Followers

Saturday, 15 December 2012

Antara Guan Eng & Shaikh Hussein


Banyak pihak sekarang memberikan tumpuan kepada isu yang sedang panas di Pulau Pinang melibatkan Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Dr Shaikh Hussein Mydin dengan Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini sudah sampai ke tahap tindakan mahkamah.

Pelbagai andaian di buat dan berlegar-legar dalam semua saluran maklumat termasuklah media maya.Namun kes ini sebenarnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Semacam ada aura yang mampu menarik minat ramai orang untuk mengatahui sejauh mana kes ini bakal berlangsung.

Sudah tentu keputusannya nanti bakal memberikan impak kepada imej dan perjalanan politik kedua-duanya.Lebih menarik ianya dilihat bukan saja melibatkan dua nama besar di Pulau Pinang tetapi juga di antara dua parti politik yang kini sudah pun berperang.

MMI cukup tertarik dengan Dr Shaikh dalam kenyataannya apabila menerima saman daripada Guan Eng yang mencabar Ketua Menteri tersebut untuk bersemuka dalam satu dialog bersama semua media bagi merungkaikan apa yang sebenarnya berlaku.

Bagi MMI ini bukanlah sesuatu yang harus diambil mudah oleh Guan Eng sebenarnya , malah jika diamati sebenar-benarnya Guan Eng sudah pun memasuki perangkap politik permainannya sendiri.

Seperti pertandingan bolasepak sekiranya kita membezakan separuh masa pertama dan kedua , maka Dr Shaikh sebenarnya sedang mendahului dalam separuh masa pertama ini kerana beliau dilihat lebih selesa dengan apa yang sedang berlaku.

Guan Eng pula sedang terkial-kial mencari rentak kerana kawasan gawangnya kini sedang di bolosi oleh Dr Shaikh yang bebas menguasai rentak.

Mengapa MMI berkata demikian , melihat kepada cabaran dari Dr Shaikh supaya dialog diadakan dengan hanya berdepan media langsung tidak di sahut oleh Guan Eng.Bagaimana seorang pemimpin seperti Guan Eng yang sebelum ini mempunyai pelbagai alasan kecut dan takut hanya untuk berdepan dengan media ? Itu belum lagi masuk bab dialog dengan di hadiri oleh para penyokong kedua-dua parti ?

Ya mungkin ada sesetengah pihak yang menyatakan Guan Eng lebih bijak dengan hanya akan membenarkan ruang mahkamah dan para hakim menjadi saksi kepada dialog mahupun hujah-hujah yang bakal di hujahkan nanti namun Guan Eng perlu tahu dengan tidak menerima cabaran untuk berdialog dengan Dr Shaikh bererti Guan Eng sebenarnya bukanlah pemimpin yang mengotakan janjinya apatah lagi berani berdepan dengan kenyataan.

Bukankah selama ini Guan Eng antara pimpinan Pakatan Haprak yang sering menuduh media sering di sekat kebebasannya ? Bukankah selama ini Guan Eng selalu menyatakan Pakatan Haprak adalah kerajaan yang Cekap Telus lagi Akauntibiliti ? 

Dalam soal ini di mana kebebasan media yang sering dilaung-laungkan ? Dimana cekapnya Guan Eng dalam mendepani apa yang kita panggil masalah ? Sejauh mana ketelusan Guan Eng dalam merungkaikan kemelut yag terarah bukan saja kepada kerajaan negeri tetapi juga personalitinya sendiri ? Bagaimana pula dengan Akauntibiliti yang sering dimomokkan kepada rakyat ?

Seharusnya Guan Eng mengambil peluang ini bagi membuktikan segala tuduhan Dr Shaikh itu salah ! Malah MMI yakin sekiranya Guan Eng berani menerima cabaran dialog tersebut beliau sebenarnya sedang memperkemaskan cengkaman kuasa Rejim DAPigs di Pulau Pinang khususnya dalam waktu pilihan raya yang hanya menanti masa sahaja.

Apa yang MMI boleh rumuskan dalam separuh masa pertama ini penguasaan padang di kuasai sepenuhnya oleh Dr Shaikh dan pasukannya manakala Guan Eng kini terkial-kial mencari rentak permainan.

Guan Eng juga perlu ingat masa tidak akan menunggu sehingga pasukannya selesa untuk mendapatkan rentak oleh kerana itu separuh masa kedua bukanlah tempoh masa yang seharusnya di ambil mudah oleh beliau kerana sudah pasti Dr Shaikh bakal memasukkan pemain gantian yang bakal menyebabkan gawang Guan Eng dibolosi lagi.

Lagi berita Di Sini .

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels