Followers

Saturday, 15 December 2012

WAJIB BACA Serangan Terhadap ROSMAH Bukti PR Tidak Mahu Rakyat Di Bela !!


Datin Seri Rosmah Mansor antara isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang paling aktif dalam memberikan khidmat kepada rakyat di bawah.Dari pemerhatian MMI sendiri segala gerak kerja beliau sebenarnya langsung tidak mengganggu urusan politik tanahair malah memberikan kelebihan buat rakyat di bawah khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal wanita dan kanak-kanak.

Dalam masa yang sama pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah saban hari dan minggu oleh pihak-pihak yang barangkali kurang senang dengan tindakannya mendekati masyarakat dan rakyat.

Terbaru giliran seorang srikandi PKR yang baru-baru ni katanya nak di rogol mengutuk Datin Seri Rosmah dengan mengaitkan kenyataan Tun Mahathir kononnya kenyataan tersebut berbentuk sindiran terhadap Datin Seri Rosmah.Baca Seterusnya 

Pelik sekali masyarakat kita khususnya dari pihak pembangkang apakah salah Datin Seri Rosmah sampaikan kerja-kerja mulia beliau itu dijadikan modal politik dalam usaha pembangkang menjatuhkan kerajaan ?

Tahukah anda bahawa wanita pertama Amerika Syarikat juga bergerak dan bertindak seperti mana yang dilakukan oleh Datin Sri Rosmah di Malaysia.Malah sebagai wanita pertama negara tidak salah rasanya Datin Seri Rosmah berkhidmat untuk rakyat.

Gerak kerja agresif Datin Seri Rosmah dalam mendampingi mereka yang memerlukan merupakan satu anjakan yang sebelum ini jarang dilihat dan dilakukan oleh mana-mana wanita pertama di Malaysia bahkan sikap beliau yang sentiasa memberikan idea serta pandangan khususnya dalam mempertingkatkan kualiti anak-anak sepatutnya di hargai.

Jom kita terjah antara gerak kerja Datin Seri Rosmah lakukan sepanjang menjadi wanita pertama negara ,








Apa yang MMI boleh kata juak-juak pengampu dan pencacai Anwar Ibrahim tu tak boleh duduk senang selagi mana melihat pemimpin dan orang-orang UMNO melakukan kerja-kerja amal lagi berfaedah kepada rakyat.

Apa yang dilakukan oleh juak-juak pembangkang selama ini sekiranya dibandingkan dengan gerak kerja dan usaha Datin Seri Rosmah Mansor bolehlah MMI ibaratkan sebagai pembangkang sebenarnya langsung tidak mahu rakyat di bela oleh sesiapa.

Tahukah anda bahawa Datin Seri Rosmah tidak pernah menyentuh mahupun mempertikaikan mana-mana isteri pemimpin lain khususnya pihak pembangkang dalam menjalankan rutin harian mereka.

Malah Wan Azizah selaku Presiden Kayu PKR tidak pernah dicuit pun oleh Datin Seri Rosmah  dan dalam soal ini mengapa Wan Azizah tidak mahu melakukan tindakan yang sama ? 

MMI bukan mengampu Datin Seri Rosmah apatah lagi mahu mengipas kerana tidak ada apa-apa kepentingan pun yang MMI boleh dapat tetapi MMI perlu tampil untuk menulis entri ini kerana MMI tahu gerak kerja Datin Seri Rosmah sebenarnya banyak membantu rakyat diperingkat bawahan khususnya dalam program PERMATA.


Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.

Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah senada bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal bagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah "Setiap Anak PERMATA Negara" bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik.

Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.Baca Seterusnya.


Untuk makluman semua , MMI bawakan kepada ampa bagaimana "First Lady" negara Amerika Syarikat Michelle Obama menjalankan program beliau sendiri dan turut memberikan tumpuan kepada kanak-kanak.Baca di bawah ni..



The First Lady, Michelle Obama, decided to use her influential position to help create and promote a program that could potentially take a massive step in the right direction for controlling the childhood obesity epidemic. The "Let's Move" program has the First Lady, pop stars, large corporations, healthcare providers, and most importantly, schools all supporting the cause. Let’s Move encourages a healthier diet in and out of school, better food labeling, and increased daily physical activity for children.

Let’s Move strives to get the entire community involved to promote a healthy lifestyle and fun physical activities including being active in the community, in school, and with family. The combination of healthy food choices and physical activity is what Task Force on Childhood Obesity has stated as the best strategy for tackling the epidemic.Continue Reading 

Kepada semua yang membaca bukan soal kita meniru sesiapa tetapi inilah yang sepatutnya dilakukan oleh wanita pertama negara iaitu turut mengembleng tenaga bersama-sama kerajaan dalam kita memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Jangan pula selepas ini ada pihak-pihak di luar sana yang memfitnah lagi kononnya apa yang dilakukan oleh Datin Seri Rosmah dengan PERMATAnya meniru gaya dan gerak kerja orang bukan Islam seperti mana Michelle Obama ataupun dituduh pula Datin Seri Rosmah menguna pakai idea orang-orang YAHUDI.

Sekiranya itu berlaku maka BENARlah apa yang MMI maksudkan bahawa mereka yang tidak senang dan penyokong pembangkang sebenarnya mahu melihat rakyat langsung tidak dibantu dengan program-program yang sebegini baik.

Kepada seluruh rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dan bersyukur kerana negara kita memiliki program-program sebegini malah gerak kerja Datin Seri Rosmah dalam PERMATA seharusnya terus disokong malah juak-juak pembangkang seharusnya malu dengan apa yang dilakukan oleh wanita pertama negara kerana mereka setakat ini lebih banyak bercakap dan mengutuk orang lain sedangkan gerak kerja dan idea bagi memberikan kesejahteraan untuk rakyat langsung tidak ada.

Jelas juak-juak pembangkang semakin terhimpit kerana kerakusan untuk mengejar kuasa semata-mata.

Kepada ampa semua sebarkan maklumat ini supaya rakyat tahu siapa sebenarnya yang bekerja untuk rakyat.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels