika dibandingkan perjuangan diantara Barisan Nasional dan Pakatan Haprak kita dapat melihat dengan jelas sekali siapa sebenarnya yang memperjuangkan Islam itu sendiri.
Apakah Pakatan Haprak selama ini ikhlas dalam setiap usaha mereka ? Jangan lupa tindakan menjadikan Islam sebagai antara elemen untuk mendapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam telah lama dipraktikkan dan perkara ini di sokong pula oleh PAS.
Sudah berapa ramai agaknya Ahli Parlimen dan ADUN dari DAPigs yang sudah pun memasuki kamar masjid,bersenam robik,menggunakan ayat Al-Quran dalam ceramah mereka,menghadiri majlis tahlil dan banyak lagi tetapi mereka tetap dengan satu hati bersama Karpal Singh melaungkan "Over My Dead Body" !!
Apakah tindakan itu ikhlas atau ianya dilakukan semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan rakyat ?
Dimana suara lantang pimpinan PAS pada ketika itu sedangkan sebelum ini begitu mendabik dada kononnya merekalah yang terbaik kerana sedang dan sentiasa memberikan kefahaman tentang Islam kepada DAPigs.
Semenjak 2008 sehingga kini rasanya dah hampir 4 tahun lebih PAS mendabik dada namun hasilnya DAPigs tetap dengan pendirian mereka , jadi persoalannya apa benar PAS melakukan apa yang diucapkan ?
Meletakkan ulama sebagai agen bagi kepentingan politik murahan seperti ini bererti PAS menggadaikan prinsip perjuangan Islam mereka sendiri malah kenyataan memberikan tumpuan kepada usaha menggulingkan Barisan Nasional daripada usaha memartabatkan Islam itu sendiri sudah pun menunjukkan PAS kini bukan saja sudah menyimpang malah sebenarnya sudah mengesahkan mereka adalah sebuah parti ajaran sesat yang menjadikan Islam sebagai topeng bagi memenuhi tuntutan nafsu untuk kuasa selain menuju Putrajaya.
Dah lama agaknya MMI tak dengar "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" kerana saban hari di media dan mulut pimpinan PAS mereka lebih suka berbicara soal "MENUJU PUTRAJAYA".
Cukup kat sini , MMI dah malas nak komen lebih-lebih ampa nilai sendiri lah..
MMI.
No comments:
Post a Comment