Followers

Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Saturday, 18 May 2013

Sekarang Masa Aku Pula !!!


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menolak desakan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya timbalan presiden parti Azmin Ali dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor, menurut sumber-sumber parti itu.

Kemelut itu memaksa Khalid membatalkan pengumuman senarai exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung hari ini.

ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar memberitahu Antarapos bahawa Khalid hanya dijangka mengumumkan exco kerajaan negeri minggu depan.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengesahkan Khalid hanya akan membuat pengumuman minggu depan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Menurut sumber-sumber parti, pada satu mesyuarat malam tadi, ramai di kalangan ahli MPP mahu Azmin di lantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri, sesuai dengan bakti dan kedudukkannya dalam parti.

Bagaimanapun cadangan itu dibantah oleh Khalid “yang mahu mengekalkan wakil-wakil PKR yang sedia ada kerana merasakan mereka berjaya menjalankan kerja dengan baik,” kata sumber itu.

Selain menjadi Timbalan Presiden PKR, Azmin adalah juga pengarah pilihan raya parti itu dan telah memimpin PKR Selangor sejak tiga tahun lalu.

“Ahli-ahli MPP bersetuju bahawa Azmin telah memainkan sumbangan amat besar memastikan PKR memenangi 30 kerusi Parlimen selain mengekalkan Selangor dengan majoriti dua pertiga,’ kata sumber itu.

“Beliau juga berundur secara baik untuk memberi laluan kepada Khalid menjadi MB demi menjaga perpaduan dan kestabilan parti. Justeru ahli MPP berpendapat Azmin patut di lantik menjadi Exco kanan,” kata sumber itu.

Ditanya mengenai pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat itu, sumber itu berkata Ketua Umum PKR itu mengambil sikap tidak mahu terheret dalam perbahasan itu.

“Beliau menyerahkan kepada presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail) untuk membuat keputusan. Presiden pula tidak dapat mengambil keputusan yang jelas dan perkara itu tergantung macam itu sahaja,” tambah sumber itu.

Menurut beliau, Azizah bagaimanapun “membayangkan” beliau turut bersependapat dengan Khalid untuk meminggirkan Azmin daripada Exco kerajaan negeri.

Sumber itu berkata penolakkan Azmin oleh Khalid dan Wan Azizah untuk jawatan itu mengejutkan ahli MPP yang yakin parti itu akan memberikan pengiktirafan sesuai kepada Azmin.

Lebih mengejutkan adalah apabila mesyuarat itu dimaklumkan bahawa Khalid akan mengekalkan semua pegawai kanan di pejabatnya termasuk Setiausaha Politik Faekah Husin dan Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz.

Adalah difahamkan MPP parti sebelum ini menegaskan dua pegawai itu di pindahkan berikutan rungutan Khalid terlalu bergantung kepada mereka untuk membuat keputusan yang membabitkan kepentingan PKR.

Azmin sendiri sebelum ini, menekankan bahawa Menteri Besar Selangor tidak boleh merelakan dirinya dicucuk hidung oleh mana-mana pihak dalam menggalas tanggungjawabnya.

Selain Xavier, tiga Exco kerajaan negeri daripada PKR adalah Elizabeth Wong, Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail.antarapos 

Cerita mudah sekarang masa aku pula lah naa..Hari tu hang buat leceiii Azmin noo !!! 

MMI.

Monday, 13 May 2013

Anak Ikan TerGodek-Godek , AZMIN Makin GALAK !!


Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Azmin Ali terus 'membuka pekung' parti itu di laman sosial Twitter.

Terbaharu, Azmin menerusi akaun Twitter miliknya mengecam ahli veteran PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali yang terdahulu memuat naik kenyataan dipercayai menyalahkan tindakan beliau mempersoal serta mengkritik kepimpinan parti.

Syed Husin sebelum itu menyifatkan Azmin telah tersilap langkah sehingga menjejaskan kewibawaan dan kredibiliti Ahli Parlimen Gombak itu sebagai individu nombor dua parti.

"Sayang, mungkin Azmin tersilap langkah. Tindakan serta kenyataannya menjejas wibawa dan kredibiliti. Kenapa ke media? Tentulah UMNO menari gembira."Azmin membalas tweet itu dengan menempelak Syed Husin dan 'mendedahkan' bahawa Ahli Dewan Negara itu tahu apa yang berlaku.

"Saudara tahu apa yang berlaku. Saudara juga hantar tweet serang Anwar kerana kerabat saudara tidak terpilih," tulis beliau.Tidak terhenti di situ, Azmin terus 'menghentam' Syed Husin apabila meminta beliau berhenti daripada terus berpura-pura."Hentikan amalan kepura-puraan. Bila kena batang hidung sendiri, semua boleh. Kalau kena orang lain, soal kredibiliti. Tuntas!"


Beberapa hari lalu, Azmin mencuri tumpuan ramai apabila membuat kenyataan dalam Twitter yang dipercayai mengkritik pimpinan PKR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.sumber 

MMI macam biasa , Azmin Ali !! Ampa boleh percaya ka ?? Huhuhu anak ikan ni kalau dok diam sapa nak pandang ye tak ? Jadi lebih baik godek-godek sikit kurang-kurang nampaklah dan yang menariknya kenyataan mamat ni bercampur-campur..Alah orang tua kata cari makan ! mmm TUNTAS bunyi pun !!

MMI.

Friday, 10 May 2013

TERKINI Azmin UMUM Keluar Parti ??!!


Kemelut yang melanda PKR Selangor nampaknya semakin celaru dan Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor masih dengan pendiriannya tidak bersetuju dengan tindakan Anwar Ibrahim menggerakkan himpunan bantahan paling bodoh dalam sejarah politik negara.

Anwar jelas di lihat bodoh kerana tindakan beliau mahu membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan  hanya kerana keputusan PRU13 tidak memihak kepada Pakatan Haprak malah kebanyakkan yang hadir ke stadium kelanajaya bukanlah membawa suara majoriti rakyat.

Walaupun stadium kelanajaya boleh memuatkan 40 ribu kapasiti pengunjung , MMI mahu mengambil jumlah yang lebih besar iaitu 100 ribu yang hadir pada himpunan tersebut namun ianya masih dianggap minoriti kerana jumlah penduduk Malaysia mencecah 13 Juta orang.

Lihatlah bagaimana Anwar bijak memanipulasi keadaan kerana beliau tahu aku janji yang sudah dibuat untuk berundur dari arena politik perlu segera di selamatkan.

Maka di saat inilah Azmin Ali bingkas bangun menjadi batu penghalang kepada gerakan Anwar ini apabila mempersoalkan tindakan Anwar dan turut memboikot himpunan yang diadakan.

Anwar tekanan lagi , himpunan yang sepatutnya menjadi titik tolak kepada Malaysian Spring tidak menjadi kerana orang kepercayaannya sendiri bertindak sebaliknya.

Agak aneh dan pelik apabila dalam situasi ini Azmin Ali boleh bertindak sedemikian ? Ianya masih menjadi persoalan kepada MMI mengapa Azmin tidak mengambil peluang ini untuk sama-sama mengheret rakyat yang buta hati untuk terus menghuru-harakan negara ! Baca Sini 

Pagi ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pemerhati politik kerana Azmin di beritakan akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Apakah Azmin akan mengumumkan keluar parti bersama-sama pengikutnya ? Apakah Azmin akan terus mengkritik Anwar Ibrahim kerana tindakan mahu mencetuskan huru-hara ?

Dan dari berita yang MMI terima , Azmin Ali akan terus kekal bersama PKR dan Anwar Ibrahim ! Azmin langsung tiada niat utk keluar dari PKR dan mengkhianati perjuangan PR. Beliau selaku Pengerusi PKR Selangor hanya mahukan kerajaan Selangor terus fokus kpd agenda utk memartabatkan kebajikan rakyat dan pentadbiran yg cekap dan telus yg diterima oleh setiap lapisan masyarakat di Selangor. 

"Kedah byk memberi pengajaran kpd kita. Belajarlah daripada kesilapan. Semoga kerajaan PR di Kelantan, Penang dan Selangor terus menjadi role model kpd negeri2 lain."

Satu lagi game dan lakonan mantop yang di mainkan oleh Azmin Ali di Selangor dan semuanya kerana kepentingan diri sendiri yang mahukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Apakah Anwar antara tok dalangnya ?? Semuanya boleh berlaku bukan ?!!

MMI.

Thursday, 9 May 2013

RAJUK Azmin Makin Menjadi-Jadi BUKTI Pakatan Memang HAPRAK !!!


Dari semalam lagi mamat ni dok buat merajuk dah..Lebih menghairankan apabila si Azmin ni langsung tak hadir dalam himpunan di stadium Kelanajaya.Huih pelik orang kuat tak turun ni !!

Merajuk apa lagi Azmin ? Anwar dah bagi macam-macam dah ... Nak apa lagi ? 

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.”  

Dalam mesej tweetnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.


“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.

“

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya.

“Gagal ke Putrajaya. Salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya.

Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini.

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamaruddin yang juga  Ketua Wanita PKR.

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.Baca Selanjutnya    

Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor.

Zuraida memberitahu Antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.antarapos 

Ohh nak jawatan !! Patutlah merajuk bagai , tapi si Azmin ni pandai dia tau Anwar pasti akan mengalah dengan rajuk dia tu..Ampa tunggu tengoklah lepas ni silap-silap cium molot terus !!

Macam mana yang kata Pakatan Haprak ni bagus sangat sampai perkara semacam ni pun berlaku ! Ampa tau ka semalam dalam himpunan tu sapa lagi yang tak hadir ??? Cuba chek tengok...

MMI.

HOT Kisah Cinta Azmin & Anwar Kini Kembali ?!!


Nampaknya perhubungan di antara dua insan sedang bercinta ni semakin menjadi-jadi.Kini mereka tidak lagi berselindung perhubungan itu di buat secara terang-terangan.Kalau dulu sudah ada desas-desus yang menyatakan ada sesuatu diantara dua makhluk ini kini segalanya semakin jelas.

Pasti ada yang bertanya apa yang semakin jelas ? Sejauh mana perhubungan yang dimaksudkan tu ? Apa ada rakaman aksi-aksi akrobatik melibatkan kedua-duanya ke ? Fuh macam-macam soalankan ! apa pun ianya berkisar tentang apa yang kini sedang berlaku di Selangor.

Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.

Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.

Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.

Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.

Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.

Pemilihan bagaimanapun akan ditetapkan oleh pucuk pimpinan pakatan pembangkang.antarapos 

MMI nak tunggu tengoklah apa yang bakal berlaku selepas ini.Bila si Azmin ni merintih dekat Anwar selalunya akan ada beberapa perubahan paling tidak pun akan ada yang memihak kepada ayang Anwar ni.Huhu Cinta Gunawan !!

MMI.

Friday, 15 March 2013

TERKINI Azmin SAMAN Media Filipina ??!! #LahadDatu


Selepas mendedahkan laporan perisikan tentera Filipina berkenaan kaitan pihak pembangkang di Malaysia dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah, Inquirer News kini memetik bahawa Azmin Ali disyaki antara menjadi dalang kejadian tersebut.

Memetik laporan dari akhbar The New Straits Times, media Filipina berkenaan mengatakan bahawa Naib Presiden PKR itu kini antara yang disyaki selain dari Jeffry Kitingan dan juga Anwar Ibrahim.



Azmin sebelum ini membuat kenyataan didalam media bahawa Anwar tidak sepatutnya dikaitkan dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah. Azmin juga mengecam tindakan media Malaysia yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu didalam kejadian berdarah tersebut.

Walaupun Anwar tak menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh perisikan Filipina dan pendedahan oleh pihak Reuters berkenaan penglibatannya dengan agenda pencerobohan di Sabah, beliau kini bertindak menyaman pihak Utusan Malaysia serta TV3 yang menyiarkan pendedahan terbabit. ~ MPP News

Nama dah terpampang dalam berita tu Azmin tunggu apa lagi ? Nak pusing kata kerajaan bayar kat media Filipina pula ker ? Sudah-sudahlah rakyat tak bodoh Azmin oi !!

MMI.

Friday, 18 January 2013

GEMPAR Azmin Cuba Jatuhkan ANWAR ??!


Azmin ka ni ? Ish ish kesiannya MMI tengok sampaikan dah tak ada modal lain dah , isu Anwar tarik balik saman pun dia nak spin lagi.Agak-agak la Azmin oi , sudah-sudah lah cari la isu lain pula baru "steady" sikit MMI nak berhujah.

Isu penarikan balik saman Anwar terhadap KJ rupa-rupanya masih belum selesai.Anwar baru nak lelap mata alih-alih si Azmin dok buat gila pula dah.Sedar ke Azmin apa punca utama Anwar menarik balik saman terhadap KJ ?

Semuanya berkaitan kenyataan KJ apabila Anwar menarik balik saman terhadap beliau baru-baru ini , kenyataan Khairy dalam Sinar Harian semalam menyebut ‘beliau tidak menarik balik kenyataannya ke atas Anwar, tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat’.

“Beliau juga cuba gambarkan seolah-olah Anwar pohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh,” jelas Azmin pada sidang media di ibu pejabat PKR.

Beliau berkata, dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan bohong, malah bertentangan dengan syarat penyelesaian yang dimeterai kedua-dua pihak. 



Amboi-amboi marah sungguh dia !! Oklah kalau dah macam tu rasanya Azmin perlu cepatkan proses untuk menyaman semula KJ dan tolong libatkan Anwar sekali.

MMI tak sabar nak tengok Anwar berdepan dengan Ezam Mohd Nor ! Kita kasi Anwar terkencing dalam seluar bolehlah si Azmin tolong lapkan.

Alo Azmin ang kena faham bukan soal KJ yang minta tarik balik saman bro..Anwar yang nak tarik balik saman jadi dah orang nak tarik jalan jalah..Tapi MMI rasa tak ada hal kalau ampa nak buka semula KJ dan 2 saksinya bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengan Anwar.

Cuma MMI nak pesan dekat Azmin lah , apa yang sedang dilakukan oleh Azmin sebenarnya adalah tindakan yang menguntungkan UMNO , BN dan seluruh rakyat Malaysia kerana Azmin sebenarnya sedang berusaha dengan gigih untuk jatuhkan Anwar melalui tindakan mempertikaikan kenyataan KJ ! 

Nak tahu perkara tersirat kenapa Anwar mahu menarik balik saman terhadap KJ ? Baca Sini    

Kepada Azmin dan Anwar kalau ada teloq saman la semula !!!

MMI.

Monday, 3 December 2012

Apa Hal Yang Azmin Naik Angin Ni ?!


Marah sungguh Azmin Ali apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah seorang pengurus ekonomi negara yang cekap ketika “sesumpah politik” itu menjadi Menteri Kewangan.

Bagi membalas kenyataan Najib itu, Azmin membuka rekod Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) ketika Anwar menjawat jawatan nombor dua Kerajaan Malaysia itu dan cuba membuktikan “kehebatan” Anwar berbanding Najib.

Benarkah Azmin marah atau dia disuruh oleh “kekasih gelap”nya itu untuk mengangkat Anwar yang dimalukan Najib baru-baru ni?

Macam budak-budak rupanya perangai Azmin “kekasih hati” Anwar ini. Apakah  dia sendiri tak tahu apa yang berlaku ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan sedangkan Azmin ketika itu berjawatan pegawai khas Anwar.

Mungkin Azmin tak tahu apa yang berlaku, kot? Jika begitu, lebih baik rasanya kita terangkan apa yang berlaku sebenarnya di zaman itu sehingga Malaysia mencatat kadar KDNK yang agak membanggakan berbanding sekarang…

Untuk pengetahuan Azmin, “kekasih” yang disayanginya lebih dari ibu kandungnya itu berjawatan Menteri Kewangan hanyalah pada nama sahaja. Dia tak tahu apa-apa pun dalam soal kewangan negara.

Individu yang melatihnya ialah Tun Dr. Mahathir sendiri yang begitu tekun “mengasuh” Anwar tentang ekonomi dan menarik pelabur asing masuk ke negara ini.

Meskipun mengetahui “anak didik”nya itu hanya pandai bercakap saja, “buta” kira-kira dan hanya lulus dalam bidang Sastera Pengajian Melayu, Tun Dr. Mahathir dikatakan terpaksa jua mengajar Anwar kerana dia perlu menjaga nama baik Timbalan Presiden UMNO yang dipilih melalui pemilihan dalam parti itu.

Maklumlah, kalau orang tahu Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri bodoh, jatuhlah air muka UMNO dan Kerajaan BN, kan?

Iyalah, berapa banyak “pink form” yang Anwar tebarkan di PWTC dalam usaha mendapatkan pengaruh untuk memancing undi sebagai Timbalan Presiden UMNO yang selalunya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kan? Takkan Azmin tak tahu?

Ramai yang berpendapat bahawa Tun Dr. Mahathirlah insan yang sebenarnya menjadi “Menteri Kewangan” tidak rasmi walaupan gaji dan elaun bagi jawatan tersebut “disebat” oleh Anwar. Maka sebab itulah rekod KDNK ketika itu semuanya bagus-bagus belaka!

Kerana pandai bercakap, Anwar selalu ke luar negara, khususnya Amerika Syarikat dengan alasan mencari pelabur asing. Malangnya, Anwar dilaporkan ke sana untuk mencari “sahabat pena” untuk mencipta konspirasi atas kepentingan politiknya untuk menjadi Perdana Menteri!

Dari situlah Anwar dikatakan mula mengenali pemimpin-pemimpin negara barat dan “adik beradik Yahudi”nya seperti Woltfowitz, Soros serta ramai lagi “kaum kerabat”nya.

Wujud pandangan bahawa Anwar sudah mengetahui tentang kerja jijik Soros yang memanipulasi matawang negara-negara Asia termasuk Malaysia, dan dia dikatakan berpakat dengan Woltfowitz untuk “masuk jarum” di negera ini.

Mujurlah “Menteri Kewangan sebenar” ketika itu sedar tentang tindakan bodoh “Menteri Kewangan Tak Reti Kira” dan mengambil tindakan menambat matawang. Jika tidak, sudah tentu Malaysia sudah lama digadai “kekasih gelap” Azmin itu…

Itulah “kehebatan” Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan. Hebat tak?

Najib pula mengambil tampuk pentadbiran negara dari zaman Pak Lah di mana negara ini masih kurang stabil dari sudut politiknya dan beliau terpaksa berhempas pulas memperbaiki “kapal yang baru saja dilanda badai besar” bernama “tsunami”.

Begitu pun mula dalam keadaan sukar, Najib bertungkus lumus menstabilkan keadaan politik negara dan mengukuhkan kedudukan kewangan negara di mata dunia melalui pelbagai program transformasi yang begitu menampakan hasil yang sangat positif.

Pun begitu, Najib juga terpaksa berdepan dengan “Menteri Kewangan Pandai Cakap Saja” dan anak sulungnya yang begitu aktif mengelilingi dunia bagi tujuan memburuk-burukkan negara sendiri sehingga sedikit sebanyak menjejaskan kemasukan pelabur asing.

Namun, mungkin kerana Najib merupakan seorang lulusan bidang Ekonomi Industri dari Nottingham Universiti di United Kingdom dan “bijak kira-kira”, maka beliau berjaya mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh bekas “Menteri Kewangan Makan Gaji Buta” itu…

Adalah sangat berbeza pencapaian yang ditunjukkan oleh Najib dan Anwar, bagaikan langit dengan bumi saja layaknya.

Walaupun baru mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dalam 3-4 tahun dan berdepan dengan “penyangak-penyangak”, Najib masih mampu memastikan kadar KDNK negara diparas terbaik. Anwar? Faham-faham sajalah…lulusan sastera saja, kan? Apa dia tahu..???


MMI.

Tuesday, 20 November 2012

Weiii Jangan Lupa Azmin Ali ......!!


PKR menegaskan isu calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya satu strategi pembangkang dan tidak perlu "bergaduh" dalam soal tersebut. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri itu adalah strategi PR dan tidak perlu didedahkan. 

Menurutnya, PR tidak perlu bergaduh mengenai cadangan calon yang dikemukan oleh parti tetapi lebih fokus kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Ini adalah strategi PR siapa yang jadi Perdana Menteri, tapi kita telah sepakat dalam isu ini. "Tak perlulah kita nak bergaduh, ini soal kecil sahaja dan kita tak ada masalah dalam isu ini, lagipun ini bukan isu sangat. "Kalau sudah menang PRU nanti kita boleh bincang, banyak yang kita nak ganti, contoh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan banyak lagi," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, setiap ahli parti PR mempunyai hak untuk mencadangkan sesiapa sahaja untuk memimpin mereka dan PKR hormat dengan suara daripada akar umbi itu.

"Itu suara akar umbi, jadi kita hormat dan ini bermakna rakyat yakin dengan pemerintahan PR," katanya. 

Sementara itu ketika mengulas isu doa Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, Azmin berkata, sesiapa yang melakukan kezaliman perlu ditolak. "Bukan kita doa untuk keburukan tetapi kalau nyata dan terang sama ada individu atau organisasi yang bertindak bertentangan dengan tuntutan agama, adakah kita harus bersekongkol? "Seharusnya kita doa agar ALLAH bagi rahmat dan berdoa kezaliman ini akan dihentikan," katanya.

Fuh memang hebatlah si Azmin ni , maklumlah dalam orang dok bercakap soal siapa nak jadi PM kalau Pakatan Haprak memerintah nama beliau langsung tidak di sebut.Jadi untuk memastikan nama sendiri ada dalam senarai menteri-menteri kanan sekarang adalah masa yang cukup sesuai untuk beliau bersuara supaya juak-juak Pakatan Haprak yang lain tahu oo rupa-rupanya ada orang nama Azmin yang perlu Pakatan Haprak masukkan.

Hehe strategi lama laa Azmin budak yang belajar dekat PASTI pun tau buat kerja macam ni !!

Cumanya MMI tertarik dengan kenyataan Azmin yang berbunyi "Bukan kita doa untuk keburukan tetapi kalau nyata dan terang sama ada individu atau organisasi yang bertindak bertentangan dengan tuntutan agama, adakah kita harus bersekongkol ? 

Betul tu Azmin bab ni MMI sokong jadi maksudnya Azmin sememangnya antara barisan pemimpin dalam Pakatan Haprak yang tak seharusnya diangkat untuk mengisi mana-mana jawatan dalam kerajaan nanti (kalau PR menang) sebab Azmin ni .......



Kepada Azmin jangan terasa hati pula sebab MMI ulas berdasarkan kenyataan daripada Azmin sendiri.Jadi jelaslah Azmin bukanlah pemimpin yang baik untuk diangkat sebagai pemimpin negara.

Tapi satu ja lah dasar Pakatan Haprak bukannya depa tengok benda ni dan kerana itulah Anwar disebut sebagai bakal PM walaupun Hadi Awang dok kata...Nak juga ! Nak juga ! jadi tak mustahil Azmin pun bakal diangkat juga oleh puak-puak ni..

Sekarang ni semuanya terletak di tangan rakyat , keputusan di tangan anda jadi andalah yang menentukannya...

MMI.

Labels